Ya, mereka disahkan sedang berbincang untuk menyatukan operasi masing-masing di benua Asia. Perbincangan itu juga melibatkan beberapa pegangan saham dan rangkaian yang ditawarkan baik oleh Axiata atau Telenor di negara selain Malaysia seperti Indonesia, Thailand, Kemboja dan Sri Lanka.
Seperti yang korang tahu, Axiata merupakan ‘ibu’ kepada perkhidmatan Celcom manakala Telenor pula merupakan pemilik Digi.
Jika (and that is a BIG if) gabungan ini akan terjalin, ia akan melibatkan lebih 300 juta pengguna kedua-dua jenama di Asia termasuklah korang yang memegang pelan data Celcom serta Digi. Jadi, apa yang bakal terjadi dengan nasib korang?
Pertama, harga pakej pelan data yang akan {jenama baru} tawarkan pasti akan menarik perhatian korang kerana mereka pasti bersifat berdaya saing berbanding syarikat telko lain terutamanya dengan kehadiran rangkaian internet 5G tak lama lagi.
Kedua, tentunya jenama telko lain akan amat ‘terpukul’ dengan gabungan yang dikatakan bernilai hampir RM50 bilion ini. Siapa saja yang ada aset sebanyak itu? Ia tentu akan digunakan baik untuk menjadikan {jenama baru} ini lebih mesra pengguna, dekat dengan hati korang dan paling penting, kekal sebagai operator terbesar telefon pintar di Malaysia
Sebagai contoh, akan ada lebih banyak roadshow atau promosi yang lebih kerap bagi menarik perhatian ramai orang.
Jadi untuk pengguna pelan data Celcom dan Digi, korang tak perlu risau pun sebenarnya. Akan ada banyak perkara yang bagus terhasil daripada gabungan ini.