Baru-baru ini, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah pun membangunkan sebuah aplikasi bagi membantu golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) dalam kalangan umat Islam kembali kepada fitrah diri.
BACA: Aplikasi ‘Hijrah Diri’ Inisiatif JAKIM Buat Golongan Kecelaruan Jantina
Namun begitu, aplikasi tersebut dikatakan telah dikeluarkan oleh Google Play. Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), perkara ini dimaklumkan kepadanya oleh agensi di bawah Hal Ehwal Agama dan ternyata ia adalah perkara yang sangat mendukacitakan.
Jelasnya, aplikasi itu bertujuan untuk menarik manusia kembali kepada fitrah diri, lebih-lebih lagi menjelang bulan Ramadan yang mulia tetapi dinafikan pihak tertentu. Banyak lagi aplikasi yang mendorong kepada maksiat berleluasa dengan megah di peranti yang semakin merosak jiwa umat Islam dan anak muda.
BACA: Calon LGBT Ini Wakili Filipina Ke Miss Universe 2021? Tapi Memang Cantik Pun
Beliau juga telah mengarahkan JAKIM berhubung dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk mendapatkan penjelasan dan tindakan lanjut. Umat Islam juga diminta untuk berdoa agar usaha kecil Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) melalui agensi utama iaitu JAKIM ini dipermudahkan oleh Allah.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber: (1)
https://www.youtube.com/watch?v=gboUm1B8Sm4&t=8s
70,000 Malaikat Akan Doakan Kita Jika Lakukan 12 Perkara Mudah Ini Setiap Hari
Sebagai hamba yang lemah, hidup dan mati kita bergantung kepada ihsan Allah taala. Keupayaan menyuap makanan, menghirup udara untuk bernafas, memiliki kudrat untuk keluar mencari rezeki, semuanya atas ihsan Allah taala.
Namun tahukah, dalam kita sentiasa berdoa meminta perlindungan Alalh taala, ada makhluk lain iaitu malaikat yang akan doakan kita jika lakukan 12 perkara ini.
Allah SWT menciptakan malaikat dari nur, cahaya. Mereka diciptakan hanya untuk beribadah, menjalankan perintah Allah SWT. Kerana mereka tak dilengkapi dengan nafsu, mereka hanya beribadah saja. Mereka ini suci dan taat dalam melakukan penghambaan hanya kepada Allah SWT.
Rebutlah doa-doa dari malaikat
Siapakah yang tak suka kalau dirinya sentiasa didoakan oleh orang lain.
Maklum sajalah, bukan senang orang nak ingat pada kita dan mendoakan kita.
Cuba bayangkan kalau malaikat yang mendoakan kita. Alangkah bertuahnya diri.
Inilah 12 cara-cara yg diajarkan Rasulullah SAW supaya kita mendapat doa dari malaikat.
1 : Orang yang tidur dalam keadaan bersuci
“Siapa yang tidur dalam keadaan suci (berwudhuk), maka malaikat akan bersamanya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa, ‘Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci’”
(HR. Ibnu Hibban dari Abdullah bin Umar).
2 : Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.
“Tidaklah salah seorang di antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali para Malaikat akan mendoakannya, ‘Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia’”
(HR. Muslim dari Abu Hurairah, Shahih Muslim 469).
3 : Orang-orang yang berada di shaf barisan depan di dalam solat berjemaah
“Sesungguhnya para malaikat mendoakan kepada (orang – orang) yang berada pada shaf terdepan”
(HR. Abu Dawud dan Ibnu Khuzaimah dari Barra’ bin ‘Azib).
4 : Orang yang menyambung shaf solat berjemaah (tidak membiarkan kosong di dalam shaf).
“Sesungguhnya para malaikat selalu berdoa kepada orang-orang yang menyambung shaf-shaf”
(HR. Ahmad, Ibnu Majah, Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban, dan Al Hakim meriwayatkan dari Aisyah).
5 : Para malaikat mengucapkan aamiin ketika seorang imam selesai membaca Al Fatihah.
“Jika seorang imam membaca ghairil maghdhuubi ‘alaihim waladh-dhaalinn, maka ucapkanlah oleh kalian aamiin, kerana siapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, maka ia akan diampuni dosanya yang masa lalu”
(HR. Bukhari dari Abu Hurairah, Shahih Bukhari 782).
6 : Orang yang tetap duduk di tempat solatnya setelah melakukan solat
“Para malaikat akan selalu berdoa kepada salah seorang di antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat di mana ia telah melakukan solat, selama ia belum batal wudhunya, (para malaikat) berkata; Ya Allah ampunilah dan sayangilah ia.”
