Semua perempuan pernah terfikir mengenai trend lelaki yang menggemari pasangan lebih berusia.
Semua lelaki itu berbeza, begitu juga dengan citarasa mereka. Ada yang menyukai perempuan muda, sebaya dan berusia. Normal lah tu.
Terbaru, pelakon remaja berusia 22 tahun, Harris Alif telahpun mengumumkan bahawa dirinya dan pasangan, Intan Ladyana, 38 telah mengambil keputusan untuk bernikah pada bulan Februari ini.
ARTIKEL BERKAITAN : Ditaja RM13.5 Juta, Harris Alif Umum Bakal Nikahi Intan Ladyana – REMAJA
Ternyata, ramai tertarik dengan teori lelaki muda yang memilih perempuan lebih berusia. Apakah di antara sebab utamanya?
Ringkas, Kurang Drama
Bagi Harris, dia menganggap perbezaan usia itu hanyalah angka dan bukannya satu masalah dalam memahami hati budi masing-masing.
Malah baginya, perempuan berusia ini lebih ringkas dan tentunya, matang. “Saya suuka sebab dia tak ada ‘drama-drama’.
Hhm, ada benarnya di situ. Perempuan yang telah terlebih dahulu makan garam tidak akan mudah melatah atau meroyan sekiranya sesuatu berlaku di luar perancangan mereka.
Komunikasi Lancar
Semua orang tahu, perempuan lebih cepat matang daripada lelaki. Tapi itu tak bermakna tiada lelaki yang suka untuk bercakap mengenai perkara yang lebih ‘deep’ pada usia muda.
Percintaan bersama perempuan yang lebih berusia memudahkan komunikasi untuk bercakap mengenai – well, practically anything. Ia menyegarkan dan membuka fikiran lelaki dalam pelbagai jenis topik. Tambahan pula, perempuan lebih terbuka dalam hal emosi.
Jadi sekiranya lelaki tersebut mengalami kesedihan atau kemarahan, perempuan berusia mudah untuk memujuknya kembali.
Menaikkan Keyakinan Diri
Percayalah, sekiranya lelaki mampu untuk bercakap dengan perempuan yang lebih berusia, serta-merta dia akan merasa lebih bagus mengenai dirinya. That is just how it is.
Pasangan perempuan yang berusia selalunya akan ‘memimpin’ lelaki untuk menjadi seorang yang lebih baik. Ia secara tak langsung menaikkan keyakinan diri dan self-esteem mereka.
Tidak Terlalu Serius
Haa, perempuan berusia tidak serius?
Bukan.. ada masanya mereka boleh menjadi amat serius terutamanya dalam hal kerja.
Namun, mereka telah terlebih dahulu mengenali siapakah diri mereka yang sebenar berbanding pasangan lelaki. Tidak seperti perempuan muda atau sebaya yang kadangkala (bukan semua orang ya) terlalu fokus untuk memulakan kerjaya dan keluarga, perempuan berusia tidak seperti itu.
Mereka bukan hanya mencari lelaki yang boleh menjadi ayah dan ketua keluarga suatu hari nanti. Mereka lebih relaks dan fleksibel. Mereka juga kadangkala akan menjadi sedikit playful dan keanak-anakan dengan lelaki yang lebih muda, but not in the annoyingly childish way.
AGAIN, bukan semua perempuan muda dan sebaya adalah sebegitu. (read: childish)
Lelaki Sukakan Cabaran
Sebenarnya ramai lelaki yang gemarkan cabaran dalam percintaan kerana ia akan membuatkan hubungan lebih menarik dan tidak mendatar. Apabila mereka berada dalam fasa saling mengenali, tentunya lelaki ada sesuatu untuk ‘dibuktikan’ kepada perempuan berusia that he is the one.
Pada masa yang sama, lelaki juga akan mudah mencabar diri sendiri untuk lebih berjaya dan lebih berdikari. Ego mereka mudah tercalar sekiranya misi hidup mereka tidak tercapai di hadapan mata perempuan yang lebih berusia. That can be a good sign, ia bermakna lelaki itu fokus dengan matlamat mereka.
BACA LAGI: 10 Pasangan Ini Buktikan Usia Hanyalah Angka