Seperti pasangan yang baru berkahwin lain, penyanyi Yunalis Zarai dan suaminya, Adam Sinclair turut tidak melepaskan peluang untuk lupakan seketika beban kerja dan pergi berbulan madu.

Melihatkan kepada dekorasi dan konsep perkahwinan mereka berdua pada Januari dan awal Februari lalu, kami dapat mengagak pilihan destinasi mereka pastinya eksotik, jarang didengari dan tentunya cantik! Nak OOTD kan..

Sangkaan kami tepat sekali apabila Yuna dan Adam memilih Tulum, Mexico. Melalui foto-foto yang dikongsikan mereka di Instagram, Tulum umpama syurga dunia yang mempunyai kawasan menarik untuk dikunjungi.

Apa Yang Menarik Di Tulum, Lokasi Honeymoon Yuna & Adam
Tulum Beach. Foto: @yunamusic

 

Tropical paradise ini menduduki carta pertama untuk “Destinasi Berbulan Madu Yang Mesti Dikujungi” pada tahun 2017 kerana ia mempunyai segala-galanya untuk pasangan baru berkahwin.

Apa Yang Menarik Di Tulum, Lokasi Honeymoon Yuna & Adam
Hemingway Romantic Resort. Foto: @yunamusic

 

Ads

Sama ada kamu ingin menetap di banglo rustik atau di suite mewah, semuanya ada di Tulum. Setiap tempat penginapan di sini cukup sesuai untuk mereka yang inginkan percutian yang tenteram, romantik dan jauh daripada kebingitan bandaraya.

Kawasan penginapan dan bilik akan mendapat sentuhan dekor lokal Mexico dan seperti kebanyakan hotel yang berhadapan dengan laut Carribean, hanya penginap yang akan mempunyai akses kepada pantai peribadi.

Apa Yang Menarik Di Tulum, Lokasi Honeymoon Yuna & Adam
Gran Cenote. Foto: @yunamusic

 

Ads
Apa Yang Menarik Di Tulum, Lokasi Honeymoon Yuna & Adam
Kura-kura sempat nak photobomb tau! Foto: Adam Sinclair

 

Tulum juga merupakan lokasi perfect bagi yang sukakan aktiviti outdoor for this outdoorsy couple. Airnya yang jernih, kawasan gua ataupun cenote yang dibenarkan untuk pengunjung berenang seperti di Gran Cenote, Dos Ojos dan Sac Atum memang best untuk dikunjungi.

Dari kawasan resort, kamu boleh mengambil teksi, bayar admission fee dan terpulang kepada kamu untuk mandi, mengambil gambar dan muat naik di media sosial. Rata-rata komen di portal melancong juga mencadangakan tempat lain seperti Sian Ka’an Biosphere, Xel-Ha Water Park, dan Chichen Itza untuk dikunjungi.

Ads
Apa Yang Menarik Di Tulum, Lokasi Honeymoon Yuna & Adam
Tulum Beach. Foto: Adam Sinclair

 

Yuna dan Adam turut banyak berkongsi foto mereka semasa di kawasan Tulum Beach. Memang tak kelip mata melihat foto mereka dek kerana surrounding pantai di sana yang cantik dan tak dikerumuni orang ramai.

Apa Yang Menarik Di Tulum, Lokasi Honeymoon Yuna & Adam
Ruinas Mayas. Foto: Adam Sinclair

 

Untuk pengetahuan kamu, Tulum juga merupakan antara lokasi terakhir pembinaan dan penetapan kaum Maya sekitar kurun ke 13 hingga ke 15. Kini, tapak peninggalan sejarah tersebut terkenal sebagai kawasan tarikan pelancong kerana susur galur penceritaan kaum Maya serta seni bina mereka yang hanya boleh didapati di Tulum.

Thank you Yuna dan Adam kerana berkongsi foto honeymoon korang di akaun masing-masing. Barulah sekarang kami tahu tentang kewujudan destinasi secantik Tulum Mexico. Let’s ke sana pula!

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI