Clubhouse merupakan aplikasi media sosial yang memberi fokus kepada penggunaan panggilan digital, tidak kira secara berdua atau pun beramai-ramai. Sebelum ini, Clubhouse hanya boleh digunakan secara eksklusif di peranti iPhone yang menggunakan sistem operasi iOS 13 dan keatas.
Kini, aplikasi ini bakal ditawarkan di seluruh dunia dan menyasarkan memperkenalkan akses mengikut negara sepanjang minggu ini. Clubhouse sebelum ini telah menawarkan aplikasi Android dalam bentuk beta untuk pengguna di Amerika Syarikat.
Ia dijangka dibuka kepada semua pengguna Android menjelang Sabtu ini. Walau bagaimanapun, walaupun aplikasi ini boleh dimuat turun oleh semua, namun pengguna tetap perlu mempunyai jemputan sebelum dapat menggunakannya.
Ada pengguna tegar Clubhouse ke disini? Apa komen korang?
Sumber: (1)
Apple Bakal Lancar Model iPhone SE2 Mampu Milik Dengan Harga RM1670?
Belum sempat kami nak merasa pakai iPhone 11, dengarnya Apple akan melancarkan model terbaru mereka, iaitu iPhone SE2. Paling best, model ini dikatakan keluaran mampu milik yang bakal dilancarkan awal Mac hadapan.
IPhone SE generasi kedua ini khabarnya menggunakan rekaan seperti iPhone 8 yang berukuran saiz 4.7 inci.
Kalau korang nak tahu, spesifikasinya pula dilengkapi dengan cip pemprosesan yang sama seperti iPhone 11 Pro iaitu Apple A13 Bionic dan masih mengekalkan fungsi Touch ID.
Mesti korang excited nak tahu berapa harga model iPhone mampu milik ni kan?
Menurut laporan dari Mac Rumors, iPhone SE2 dijual pada harga USD$399 (RM1670.01) untuk storan 64GB.
Wah, kalau betul la seperti yang dikhabarkan ini, harganya memang berbaloi-baloi.
Tak sabar nak tunggu Mac depan untuk melihat sendiri sama ada khabar angin ini benar atau tidak.
P/s: Dah boleh start nak menyimpan sikit-sikit la macam ni..
Sumber: Astro Gempak
Aplikasi Penstriman Artis K-pop, VLIVE Ditamatkan Akhir 2022 Ini Kerana..
Biarpun semakin ramai artis K-pop serta selebriti Korea Selatan yang tampil menggunakan platform media sosial popular di Malaysia seperti Instagram dan TikTok, masih ramai sebenarnya yang selesa muncul di aplikasi VLIVE untuk berhubung dengan peminat masing-masing.
Kebanyakan daripada intipati menarik daripada artis K-pap dari semasa ke semasa pasti akan diekstrak daripada sesi penstriman langsung (live streaming) yang dilakukan di VLIVE.
Senang cerita, setiap kali notifikasi VLIVE berbunyi tanda ada artis K-pop yang sedang bersiaran langsung; puluhan hingga ratusan ribu pengguna dijangka sudahpun berada dalam ruang video tersebut.
Popular memang popular, namun khabarnya VLIVE akan menamatkan perkhidmatan aplikasinya menjelang akhir tahun ini! Syarikat hiburan K-pop, HYBE yang mewakili kumpulan terkenal seperti BTS menjelaskan bahawa VLIVE akan mula ditutup perlahan-lahan bermula sekarang hingga akhir 2022.
Ini kerana VLIVE telahpun ditukarkan ke platform WeVerse Company yang dimiliki oleh HYBE sejak 2021. Apabila video penstriman VLIVE lampau BTS dipindahkan ke WeVerse, ia secara tidak langsung mengesahkan bahawa WeVerse bakal menjadi saluran komunikasi rasmi untuk kumpulan BTS selepas ini. Jika video-video itu tidak dipindahkan sekarang, kesemuanya akan terhapus begitu sahaja.
Jadi bagaimana pula dengan nasib kumpulan K-pop lain?
