Malang tak berbau. Seboleh-bolehnya dalam setiap perjalanan menaiki kenderaan kita sentiasa memohon kepada Allah agar dijauhkan dari merbahaya. Namun di sebalik kita berhati-hati, adakalanya orang lain melakukan kecuaian.
Bila berlaku kemalangan, kita bukan saja trauma. Syukur jika nyawa tidak melayang. Tapi bagaimana agaknya perasaan kita kalau kenderaan yang melanggar kita itu pemandunya TIADA LESEN. Lebih teruk lagi kenderaannya tiada PERLINDUNGAN CUKAI JALAN.
Apa nak buat? Nak claim pada siapa kalau hal ini terjadi?. Peguam, Nor Zabetha telah menulis di fbnya, Nor Zabetha dan mengajar selengkapnya apa yang harus kita lakukan jika kenderan dilanggar orang tidak mempunyai lesen dan kenderaannya tiada cukai jalan. At least tak la rasa panas hati sangatkan kalau kena keluar duit sendiri! Ikuti perkongsiannya.
Peguam Nor Zabetha berkongsi apa patut dilakukan jika kenderaan dilanggar oleh pemandu yang tiada lesen dan kenderaan tidak memiliki cukai jalan. Gambar sumber FB Nor Zabetha.Dalam kes begini, mahu claim pada siapa? Sebagai pengguna, kita perlu tahu hak yang sewajarnya
Saya dilanggar oleh kenderaan tidak ada lesen dan insurans. Apa perlu lakukan? Bolehkah saya tuntut? Saya kongsi caranya disini ya.
Ramainya yang tanya berkenaan soalan ini. Sebab mereka fikir tidak akan dapat menuntut langsung kerana tiada insurans dan juga lesen. Jangan salah anggap. Walaupun tidak ada lesen atau insurans, tetapi tetap berlaku kemalangan dan menyebabkan kerugian kan? Jadi ada boleh menuntut.
Tuntutan anda boleh dibuat atas individu yang melanggar dan pemilik kenderaan (jika si pemandu bukan pemilik) walaupun tiada insurans. Mereka tidak dilindungi, anda boleh saman atas kapasiti persendirian. Jika anda menang tuntutan dan mahkamah memerintahkan mereka bayar tetapi mereka ingkar untuk bayar, anda boleh cuba ‘recover’ jumlah tersebut melalui prosiding seperti penyitaan barangan, kebankrapan dan lain-lain.
Anda telah mengalami kerugian akibat kecuaian si pelanggar, tidak adil semata-mata mereka tidak mempunyai insurans, mereka tidak perlu bayar apa-apa. Mereka juga tidak adil, tidak membeli insurans langsung seperti pengguna jalan raya lain dan menyusahkan pengguna jalan raya lain untuk menuntut.
Ads
Untuk menuntut bagi kes kecuaian kemalangan tanpa insurans ini, sangat-sangat penting anda dapatkan maklumat pemandu sebab bila hendak mulakan saman, nama dan butiran pemandu diperlukan untuk menyaman. Gagal dapat butiran memang menyebabkan anda tidak boleh menyaman.
Jadi apa langkah yang perlu diambil sekiranya berlaku kemalangan oleh pemandu tanpa lesen dan tanpa insurans:-
1) Tangkap gambar kereta yang melanggar, tangkap gambar kereta kita (untuk simpanan peribadi atau sebagai rekod sendiri walaupun selepas laporan polis, polis akan tangkap gambar. Lebih elok jika ada rekod sendiri).
2) Tangkap gambar/ salin no plat kenderaan yang melanggar.Maklumat no.pendaftaran penting sebab perlu buat carian JPJ untuk mendapatkan maklumat berkenaan dengan pemilik kenderaan.
Ads
3) Tangkap gambar roadtax pelanggar (untuk pastikan roadtax/insurans masih ada untuk kita tahu tindakan seterusnya seperti memasukkan dalam report polis)
4) PENTING!!!- Minta nombor telefon dan nama pelanggar-nama penuh, kalau dia hendak berikan kerjasama minta nama dan nombor kad pengenalan. Kita boleh menyaman pemandu dengan informasi yang cukup. Kalau dia enggan terpaksa kita ambil tindakan terhadap pemilik.
5) Buat laporan polis bagi kemalangan dalam tempoh 24 jam. Polis akan tangkap gambar kemalangan dan membuat laporan penuh serta lakaran kemalangan.
Ads
6) Hubungi pihak insurans anda.
7) Sekiranya pelanggar tiada lesen atau insurans. Anda selesaikan urusan pembaikian dahulu. Lantik peguam. Mulakan tindakan di mahkamah. Selepas dapat perintah untuk pelanggar membayar oleh mahkamah (penghakiman) mulakan tindakan untuk membankrapkan atau menyita atau lain-lain.
Elakkan settlement luar kerana kebanyakkan kes, selepas pihak-pihak tidak membuat laporan polis. Pihak yang berjanji hendak buat settlement akan cabut lari. Hati-hati ketika memandu.
Silakan share supaya kita semua tahu hak kita.
Yang benar
Peguam Anda
Nor Zabetha
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Berlegar di kalangan rakyat, mereka lebih rela disaman oleh pihak polis berbanding JPJ. Ini kerana diskaun kompaun masih boleh didapati jika disaman oleh pihak polis namun kita perlu membayar jumlah penuh sebanyak RM300 jika disaman oleh pihak JPJ.