(HR. Ahmad dari Abu Hurairah, Al-Musnad no. 8106)
7 : Orang-orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah
“Para malaikat bertukar tugas pada saat solat subuh dan asar lalu Allah bertanya kepada mereka, ‘Bagaimana saat kalian meninggalkan hamba-Ku?” Mereka menjawab, ‘Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, maka ampunilah mereka pada hari kiamat”
(HR. Ahmad dari Abu Hurairah, Al-Musnad no. 9140).
8 : Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan
“Doa seorang muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Padanya ada malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, maka malaikat tersebut berkata, ‘Aamiin dan semoga engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan”
(HR. Muslim dari Ummud Darda’, Shahih Muslim: 2733)
9 : Orang-orang yang bersedekah setiap hari
“Tidak satu hari pun pada pagi hari seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, salah satu di antara keduanya berkata, ‘Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang bersedekah dan lainnya berkata, ‘Ya Allah, hancurkanlah harta orang yang pelit(kedekut)’”
(HR. Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah, Shahih Bukhari: 1442 dan Shahih Muslim: 1010).
10 : Orang yang sedang makan sahur
“Sesungguhnya para malaikat berdoa kepada orang-orang yang sedang makan sahur”
(HR. Ibnu Hibban dan Ath-Thabrani, dari Abdullah bin Umar).
11 : Orang yang menziarahi orang sakit
“Tidaklah seorang mukmin menziarahi saudaranya yang sakit kecuali Allah akan mengutus 70 ribu malaikat untuknya yang akan mendoakan kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh”
(HR. Ahmad dari ‘Ali bin Abi Thalib, Al Musnad 754).
12 : Seseorang yang sedang mengajarkan kebaikan kepada orang lain
“Keutamaan seorang alim atas seorang ahli ibadah bagaikan keutamaanku atas seorang yang paling rendah di antara kalian. Sesungguhnya penghuni langit dan bumi, bahkan semut yang di dalam lubangnya dan bahkan ikan, semuanya mendoakan kepada orang yang mengajarkan kebaikan kepada orang lain.”
(HR. Imam Tirmidzi dari Abu Umamah Al-Bahily).
Berbahagi-bahagi ilmu walau sedikit, yakinlah tetap akan mendapatkan bahagian(saham/pahala) diakhirat.
Wallahu a’lam bish-shawab.
۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞ Sumber : Abdullah Al Hafiz
Remaja 15 Tahun Diliwat, Dirogol & Diugut Secara Seksual Lebih 600 Kali, Netizen Naik Angin!
Hari ini umpama hari yang amat mengejutkan buat remaja Malaysia.
Seorang remaja perempuan yang berusia 15 tahun telah mendapat liputan utama di kebanyakan dada media negara apabila bapanya yang berusia 36 tahun berdepan dengan 626 pertuduhan liwat di Mahkamah Seksyen Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak.
Lebih menduka citakan, kesemua jenayah liwat, rogol dan ugutan seksual tersebut diperlakukan oleh bapa terhadap remaja itu sendiri.
Bapa tersebut didakwa melakukan perbuatan tidak siuman itu tiga kali sehari pada waktu pagi (sekitar jam 6 hingga 7 pagi), petang (sekitar jam 1 hingga 2 petang) dan malam (sekitar jam 11 hingga 12 tengah malam).
Terlalu banyak tuduhan jenayah yang disabitkan ke atas bapa tersebut sehinggakan hakim memerlukan dua hari untuk membaca kesemuanya 626 pertuduhan. 182 pertuduhan dibaca semalam manakala sebanyak 444 pertuduhan dibaca pada hari ini.
Petugas Media Naik Angin
Tiada siapa yang berada di perkarangan kamar mahkamah siang tadi sanggup untuk mendengar satu-persatu pertuduhan yang dilontarkan kepada seorang bapa berusia 36 tahun.
Kebanyakan daripada petugas media yang berada di situ sebenarnya sudah biasa melaporkan kes rogol, liwat dan jenayah seksual sebelum ini. Namun, kes ini mengatasi kotak pemikiran mereka apabila bapa tersebut sanggup melakukan kesemua tuduhan tersebut berkali-kali dalam tempoh sehari!
Pertuduhan dibaca satu persatu dari pagi hingga ke petang. Setakat jam 9.45 pagi tadi saja, sebanyak 120 pertuduhan telah dibaca. Apabila tiba jam 11.30 pagi pula, kertas pertuduhan telah melangkah ke angka 168 pertuduhan yang dibacakan oleh jurubahasa, S. Umma kepada tertuduh.