Kumpulan yang popular di VLIVE seperti Stray Kids dan NCT tidak lama lagi juga akan meninggalkan platform VLIVE. Stray Kids umpamanya dilihat sudahpun memulakan sesi penstriman mereka di saluran YouTube.
Cuma yang tidak syoknya mengenai YouTube adalah polisi hak milik (copyright) yang dilaksanakan lalu menegah artis-artis K-pop ini daripada memainkan muzik selain yang diterbitkan oleh syarikat label mereka.
Manakala, ada sahaja artis K-pop yang telah membuka akaun rasmi WeVerse termasuklah CL, Hyolyn, CNBlue, Treasure, Seventeen, FT Island, Just B, Ravi, APink, Enhypen, Winner dan Blackpink.
Seperkara lagi, WeVerse dilaporkan mempunyai kualiti ‘interface’ yang rendah dan aplikasi itu seringkali tertutup dengan sendirinya (crash) apabila jumlah penonton penstriman mencecah jutaan orang. Ini berlaku baru-baruu ini sewaktu konsert BTS : Yet To Come Busan.
ARTIKEL BERKAITAN : Seoul Bakal Bina Arena Khas Untuk Konsert K-Pop SAHAJA – REMAJA
Reaksi peminat rata-rata menerima perkhabaran ini dengan hati terbuka memandangkan mereka masih dapat berhubung secara dekat di platform lain. Cuma nilai sentimental yang melekat pada aplikasi VLIVE akan dirindui oleh semua penggunanya.
Haa tunggu apa lagi guys? Muat turun aplikasi WeVerse sekarang agar korang tidak ketinggalan notifikasi terbaru daripada idola kegemaran masing-masing.
BACA LAGI : Ini 6 Kafe Milik Keluarga Idol K-pop Yang Harus Korang Kunjungi – REMAJA
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
q
Khas Untuk Pelajar SPM & STPM, Celcom Dan U-Mobile Tawar Pelan Prabayar 15GB Hanya RM20
Berita baik untuk korang yang bakal mengambil peperiksaan terutamanya calon SPM dan STPM.
Prihatin dengan semua pihak yang terjejas akibat banjir yang melanda disebahagian negeri Malaysia terutamanya pelajar dan calon yang terpaksa menjalani peperiksaan besar SPM dan STPM. Celcom dan Umobile kini diihat telah mula menawarkan pelan khusus untuk pelajar SPM dan STPM dalam proses pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian ataupun online. Ia telah bermula hari ini sehingga 30 April 2021 dan penawaran harganya juga masih sama iaitu RM20/sebulan untuk kuota data sebanyak 15GB.
Jangan terlepas peluang guys, Ini cara untuk apply.
Terma dan syarat pakej ini adalah ia terbuka kepada semua pelajar SPM atau STPM yang lahir antara 2001 sehingga 2004 dan ia boleh dilanggan melalui dua cara berbeza – iaitu menerusi aplikasi MyUMobile atau UMB. Untuk memudahkan semua, berikut kami sertakan cara untuk mendaftar :
MyUMobile
1) Menerusi aplikasi MyUMobile
Muat turun aplikasi MyUmobile menerusi Google Play, App Store atau AppGallery
Buat pendaftaran akaun terlebih dahulu, kemudian pilih ‘Adds-On’
Pilih ‘Pakej Data SPM/STPM’
Sahkan pembelian anda
2) Menerusi UMB
Dail *118*3*12#
Sahkan pembelian anda
Dalam perkembangan berbeza, UMobile turut hadir dengan penawaran data tambahan sebanyak 10GB untuk dua minggu dengan hanya RM5 sahaja. Data ini boleh dilanggan melalui aplikasi MyUMobile.
Celcom
Untuk pelan Celcom pula terbuka kepada pengguna baru mahupun pengguna sedia ada yang boleh membuat peralihan melalui aplikasi Celcom Life setelah dimaklumkan Celcom melalui SMS.
Penawaran ini adalah selari dengan pengumuman SKMM sebelum ini yang ingin menawarkan pelan data pada harga lebih mampu milik untuk memudahkan proses pembelajaran oleh pelajar yang menduduki peperiksaan pada tahun ini.
So apa tunggu lagi, jom la apply…
SUMBER RUJUKAN: UMOBILE, Celcom