Apa Sebenarnya ‘COVID-22’ Yang Tular & Kenapa Kita Tidak Perlu Risau?

Share

 

Dunia belum reda lagi dengan pandemik COVID-19 dan varian Delta. Perkara terakhir yang kita semua inginkan adalah kewujudan satu lagi varian baharu; dikenali sebagai COVID-22.

TAPI, jangan lekas risau. Panggilan wabak COVID-22 yang tular dalam masa semalaman tadi bukanlah satu wabak baharu yang sudah dikenal pasti oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Sebaliknya, ia merujuk kepada spekulasi oleh pakar akan varian yang boleh muncul pada tahun hadapan. Mereka (pakar) sedang mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelakkannya daripada merebak seperti COVID-19.

Kali pertama nama COVID-22 digunakan adalah oleh seorang penolong profesior dalam bidang Sistem & Sintetik Imunologi di Universiti ETH Zurich bernama Profesor Sai Reddy.

Profesor Sai Reddy. Sumber Foto : Blick

Dalam temubual mengenai pandemik bersama akhbar tempatan Swiss-Jerman, Blick; beliau berkata situasi yang dihadapi oleh dunia sekarang bukan lagi boleh dipanggil sebagai COVID-19 tetapi harus dinamakan COVID-21. Ini memandangkan dunia sedang berdepan wabak lain seperti varian Delta dan kemungkinan lebih banyak lagi varian menjelang tahun 2022.

ARTIKEL BERKAITANTiga Ubat Mampu Melawan COVID-19 Diuji WHO, Kenali Ubat Tersebut – REMAJA

Sumber Foto : Pexels.com (Cotton Bro)

Disebabkan kenyataan beliau itu, banyak akhbar dan portal media di Eropah menggunakan nama ‘COVID-22’. Serta-merta, warganet seluruh dunia berpendapat bahawa akan muncul wabak yang lebih merbahaya berbanding COVID-19 dan varian Delta pada tahun hadapan.

Masing-masing mula memikirkan sampai bilakah situasi yang melanda dunia ini akan berterusan dan sama ada tahun 2022 juga kekal seperti tahun 2020 dan 2021 di mana pergerakan penduduk dunia terhenti begitu saja.

Berdasarkan pendapat beberapa pakar dalam respon balas kenyataan Professor Sai Reddy, mereka menyebut adalah lebih wajar untuk masyarakat dunia cuba menghentikan varian sedia ada daripada merebak dan untuk penduduk dunia terus mendapatkan vaksinasi.

Tidak lama selepas itu, Professor Sai Reddy tampil memperbetulkan kenyataan awalnya kepada Blick.

“Ada salah faham terhadap apa yang saya katakan dalam temubual bersama akhbar tersebut. Saya ingin mengambil peluang untuk menjelaskannya. Adalah tidak tepat untuk memanggilnya sebagai COVID-22, kerana nama yang tepat dan rasmi untuk wabak yang disebabkan oleh SARS-CoV-2 ini ialah COVID-19.

“Agar tiada orang salah faham, kenyataan saya sebenarnya merujuk kepada situasi COVID-19 pada tahun 2022 terutamanya pada suku pertama (Januari-Mac).

“Ada kemungkinan ia lebih teruk berbanding COVID-19 pada tahun 2021.

“Ini berdasarkan kemunculan varian Delta yang menunjukkan transmisi pantas, kemungkinan munculnya varian lain yang bermutasi dan berdasarkan jumlah penduduk di Switzerlang yang masih belum divaksin serta kelonggaran pergerakan yang dibenarkan di Switzerland (merujuk kepada negara beliau sendiri),” ulas beliau.

So guys, jangan pantas menamakan apa-apa varian baharu sebagai COVID-22 ya!

BACA LAGIDoktor Nafi Dakwaan Warna Darah Bertukar Ikut Jenis Vaksin – REMAJA

Sumber : (1)

Published by
FZ