Tertuduh juga dilaporkan tidak menghentikan jenayahnya itu semasa bulan Ramadan yang lalu.
MasyaAllah.
Ketika prosiding berlangsung, Hakim Yong Zarida Sazali turut mengambil keputusan untuk berhenti sebentar sebanyak dua kali bagi memberi peluang tertuduh dan jurubahasa berehat sebentar.
Bapa tersebut dilihat tidak langsung menghiraukan keadaan dan pertalian antara dirinya dan remaja berusia 15 tahun itu apabila dia sanggup melakukan perbuatan terkutuk ke atas darah dagingnya sendiri beratus-ratus kali.
Warga Twitter, Facebook Mengamuk
Kes tersebut yang mula mendapat perhatian netizen sejak semalam merupakan kes yang amat dasyat dan tidak berperi kemanusiaan hingga mencetuskan kemarahan semua orang.
Antara komen yang diberikan di laman Twitter termasuklah:
“Wehhhh berita apa doh aku tengok malam ni? This world is sick. Totally sick AF.” (capslocked) – @rismahrudy
“Gila dia liwat anak dia macam gosok gigi…Jijik betoi la makhlok jenis ni.” – @tifaaaaa_
“Tak sanggup nk dengar..mcm mna anak kandung dia tu nk terus kn hidup .. 7 bulan beb .. 3 kali sehari” – @hairulsyafiq
Kes akan disebut semula pada 18 September ini sementara menuggu laporan kimia dan laporan kesihatan remaja perempuan malang terbabit.
4 Selebriti Ini Meninggal Dunia Akibat COVID-19
Saban hari kita mendengar berita kematian yang disebabkan oleh wabak COVID-19 dan selebriti terkenal dunia juga tidak dapat lari daripda dijangkiti virus tersebut.
Malah, ada diantara mereka yang sudah meninggal dunia akibat daripada wabak pandemik yang semakin ‘menggila’ menyerang seluruh dunia.
Berikut Remaja senaraikan antara beberapa selebriti terkenal dunia yang terkorban akibat COVID-19.
1. Shimura Ken
Pelawak terkenal Jepun, Shimura Ken meninggal dunia akibat COVID-19 dan beliau merupakan selebriti pertama yang meninggal dunia kerana virus ini. Dikejarkan ke hospital Tokyo pada 20 Mac lalu kerana mengalami demam dan masalah pernafasan, pelawak ini disahkan meninggal dunia pada 29 Mac 2020.
Pray for Ken Shimura#志村けん#配信中作画 pic.twitter.com/REfRc0lDR9
— 色紙の妖精しきっしー@あの有名な紙クズ (@SIKISSYfacerock) March 27, 2020
Berita kematiannya disambut sedih oleh segenap rakyat Jepun apabila ada yang berkumpul di luar hospital tempat dia dirawat.
2. Mark Blum
Pernah membintangi filem Desperately Seeking Susan, Crocodile Dundee dan terbaru siri televisyen You, aktor ini meninggal dunia di Hospital New York Presbyterian selepas didiagnosis COVID-19 pada pertengahan Mac lalu.
Dilahirkan pada 14 Mei 1950, antara filem yang pernah dibintanginya termasuk Blind Date, Eighties dan Lovesick.
3. Andrew Jack
Seorang lagi pelakon Hollywood dilapor menjadi mangsa jangkitan COVID-19, Andrew Jack yang membawa watak General Ematt menerusi filem Star Wars meninggal dunia di usia 76 tahun akibat komplikasi koronavirus. Jack meninggal dunia di sebuah hospital di Surrey, United Kingdom pada 31 Mac lalu.
4. Patricia Bosworth
Pelakon veteran era 50-an yang berumur 86 tahun ini dilaporkan meninggal dunia di Manhattan, Amerika Syarikat akibat komplikasi jangkitan COVID-19. Mendiang terkenal dengan watak biarawati bersama Audrey Hepburn dalam filem The Nun’s Story pada tahun 1959. Anak tirinya Fia Hatsav mengumumkan pemergian Patricia diakibatkan pneumonia yang berpunca daripada jangkitan COVID-19.
Semoga penularan wabak ini dapat dihentikan dengan segera agar tiada lagi individu yang menjadi mangsa seterusnya. Untuk merealisasikan impian ini, korang kenalah ikut perintah kerajaan agar tidak keluar rumah dan duduk di rumah sahaja bagi mengelakkan diri daripada berjangkit.
Come on Malaysia, we can do it!
Sumber: Astro Awani & Astro Gempak