Selalukan jadi kes begini. Asal tak puas hati dengan seseorang atau ada perlakuannya tidak kena di mata, kita akan siarkan muka dan wajahnya serta mengeluarkan kata-kata kebencian. Kawan-kawan yang tak tahu usul periksa menambah api dan memberikan komen serta menyebarkan berita.
Akhirnya, dari perkara kecil jadi merebak termasuk isu-isu agama yang adakalanya menyemai kebencian antara satu sama lain.
Apa nak buat jika korang jadi mangsa fitnah viral. Baca 5 langkah diajar peguam ini, Nor Zabetha dan tindakan perlu korang buat bagi menghentikan fitnah dilemparkan.
Bila bergaduh atau ada rasa tidak puas hati dengan kita, tiba-tiba pihak sana muat naik satu status tentang kita. Habis diburukkan pasal kita di media sosial. Ada pula rakan-rakannya yang tukang ‘back up’ sampai sama-sama menyumpah seranah kita di ruang komen. Habis rosak reputasi dan nama baik kita!
Tuntutan saman malu ini kadangkala bernilai puluhan atau ratusan ribu ringgit. Jadi, anda boleh teruskan dengan tindakan saman malu di mahkamah.
Apa langkah-langkah yang boleh diambil oleh kita sebagai mangsa fitnah di media sosial/internet?
Sebab: Kalau dipadamkan, anda sudah tidak ada bukti untuk menyokong dakwaan anda dan berkemungkinan melemahkan kes.
Screenshot penyataan fitnah sebagai bukti bahawa terdapat kenyataan yang memburukkan anda.
Screenshot senarai jumlah ‘like’, jumlah ‘share’ dan segala komen-komen pembaca yang berbentuk marah, kebencian, perli atau apa sahaja yang berbaur negatif.
Screenshot profil pelaku yang menunjukkan senarai rakan, senarai follower.
Sebab: Berapa jumlah like atau share bagi status yang muat naik adalah bukti berapa banyak orang telah membaca dan kongsi status itu. Sekaligus menunjukkan setakat mana cerita buruk tentang anda telah disebarkan.
Profil pelaku menunjukkan siapa identiti pelaku untuk kita ambil tindakan. Berapa jumlah kawannya dalam sosial media menunjukkan berkemungkinan berapa jumlah pembaca.
Status kebencian menunjukkan bahawa tulisan si pelaku telah berjaya menimbulkan kebencian serta rasa marah oleh orang awam.
Ini semua boleh menjadi pemfaktoran untuk menaikkan jumlah tuntutan ganti rugi saman malu.
Dapatkan pendapat peguam sama ada, bukti-bukti anda itu cukup untuk memulakan tindakan di mahkamah.
Sekiranya atas faktor kos anda tidak dapat meneruskan langkah 4 dan 5 di atas, apa yang anda boleh lakukan adalah simpan semua bukti dan hubungi pelaku. Minta dia padamkan status tersebut jika gagal anda teruskan dengan tindakan undang-undang. Sebaiknya status fitnah itu dipadam segera supaya reputasi dan nama baik anda tidak terus tercemar sepanjang status itu berada di media sosial. Sekian. Semoga memberi manfaat.
Dikongsikan oleh Nor Zabetha. Kongsikan ilmu walaupun sebaris ayat.