Jika sebelum ini, penonton pawagam di Malaysia boleh memilih untuk menonton filem kegemaran mereka melalui hall Twin Seat, Beanie Seats, Indulge dan macam-macam lagilah, sekarang ada satu lagi experience yang korang kena cuba.
Golden Screen Cinemas (GSC Cinemas) melalui cawangannya di Mid Valley Megamall baru saja melancarkan Pawagam Onyx. So, apa yang istimewa sangat mengenainya? Onyx menyediakan skin LED pertama di pawagam Malaysia bagi memberikan kepuasan lebih kepada korang ketika menonton filem.
Ads
Dah tak ada lagi masalah movie tiba-tiba hang masa ditayangkan kerana masalah teknikal projektor (penulis tak b.oleh lupa, kena tunggu 30 minit baru resume Harry Potter & The Deathly Hollows, ggrrr). Sekarang, korang dah boleh menonton wayang macam menonton dari TV LED sendiri, cuma dengan skrin berganda-ganda lebih besar.
Tambahan pula dengan paparan 4k pada skrin, memang puas lah walaupun kena bayar tiket wayang.
Ads
Onyx juga dikhabarkan lengkap dengan sistem speaker baru dari JBL by Harman Professional Solutions agar sistem bunyi yang kedengaran akan lebih hebat!
Ads
Netizen yang dah tengok melalui Onyx pun memberi respon yang positif, antaranya:
Bagi yang teringin nak mengalami sendiri pawagam Onyx di GSC Cinemas Mid Valley Megamall, korang boleh tonton filem Jurassic Park, Fallen Kingdom di sana sekarang. Harga tiket untuk Onyx hanya RM1.50 lebih tinggi daripada harga tiket biasa. Okaylah tu kan.
Cer tengok, best ke biasa-biasa je?
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Peminat sedia maklum mengenai kebolehan penyanyi, Stacy Anam beraksi lincah di atas pentas dengan aksi tariannya sambil mengekalkan kemampuan vokal.
Namun tidak ramai sedar segala aksi yang dilakukan Stacy itu juga mempunyai kesan sampingan terhadap tubuhnya sendiri tambahan pula setelah melahirkan dua orang cahaya mata, Eshaal dan Isa hasil perkongsian hidup bersama suami, Akim Ahmad.
Pada aksi minggu suku akhir program The Hardest Singing Show malam tadi, Stacy ketika ditemui REMAJA memberitahu dirinya terpaksa melupakan sebentar kesakitan hamstring kanan yang dialaminya ketika bahagian korus pertama persembahan lagu Rampas.
“Ini adalah kali pertama otot di bahagian pinggul kanan (hamstring) saya tertarik semasa menyanyi di The Hardest Singing Show. Disebabkan saya perlu memakai harness (abah-abah) untuk persembahan ini, saya elakkan daripada minum air dan itu telah mengganggu regangan otot saya.
“Saya amat risau kerana ia berlaku pada bahagian korus awal. Sebab itulah saya tidak boleh lakukan stun terbalikkan badan (seperti yang penonton saksikan dalam rakaman video ‘VT’). Saya terfikir, bagaimanalah saya ingin tamatkan persembahan ini? Saya tahan saja dan ikut gerak-geri seperti latihan.
Semasa mendengar komen-komen juri, saya saja yang tahu kesakitan yang terjadi. Beginilah kalau sudah jadi ‘mak-mak’, keluar pula simptom ‘mak-mak’ semasa persembahan. Saya anggap ini sebagai memori pertandingan ini,” kongsinya yang mengenakan busana rekaan Hasz Hashim.
Tambah pemilik nama penuh Ummu Shaikhah Stacy binti Anam itu lagi, dia kini akan lebih berhati-hati kerana pertandingan masih berbaki dua minggu lagi.
Biarpun sudah terbiasa berdepan kecederaan hamstring kerana sering beraksi lincah di pentas, Stacy tetap enggan mengambil mudah sebarang kecederaan yang mungkin menimpa dirinya.
Terdahulu, Stacy berjaya menempatkan diri di kedudukan keempat terbaik pada minggu suku akhir The Hardest Singing Show dengan skor sebanyak 77.30 peratus daripada panel juri terdiri daripada Edry Abdul Halim, Dato’ Seri Rossa, Zizan Razak dan juri jemputan, Ajai.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Setiap bulan, pastinya akan ada seorang pelakon baharu yang menjadi bualan penonton di platform penstriman Netflix.
Sebagai platform hiburan yang memberikan peluang kepada kepelbagaian karya dari banyak negara, lebih ramai pelakon yang dapat menonjolkan bakat kepada – well – penonton antarabangsa menerusi Netflix.
Bulan September juga tiada beza dengan bulan-bulan lain apabila seorang pelakon baharu kini hangat diperkatakan. Ia tidak lain tidak bukan ialah Jung Ho-yeon yang kini tampil dalam sebuah K-drama lain daripada yang lain berjudul Squid Game.
Squid Game secara ringkas mengisahkan mengenai para peserta sebuah pertandingan kanak-kanak biasa di Korea yang diputar belitkan menjadi sebuah pertandingan ganas yang boleh mengancam nyawa. Umpannya? Hadiah wang tunai lumayan.
Menariknya, Squid Game merupakan naskah lakonan pertama Ho-yeon dalam hidupnya. Sebelum ini dia bergelar model sepenuh masa setelah tampil dalam program realiti Korea’s Next Top Model musim keempat.
