Apa Status SPM, STPM & Peperiksaan Utama Lain Selepas PKP Diumum? Ini Kata KPM

Share

 

Perutusan khas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam telah mendatangkan pelbagai persoalan kepada para pelajar dan pengajar berkenaan status peperiksaan utama seperti Sijil Pelajaran Malaysia, Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan peperiksaan utama lain.

Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengeluarkan kenyataan medianya sendiri demi menjawab persoalan tersebut berdasarkan kepada kawasan berstatus PKP, PKPB dan PKPP.

ARTIKEL BERKAITANCadangan Pengisytiharan DARURAT Kepada Agong Tidak Bermaksud ‘Tentera Memerintah’, Cuma.. – REMAJA

 

Sekolah Di Kawasan PKP

Sesi sekolah secara bersemuka hanya melibatkan pelajar yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Vokasional Malaysia (SVM), Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan Diploma Vokasional Malaysia serta peperiksaan antarabangsa yang setara dengannya bagi sesi 2020 dan 2021.

Ini juga melibatkan pelajar sekolah berasrama penuh yang dibenarkan pulang ke kampus mulai 16 Januari ini. Surat kebenaran khas akan dikeluarkan oleh pihak sekolah agar pelajar dan penjaga dibenarkan merentas negeri dan daerah.

Bagi pelajar di sekolah rendah dan pelajar Tingkatan 1 hingga 4, korang perlu meneruskan pembelajaran secara online dari rumah mulai 20 Januari ini.

Ini juga melibatkan pelajar Semester 2 SVM dan Semester 2 DVM di Kolej Vokasional.

Bagi pelajar yang akan menduduki ujian petaksiran kemasukan sekolah khusus (PKSK) ke Tingkatan 1, calon yang masih belum mendudukinya boleh mengikuti petaksiran dari 20 hingga 29 Januari 2021.

Bagi pelajar yang akan menduduki pentaksiran kemasukan Tingkatan 4, ia akan diadakan dari 15 Januari hingga 25 Februari 2021. Surat kebenaran khas akan dikeluarkan oleh KPM untuk calon merentas negeri atau daerah untuk ke pusat pentaksiran.

Sementara itu, pelajar kolej matrikulasi yang sudah berada di kampus perlu kekal di kolej masing-masing dan mengikuti pembelajaran secara hibrid.

 

Sekolah Di Kawasan PKPB & PKPP

Institusi pendidikan di bawah Kementerian dan yang berstatus swasta di kawasan ini adalah berdasarkan takwim masing-masing.

Pelajar dibenarkan untuk mengikuti takwim yang ditetapkan asalkan mengikuti norma baharu dan prosedur operasi standard (SOP) di bawah pemantauan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

*

Sementara itu, satu sidang media khas oleh Kementerian Pendidikan Malaysia akan diadakan pada jam 4 petang ini.

Sumber: Facebook Kementerian Pendidikan Malaysia

Published by
FZ