Aplikasi Clubhouse Jadi Bualan, Elon Musk Dan Mark Zuckerberg Pun Guna

Share

Aplikasi Clubhouse, kini hangat diperkatakan oleh netizen di seluruh dunia. Tidak hanya di Malaysia, malah aplikasi ini berjaya mencuri perhatian ramai setelah digunakan oleh Elon Musk dan juga Mark Zuckerberg.

Tapi apa yang menariknya aplikasi ini sampai dua ikon industri teknologi turut mengunakannya?

1. Berkongsi Idea Dan Perbualan Menerusi Audio Chat

Sumber Gambar : The Nation Press

Tidak seperti LINE atau WhatsApp berasaskan teks, Clubhouse lebih tertumpu pada kandungan audio untuk interaksi. Dihasilkan pada tahun April 2020, platform ini sangat bagus bagi menimba ilmu pengetahuan, meluaskan jaringan sosial dan dalam masa yang sama dapat bertemu dengan kumpulan yang mempunyai perspektif yang sama dengan korang.

2. Nak Sign Up, Hanya Yang Dijemput Masuk Saja Boleh Akses

Clubhouse co-founders Rohan Seth and Paul Davison. Rohan Seth/Twitter; LeWeb/YouTube

Aplikasi ini adalah aplikasi untuk mendengarkan perbincangan, wawancara, atau perbincangan mengenai pelbagai topik secara live.

Namun, hanya individu yang mendapat jemputan dari pengguna lain sahaja, boleh akses masuk untuk mendengar perbualan dan berkongsi maklumat menerusi audio chat Clubhouse ini.

3. Chat Rooms Clubhouse

Sumber Gambar : Forbes

Apabila memuat turun aplikasi ini, pengguna baru hanya dapat melihat gambar profil yang merupakan chat rooms yang sedia ada oleh pengguna lain.

Dan untuk memasuki mana-mana chat rooms, pengguna baru perlu mendapat jemputan dari pemilik chat rooms Clubhouse tersebut untuk akses.

Selain itu, pengguna baru juga boleh hasilkan chat rooms sendiri dan jemput sesiapa yang diingini untuk menyertai perbualan.

4 Belum Ada Di Android Dan Hanya Ada Di Apple Store

Sumber Gambar : tomsguide.com

Buat masa ini difahamkan aplikasi ini hanya ada dalam Apple App Store sahaja, dan pihak Clubhouse masih dalam proses menghasilkan aplikasi ini untuk pengguna android di masa akan datang.

5. Elon Musk Dan Mark Zuckerberg Guna Clubhouse

Pada 1 Februari yang lepas, Clubhouse mempunyai ikon tetamu yang besar. Siapa lagi kalau bukan Elon Musk! Dijemput ke ruang perbincangan “GOOD TIME Club” dengan pakar teknologi Sriram Krishnan dan Aarthi Ramamurthy, Musk juga membawa CEO syarikat perkhidmatan perniagaan Robinhood, Vlad Tenev.

Facebook juga tidak mahu ketinggalan! Selain daripada Elon Musk, pengasas dan CEO Facebook Mark Zuckerberg juga memeriahkan Clubhouse pada hari Sabtu yang lalu (6/2). Pada kesempatan ini, Zuckerberg membincangkan mengenai augmented reality (AR) dan virtual reality (VR).

So untuk korang yang suka menimba ilmu dan mengembangkan pengetahuan, penulis rasa aplikasi ini sangat bagus untuk korang.

Sumber : businessinsider

Published by
Nana