Ho-yeon berjaya mencuri tumpuan masyarakat di Korea Selatan setelah berjaya menempatkan diri sebagai naib juara. Sejak itu, dia telah melebarkan sayap sebagai fashion darling antarabangsa dan diberikan peluang untuk terlibat dalam begitu banyak pertunjukan fesyen serta penggambaran kempen fesyen.
Antaranya termasuklah menjadi muse kepada jenama Chanel dan Louis Vuitton!
Tapi sebagai seorang pelakon? Ho-yeon boleh dikategorikan sebagai seseorang yang baru ingin mengenali dunia lakonan.
Harus diingat, dunia lakonan sama sekali tidak sama dengan karier sebagai seorang model. Seorang pelakon yang dipilih untuk membintangi drama original Netflix perlu memiliki karisma, bakat, emosi naik turun dan personaliti untuk menyinar. Bukan calang-calang orang terpilih menjadi pelakon menerusi karya asal platform penstriman popular ini.
Ho-yeon yang ketika itu berada di New York untuk minggu fesyen di sana mendapat panggilan daripada agensinya yang meminta agar dia merakamkan video uji bakat. Permintaan ini hadir setelah pengarah Squid Game, Hwang Dong-hyuk tertarik dengan aura serta rupanya yang dirasakan ‘masuk’ dengan karakter Kang Seo-byeok.
Ho-yeon mendapat panggilan semula dan pengarah Squid Game itu ingin bertemu dengannya bagi projek ini. Dia terus pulang ke Korea untuk menandatangani kontrak lakonan sebaik tamat Minggu Fesyen New York.
Ho-yeon mengambil cabaran berlakon buat KALI PERTAMA dan ia membuahkan hasil. Lakonannya sebagai Kang Seo-byeok membuatkan ramai penonton Squid Game jatuh cinta dengannya.
Kang Sae-byeok merupakan seorang pembelot kepada negara Korea Utara, dia sudah terbiasa dengan hidup dalam kesengsaraan. Korang pun tahu bagaimana sukarnya masyarakat di Korea Utara berdepan dengan kehidupan di sana terutamanya apabila minda mereka dihalang daripada menerima informasi baharu dari dunia luar. Heck, mereka tidak dibenarkan meloloskan diri dari sempadan negara.
Oleh itu, menerusi Squid Game, kita akan dapat melihat Sae-byeok menggunakan skil untuk teruskan hidup dan bernyawa lalu cuba memenangi perlawanan ini.
Korang perlu menonton Squid Game bagi memahami mengapa REMAJA kini obses dengan Ho-yeon.
Tidak syak lagi, dia bakal menjadi permata baharu dunia lakonan Korea dan mengikut jejak langkah beberapa pelakon wanita Korea lain yang telah memecah tempoh antarabangsa seperti Bae Doona (Kingdom, Cloud Atlas), Jun Ji-hyun (Blood: The Last Vampire) dan Claudia Kim (Fantastic Beasts, Avengers: Age of Ultron)
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Populariti yang dimiliki oleh francais filem Marvel pada waktu ini membuatkan ramai pelakon terkenal antarabangsa yang ingin sekali melibatkan diri sebagai salah satu karakter baharu yang akan muncul dalam filem akan datangnya.
Nampaknya, selebriti paling ‘latest’ yang disahkan akan menyertai keluarga besar Marvel Cinematic Universe selepas ini ialah penyanyi dan pelakon Dunkirk, Harry Styles!
Mengikut laporan New York Post, karakter Harry rupa-rupanya telah diperkenalkan dalam babak ‘post credit’ filem Marvel yang baru saja memulakan tayangan perdana di New York iaitu The Eternals.
Khabar angin itu bertambah kencang apabila wartawan Variety, Matt Donnelly yang sempat menghadiri tayangan perdana The Eternals mengesahkannya menerusi ciapan berbunyi, “Pendedahan besar daripada tayangan perdana #TheEternals – – Harry Styles telah menyertai MCU sebagai Eros, adik kepada Thanos.”
Big reveal from #TheEternals premiere — Harry Styles has joined the MCU as Eros, brother of Thanos.
Thanos digambarkan sebagai musuh terhebat The Avengers setelah dia melenyapkan separuh daripada populasi penduduk dunia dalam filem Avengers: Endgame termasuklah beberapa watak penting MCU seperti Iron Man, Black Widow, Vision dan – well – dirinya sendiri.
Jadi, pengenalan Eros ini akan menjadikan jalan cerita MCU selepas ini lebih menarik untuk ditonton.
Ramai yang tertarik untuk melihat sama ada Harry perlu memakai peralatan teknologi khas seperti yang pernah dipakai oleh pelakon Thanos, Josh Brolin dahulu.
Mungkin sekali tidak memandangkan watak Eros sebenarnya kelihatan lebih mirip sebagai manusia berbanding adik-beradiknya (walaupun hakikatnya dia bukan manusia).
Dan berbeza denganThanos, Eros ialah watak protagonis dan pernah satu ketika dulu menjadi ahli Avengers.
Sekiranya khabar angin ini benar, ia bakal menjadi filem lakonan Harry kedua setelah dia muncul dalam filem peperangan, Dunkirk pada tahun 2017.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pengurus Saluran Astro Ria, Idlan Zahari, menegaskan bahawa Gegar Vaganza adalah sebuah jenama yang kukuh dan berprestij, yang bertujuan untuk mengangkat semula nama penyanyi...