Yea, yea. Kita tahu semua orang sedang giat bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14, Rabu ini.
Tetapi apa sebenarnya yang akan terjadi selepas itu..? Sebagai pengundi kali pertama, kami sendiri tertanya-tanya bilakah Malaysia akan melantik kerajaan yang baru selepas tamat Pilihan Raya. Ini 5 kejadian yang bakal menyusul selepas semuanya tamat hari Rabu ini.
01
Kira Undian
Pintu kawasan mengundi akan ditutup tepat pada jam 5 petang. Selepas waktu itu, pengawai pengerusi akan mula mengira kertas undian secara tertutup.
Setiap calon dari parti berbeza akan mempunyai wakil pemerhati bagi memastikan undian dikira secara tulus.
Bergantung kepada jumlah pengundi, jika kawasan itu mempunyai penduduk yang ramai, maka pengiraan mungkin akan berlarutan sehingga tengah malam.
Ads
02
Umum Keputusan
Keputusan untuk peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) dan parlimen mula diumumkan sekitar jam 9 malam.
Selalunya, keputusan itu akan berubah dari semasa ke semasa sehinggalah ia rasmi. Pada masa itulah, pengguna Twitter akan mula berdebat siapa yang bakal menang.
Dan jika kerusi itu berubah milik kepada parti lain, pasti keputusan diulang tayang banyak kali. Yea we get it, korang menang!
03
Parti Mana Yang Menang
Ads
Sekiranya mana-mana parti memenangi sekurang-kurangnya 112 daripada 222 kerusi yang dipertandingkan, mereka akan ditabalkan sebagai parti yang akan membentuk majoriti parlimen dan kerajaan.
04
Kalau Kalah Macam Mana?
Jika parti itu menang, wajiblah celebrate!
Tetapi jika kalah, kebiasaannya ia diikuti dengan sebuah ‘post-mortem’ tergempar bagi membincangkan di mana silapnya kempen mereka.
Ads
05
Tak Puas Hati, Boleh Merayu
Calon yang kalah boleh kemukakan rayuan dalam tempoh 21 hari selepas keputusan diumumkan di Mahkamah Pilihan Raya.
Antara isu yang boleh digunakan oleh calon adalah rasuah, korupsi, tindakan yang tidak dibenarkan dan ketidakupayaan calon yang menang.
06
Kabinet Diumumkan
Perdana Menteri akan mengumumkan ahli kabinet dalam masa 10 hari. Ahli kabinet baru pula perlu mendapat persetujuan Yang di-Pertuan Agong.
Selalunya, mereka dipilih berdasarkan pencapaian parti masing-masing semasa Pilihan Raya
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Berita gembira tersebut dikongsikan pelantun lagu popular Sakit itu menerusi sebuah hantaran terbaharu di entri Instagram miliknya, sebentar tadi.
“Welcome to this world boii,” coretnya ringkas di ruangan kapsyen.
Pemilik nama sebenar Muhammad Haqeem Nuriman Nor Azrin itu turut memberikan gelaran ‘Baby Kai’ atau singkatan kepada Kairo buat anak sulungnya itu menerusi hantaran berkenaan.
Menerusi perkongsian sama, Yonny turut memuat naik beberapa foto isterinya bersama bayi mereka itu di atas katil hospital.
Pemerhatian REMAJA mendapati, rata-rata pengikut dan rakan selebriti turut menumpang gembira dan menzahirkan ucapan tahniah buat pasangan dua sejoli itu.
Sekadar informasi, YonnyBoii dan Nik Nazira mendirikan rumah tangga pada 20 November 2021.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Pelakon jelita, Julia Farhana selamat mendirikan rumah tangga bersama pilihan hatinya, Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum, pada 14 Disember lalu di sebuah hotel di ibu kota.
Pelakon naskhah popular Rumi dan Jawi itu mendedahkan perkhabaran gembira tersebut menerusi perkongsian terbaharu di laman Instagram miliknya, sebentar tadi.
Sehubungan itu, Julia memohon maaf kerana tidak meniemput media dan rakan-rakan kerana majlis pernikahan hanya dihadiri oleh keluarga terdekat.
“Saya mahu berkongsi secara rasmi bahawa saya kini isteri kepada Che Hafiz. Kami ingin mohon maaf kerana lewat memberitahu hal ini kepada rakan-rakan dan media disebabkan ia adalah majlis tertutup yang dihadiri oleh keluarga.
“Saya dan suami memohon doa semua dalam perjalanan kami sebagai suami isteri. Alhamdulillah sesi akad nikah saya dan isteri telah berjalan dengan lancar,” coretnya.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut dan rakan selebriti merakamkan ucapan tahniah buat pasangan merpati dua sejoli itu selain mendoakan yang baik-baik buat mereka.
Untuk rekod, Dr Che Hafiz sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon dan penyanyi Lufya Omar pada 26 November 2016 namun bercerai pada 17 Jun 2020 di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling, Shah Alam.
Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Laana Haura yang kini berusia lima tahun.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Tentu ramai yang ‘gian’ untuk pergi melancong selepas beberapa bulan sektor pelancongam disekat gara-gara situasi pandemik COVID-19 yang melanda dunia.
Namun ada berita baik buat semua kaki travel, melihat perubahan positif penularan COVID-19 yang semakin reda dari sehari ke sehari membuatkan Suruhanjaya Eropah pada minggu lalu telah mengumumkan pelan bagi membuka semula pintu sempadan negara mereka untuk memulihkan industri pelancongan yang terkesan teruk akibat pandemik itu.
Nah, 12 senarai destinasi pelancongan yang mula memberi “lampu hijau” kepada para traveller untuk berkunjung menjelang musim panas nanti
1) PORTUGAL
Bermula pertengahan Mac lalu, Portugal telah melonggarkan sekatan kepada rakyatnya dengan membenarkan kembali kedai dan restoran beroperasi semula dan menjadi salah satu negara Eropah pertama yang bakal menyambut kedatangan pengunjung luar.
Menteri Luar Portugal, Santos Silva mengumumkan meskipun penerbangan dari luar Kesatuan Eropah belum lagi diberi lampu hijau sehingga 15 Jun ini namun mereka tetap membenarkan kemasukan pelancong lain terutama dari negara Eropah dan pemeriksaan kesihatan yang ketat akan dilaksanakan di lapangan terbang.
Untuk rekod, Portugal mencatatkan sebanyak 31,007 kes positif COVID-19 dengan 1,342 kematian.
2) FLORIDA
Kepulauan Florida di Amerika Syarikat mula ditutup kepada pelancong sejak 22 Mac lalu.
Disebabkan nadi ekonomi rangkaian pulau-pulau di sana bergantung kepada sektor pelancongan, justeru lokasi itu diharap dapat beroperasi semula bermula 1 Jun, sebagaimana yang diumumkan oleh Ketua Pejabat Pengurusan Florida Keys dan Key West, Rita Irwin.
Selain bakal melaksanakan penjarakan sosial dan garis panduan pembasmian kuman, fasa pertama pembukaan semula destinasi pelancongan di Florida hanya akan dihadkan kepada separuh sahaja kuota penginapan dan angka itu akan dinilai semula menjelang akhir bulan ini.
3) MEXICO
Beberapa tempat pelancongan terkenal di Mexico seperti Cancun, Tulum, dan Riviera Maya dijangka bakal menyambut kehadiran pelancong antarabangsa antara 8 hingga 10 Jun ini, menurut Mexico News Daily.
Pembukaan semula ini bertepatan dengan penyambungan kembali penerbangan dari AS, Kanada, dan Eropah ke kawasan itu.
Seiiring dengan pembukaan semula destinasi pelancongan tersebut, protokol kebersihan baru juga akan disediakan.
Menariknya bagi mengalu-alukan kedatangan pelancongan, Cancun dan beberapa destinasi lain di Quintana Roo turut menawarkan penginapan semalam percuma dan diskaun menarik lain kepada pengunjung yang bercuti ke sana sepanjang tahun ini.
4) CYPRUS
Cyprus dijangka mula menyambut pelancong pada 9 Jun depan.
Namun, ia hanya merancang untuk membenarkan pengunjung dari negara-negara yang dianggapnya “selamat,” dan yang mempunyai kadar jangkitan yang rendah.
Terdapat 19 negara dalam senarai ini antaranya Jerman, Austria, Greece, Finland, Denmark, dan Norway.
5) ICELAND
.
Perdana Menteri Iceland mengatakan bahawa negara itu bakal memberikan lampu hijau untuk pelancong pada 15 Jun nanti.
Hanya pelancong yang disaring dan negatif ujian COVID-19 sahaja yang akan dibenarkan masuk tanpa perlu menjalani proses kuarantin diri selama 14 hari.
6) GREECE
Sebilangan besar perniagaan di Greece seperti salun rambut dan kedai buku telah dibuka sejak awal Mei lalu.
Sementara bermula 1 Jun, hotel dibenarkan untuk beroperasi semula bagi membuat persediaan menerima kedatangan pelancong ke negara itu mulai pertengahan Jun ini.
7) ITALI
Itali merupakan negara yang mencatatkan rekod lockdown paling lama di Eropah iaitu dari 10 Mac hingga 4 Mei apabila 62 juta penduduknya diarahkan untuk mengasingkan diri di dalam rumah.
Namun kini pemerintah Itali mengumumkan bahawa negaranya merancang untuk mengizinkan perjalanan antarabangsa mulai 3 Jun.
Fasa pertama hanya orang Eropah yang akan dibenarkan mengunjungi Itali dan menjelang 15 Jun nanti barulah pengunjung dari luar Kesatuan Eropah pula diberikan lampu hijau berkenaan.
8) VIRGIN ISLAND, AS
Menurut sidang media, Gabenor Albert Bryan Jr telah bekerjasama dengan Jabatan Pelancongan, Jabatan Kesihatan, dan Persatuan Pelancongan Kepulauan Virgin AS untuk membenarkan kedatangan pelancong pada 1 Jun.
Ia selepas situasi semasa di kepulauan itu dilihat semakin pulih dan membaik.
Setakat ini, Kepulauan Virgin, Amerika Syarikat merekodkan 69 kes positif COVID-19 dengan 6 kes kematian.
9) SAINT LUCIA
Pemerintah Saint Lucia mengumumkan pembukaan kembali secara berperingkat kepada pelancong mulai 4 Jun, menerusi kebenaran semula penerbangan antarabangsanya.
Bagaimanapun, pengunjung perlu mengemukakan ujian COVID-19 negatif semasa ketibaan, dan semestinya diwajibkan melakukan pemeriksaan suhu di lapangan terbang, hotel, dan di restoran, serta keperluan memakai topeng dan melakukan penjarakan sosial.
Saint Lucia mempunyai hanya 18 kes positif COVID-19 yang disahkan, tanpa ada sebarang kes kematian.
10) KEPULAUAN CARRIBEAN
Caribbean National Weekly melaporkan bahawa Menteri Pelancongan Antigua dan Barbuda, Charles Fernandez mengatakan dalam pertemuan maya untuk membuka semula pintu masuk negara itu menerusi penerbangan American Airlines dari Miami yang dijadualkan pada 4 Jun ini.
Ia akan menjadi penerbangan penumpang antarabangsa pertama ke negara ini dalam tempoh 10 minggu sepanjang perintah berkurung.
Antigua dan Barbuda menyaksikan 25 kes positif COVID-19 dan 3 kematian.
11) SEPANYOL
Menurut Reuters, Menteri Pengangkutan Sepanyol, José Luis Ábalos berharap pelancong akan mula diberikan kebenaran untuk berkunjung ke negara itu bermula akhir bulan Jun.
Namun, tidak ada perincian lebih lanjut yang diberikan.
Walaupun kuarantin selama 14 hari wajib dilaksanakan untuk pengunjung yang tiba di Sepanyol sejak minggu lalu, namun Ábalos mengatakan bahawa sekatan perjalanan itu akan dicabut secara beransur-ansur tidak lama lagi.
12) ARUBA
Aruba mengumumkan bahawa ia akan menyambut kedatangan pengunjung antara 15 Jun dan 1 Julai.
Ketika ini pihak berkuasa Aruba sedang giat mempertimbangkan langkah-langkah pencegahan tambahan jika diperlukan sebagai persediaan menerima kedatangan pelancong luar.
Sehingga kini, Aruba mempunyai 101 kes positif COVID-19 dengan 3 rekod kematian.
Amacam, ada berani tak travel ketika kita masih tiada vaksin Covid-19 ini. Tepuk dada tanya la selera!
Sumber: Insider.com
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bekas anggota kumpulan Dolla, Syasya Rizal, telah selamat melahirkan bayi lelaki.
Berita gembira tersebut dikongsikan sendiri oleh Syasya melalui akaun Instagram miliknya.
ARTIKEL BERKAITAN: Syasya Rizal...