Baru-baru ini, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah pun membangunkan sebuah aplikasi bagi membantu golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) dalam kalangan umat Islam kembali kepada fitrah diri.
BACA: Aplikasi ‘Hijrah Diri’ Inisiatif JAKIM Buat Golongan Kecelaruan Jantina
Namun begitu, aplikasi tersebut dikatakan telah dikeluarkan oleh Google Play. Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), perkara ini dimaklumkan kepadanya oleh agensi di bawah Hal Ehwal Agama dan ternyata ia adalah perkara yang sangat mendukacitakan.
Jelasnya, aplikasi itu bertujuan untuk menarik manusia kembali kepada fitrah diri, lebih-lebih lagi menjelang bulan Ramadan yang mulia tetapi dinafikan pihak tertentu. Banyak lagi aplikasi yang mendorong kepada maksiat berleluasa dengan megah di peranti yang semakin merosak jiwa umat Islam dan anak muda.
BACA: Calon LGBT Ini Wakili Filipina Ke Miss Universe 2021? Tapi Memang Cantik Pun
Beliau juga telah mengarahkan JAKIM berhubung dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk mendapatkan penjelasan dan tindakan lanjut. Umat Islam juga diminta untuk berdoa agar usaha kecil Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) melalui agensi utama iaitu JAKIM ini dipermudahkan oleh Allah.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber: (1)