Apa Sebenarnya Akan Terjadi Selepas Kamu Tamat Mengundi?

Share

Isi Kandungan

Toggle

 

Yea, yea. Kita tahu semua orang sedang giat bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14, Rabu ini.

 

Tetapi apa sebenarnya yang akan terjadi selepas itu..? Sebagai pengundi kali pertama, kami sendiri tertanya-tanya bilakah Malaysia akan melantik kerajaan yang baru selepas tamat Pilihan Raya. Ini 5 kejadian yang bakal menyusul selepas semuanya tamat hari Rabu ini.

 

01

Kira Undian 

Pintu kawasan mengundi akan ditutup tepat pada jam 5 petang. Selepas waktu itu, pengawai pengerusi akan mula mengira kertas undian secara tertutup.

Setiap calon dari parti berbeza akan mempunyai wakil pemerhati bagi memastikan undian dikira secara tulus.

Bergantung kepada jumlah pengundi, jika kawasan itu mempunyai penduduk yang ramai, maka pengiraan mungkin akan berlarutan sehingga tengah malam.

 

02

Umum Keputusan

Keputusan untuk peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) dan parlimen mula diumumkan sekitar jam 9 malam.

Selalunya, keputusan itu akan berubah dari semasa ke semasa sehinggalah ia rasmi. Pada masa itulah, pengguna Twitter akan mula berdebat siapa yang bakal menang.

Dan jika kerusi itu berubah milik kepada parti lain, pasti keputusan diulang tayang banyak kali. Yea we get it, korang menang!

 

03

Parti Mana Yang Menang

Sekiranya mana-mana parti memenangi sekurang-kurangnya 112 daripada 222 kerusi yang dipertandingkan, mereka akan ditabalkan sebagai parti yang akan membentuk majoriti parlimen dan kerajaan.

 

04

Kalau Kalah Macam Mana?

Jika parti itu menang, wajiblah celebrate!

Tetapi jika kalah, kebiasaannya ia diikuti dengan sebuah ‘post-mortem’ tergempar bagi membincangkan di mana silapnya kempen mereka.

 

05

Tak Puas Hati, Boleh Merayu

Calon yang kalah boleh kemukakan rayuan dalam tempoh 21 hari selepas keputusan diumumkan di Mahkamah Pilihan Raya.

Antara isu yang boleh digunakan oleh calon adalah rasuah, korupsi, tindakan yang tidak dibenarkan dan ketidakupayaan calon yang menang.

 

06

Kabinet Diumumkan

Perdana Menteri akan mengumumkan ahli kabinet dalam masa 10 hari. Ahli kabinet baru pula perlu mendapat persetujuan Yang di-Pertuan Agong.

Selalunya, mereka dipilih berdasarkan pencapaian parti masing-masing semasa Pilihan Raya

Published by
FZ