Kalau selama ini korang rasa gerun kalau tak bayar saman dikeluarkan oleh JPJ, ada berita baik mulai 1 Ogos hingga 31 Ogos 2020 sempena bulan kemerdekaan kerana JPJ akan memberikan diskaun sebanyak 70 peratus ke atas setiap saman yang sudah dimasuk ke dalam sistem.
Menurut Menteri Pengangkutan Malaysia, Datuk Seri IR Dr Sri Wee Ka Siong memberikan tawaran pengurangan bayaran saman kepada semua saman boleh kompaun yang dikeluarkan oleh JPJ dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).
“Diskaun saman ini diberikan sempena bulan kemerdekaan itu adalah bagi saman yang dikeluarkan atas kesalahan mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333), Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Akta 334), Akta Pengangkutan Awam Darat (Akta 715) serta Kaedah-kaedah dan Perintah-perintah dibawahnya, termasuk kes yang masih dalam tindakan senarai hitam.
"Sebanyak 70 peratus pengurangan ditawarkan berdasarkan kepada kadar kompaun semasa yang terdapat dalam sistem JPJ dan yang telah ditetapkan bagi kes-kes di bawah akta yang tersebut," katanya dalam satu kenyataan dua hari lalu.
Ka Siong berkata, pengurangan saman itu dilaksanakan di semua pejabat JPJ negeri, cawangan dan Pusat Transformasi Bandar (UTC) serta saluran pembayaran lain JPJ seperti portal mySIKAP JPJ, kiosk JPJ dan JPJ Mobile.
Katanya, bagi kesalahan yang telah disenarai hitam, orang ramai dikehendaki hadir ke pejabat JPJ cawangan atau negeri bagi proses dokumentasi sebelum urusan pembayaran dilakukan.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tahi lalat atau sebenarnya kulat pada pakaian ini muncul disebabkan kelembapan pada kain. Jika tidak mahu pakaian bertahi lalat pastikan helaian kain atau pakaian betul-betul kering terlebih dahulu sebelum dilipat dan disimpan dalam almari.
Kulat ini juga sering terkena pada helaian telekung, telekung yang lembap kemudian terus dilipat atau disimpan akan mengundang tahi lalat. Selalu mengalami tahi lalat adalah di bahagian dagu.
Bagi memastikan tahi lalat ini hilang dan kembali bersih boleh gunakan dua cara berikut;
1. Guna sabun kuning
Sediakan sabun kuning Ganso dari kedai Eco. Kemudian gosok bahagian bertahi lalat dengan sabun tersebut. Sental dengan berus.
Seterusnya bilas, dan jemur. Sekiranya tahi lalat masih ada, boleh boleh ulang cara yang sama. Penggunaan sabun ini juga tak menjejaskan fabrik.
2. Guna cuka dan lemon
Tuang air panas dalam besen, campurkan cuka (lebih kurang satu cawan) kemudian rendam lebih kurang satu jam.
Kemudian keluarkan baju dari air rendaman cuka. Potong lemon dan perah pada bahagian baju yang ada tahi lalat tadi. Boleh guna gosok hirisan lemon tadi.
Selepas itu sental dengan berus. Insya-Allah akan tahi lalat hilang selepas diberus. Jika tahi lalat banyak guna lebih sikit cuka dan lemon tadi.
Artikel ini diambil diolah dari VK.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Kelonggaran beberapa sektor seperti sektor pekerjaan dan pelancongan merupakan satu petanda baik untuk ekonomi negara. Keberkesanan vaksin dalam menurunkan kadar keberjangkitan pandemik dilihat berada dalam tahap yang baik.
Namun, masih ada golongan yang bersikap anti-vaksin dan menolak daripada menerima suntikan. Memandang serius perkara ini, YouTube membuat tindakan tegas apabila bakal menyekat kandungan anti-vaksin dari seluruh dunia!
Foto : Getty Image
Langkah ini diambil dalam usaha platform popular itu bagi menghalang sebarang penyebaran maklumat palsu berhubung vaksin Covid-19.
Antara contoh kandungan yang tidak dibenarkan disiarkan dalam YouTube termasuklah dakwaan yang mengatakan vaksin berkenaan menyebabkan kemandulan serta suntikan MMR yang melindungi individu daripada dijangkiti cacar, beguk dan rubella boleh menyebabkan autism.
Syarikat video atas talian milik Alphabet itu turut mengharamkan saluran-saluran yang dikaitkan dengan beberapa aktivis anti-vaksin ternama seperti Robert F. Kennedy Jr dan Joseph Mercola.
Robert F. Kennedy Jr.’s. Foto Kredit…Clemens Bilan/EPA, via Shutterstock
Dalam pada itu, Mercola dalam satu kenyataan berkata: “Kami di seluruh dunia akan terus bersatu, tidak akan hidup dalam ketakutan, berpegang teguh pada prinsip dan akan melindungi kebebasan kami.”
Keprihatinan Youtube ini terhadap isu penolakan vaksin ini seharusnya menjadi satu contoh dan semangat untuk syarikat gergasi di dunia untuk sama-sama memastikan kehidupan di dunia menjadi lebih baik apabila majoriti penduduk dunia sudah divaksin. Semoga dengan tindakan drastik Youtube ini menjentik hati kelompok antivaksin untuk memikirkan kembali keputusan mereka.
Penyanyi muda yang pernah mencipta fenomena menerusi lagu Hikayat Benladin, Ben Ladin sekali lagi menjadi perhatian warga internet apabila meluahkan rasa kecewa terhadap ibu...