Pernah tak, ada ketika kita berasa was-was sama ada sudah membaca tahiyat awal ketika solat atau kita teruskan ke rakaat ketiga?
Ini kerana ada ketika kita terlupa sama ada sudah membacanya atau belum? Mungkin ramai yang ingin tahu, andai kata kita terlupa baca tahiyat awal dan sudah naik ke rakaat ketiga, adakah kita wajib turun semula baca tahiyat?
Ustaz Azhar Idrus berkongsi ilmu jika kita terlupa membaca tahiyat awal.

Soalan :
Jika kita tertinggal baca tahyat awal dan naik ke rakaat yang ketiga adakah wajib kita turun semula baca tahiyat?

Jawapan :-

Jika orang yang sembahyang tertinggal membaca tahyat awal lalu naik ia ke rakaat yang ketiga maka jika belum sampai berdiri tegak nescaya disunatkan dia turun kembali duduk membaca tahyat.

Dan jika dia sudah berdiri tegak pada rakaat yang ketiga nescaya tidak lagi dia boleh turun duduk membaca tahyat dan jika dia turun juga dengan sengaja nescaya batal solatnya.
Akan tetapi jika ia solat berjemaah maka wajib ia kembali kepada duduk tahyat kerana mengikut imam.

Ads

Telah berkata oleh Syeikh Bafadhal :
وَلَو نسي التَّشَهُّد الأول فَذكره بعد انتصابه لم يعد إِلَيْهِ فَإِن عَاد عَالما بِتَحْرِيمِهِ عَامِدًا بطلت أَو نَاسِيا أَو جَاهِلا فَلَا وَيسْجد للسَّهْو وَيجب الْعود لمتابعة إِمَامه

Artinya : “Dan kalau seorang itu lupa membaca tahyat awal kemudian dia teringat selepas tegaknya berdiri nescaya tidak harus dia kembali kepada tahyat. Maka jika dia kembali kepada tahyat dalam keadaan dia tahu tentang diharamkannya dan sengaja nescaya batal solatnya. Atau dia kembali itu kerana terlupa atau tidak tahu maka tidak batal dan sunat dia sujud sahwi sebelum salam. Dan wajib makmum kembali duduk tahyat kerana mengikut imamnya.” (Kitab Muqaddimah Hadhramiyah).

Telah berkata Imam Ibnu Ruslan :

Ads

لَكِن على الْمَأْمُوم حتما يرجع … إِلَى الْجُلُوس للْإِمَام يتبع
وعائد قبل انتصاب ينْدب … سُجُوده إِذْ للْقِيَام أقرب
Artinya : “Akan tetapi wajib atas makmum kembali kepada duduk tahyat awal kerana mengikut imam dan yang solat sendirian sunat kembali kepada duduk tahyat apabila belum berdiri tegak dan sunat ia sujud sahwi jika sudah dekat kepada berdiri.” (Kitab Matan Zubad).

Keterangan :

Dalam solat sendirian jika seorang itu terlupa duduk tahyat awal lalu ia berdiri maka jika sudah berdiri tegak nescaya tidak harus lagi dia duduk semula kerana membaca tahyat awal. Jika dia duduk semula kerana membaca tahyat awal nescaya batal solatnya kerana dia telah berada di rukun yang lain tidak boleh lagi ulang kepada perkara yang sunat. Dan sebelum salam adalah sunat dia lakukan sujud sahwi kerana tertinggalnya akan tahyat awal itu.

Ads

Yang dimaksudkan berdiri tegak itu ialah berdiri yang sudah memadai dinamakan qiam sekali pun belum meletakkan kedua tangannya di bawah dadanya.

Jika belum lagi berdiri tegak nescaya sunat dia turun membaca tahyat awal dan sebelum salam disunatkan dia sujud sahwi apabila dia telah naik lebih dari separuh berdiri atau lebih dari had rukuk.

Ada pun jika dia baru naik sedikit seperti belum sampai separuh atau belum sampai had rukuk nescaya disunatkan kembali duduk baca tahyat dan tetapi tidak disunatkan sujud sahwi sebelum salam kerana sedikit pergerakkannya.

Dan dalam solat berjemaah jika makmum terlupa tahyat awal dan naik berdiri nescaya wajib makmum itu duduk semula bersama imam membaca tahyat kerana kewajipan mengikut imam.
wallahua’lam
ustaz azhar idrus

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI