
Selepas lebih kurang sembilan bulan larangan rentas negeri dan setahun lebih rakyat Malaysia tidak dibenarkan ke luar negara tanpa urusan penting, kini kerajaan sudah pun membenarkan rakyat untuk bebas melancong sama ada di dalam atau pun luar negara.
Bagi memudahkan urusan ke luar negara, aplikasi MySejahtera kini telah menawarkan fungsi baharu, korang boleh mencetak sijil digital vaksinasi menggunakan format dokumen mudah alih PDF.
New update on MySJ shows DOB and allows you to print PDF vax cert for local/foreign travels. https://t.co/SqMtJ0uTEw
— Khairy Jamaluddin 🇲🇾🌺 (@Khairykj) October 9, 2021
Selain membolehkan sijil digital vaksinasi dicetak, fungsi aplikasi itu turut ditambah baik dengan menawarkan tarikh lahir individu.
Walau bagaimanapun, difahamkan ciri terbaru itu masih tidak dapat diakses oleh segelintir rakyat khususnya bagi mereka yang menggunakan telefon bimbit jenis Android.
Ha, lepas ni senanglah kalau nak ke mana-mana print sahaja sijil vaksinasi korang tu dan jika disoal siasat, tunjukkan sahaja sijil tersebut. Ia mungkin agak berguna sekiranya korang ke luar negara.
Apa-apa pun sekiranya korang sudah mula merancang untuk pergi bercuti, pastikan ikut SOP yang telah ditetapkan oleh negara-negara luar okay?
Stay safe guys!
Sumber: (1)
“Dia Ingat Dia Joker Ke,” Sekumpulan Pelajar Buat Pesta Lepas Habis SPM

Isi Kandungan
TogglePertama sekali, Remaja ingin ucapkan ALL THE BEST kepada korang yang baru habis menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang tamat semalam. Kerja keras yang telah korang curahkan selama ini berserta doa daripada ibu bapa dan guru insyaAllah akan membuahkan hasil.
Tapi korang kena tahu, tamat SPM tak beerti tamatlah semuanya. Ini baru permulaan guys!
Terbaru, sekumpulan pelajar yang dipercayai lokasinya di Melaka, sempat berpesta di sekitar laluan utama pesisir Pantai Klebang, Pantai Puteri dan Bandar Hilir selepas tamat peperiksaan.
Sekumpulan pelajar sekolah yang sedang seronok sebab baru habis SPM. Moga keputusan cemerlang dan sambung pelajaran serta berjaya dunia akhirat. pic.twitter.com/lofVbkrSmD
— HermyR (@HermyRahim) November 27, 2019
Lagak samseng tengah jalan
Mereka berkumpul di tengah-tengah jalan dengan melakukan pelbagai aktiviti tidak sihat. Malah, kumpulan terbabit termasuk pelajar perempuan ini juga turut menunjukkan lagak ‘samseng’ dengan membuat pelbagai aksi di atas jalan raya.
Tindakan mereka itu cukup mengganggu ketenteraman awam dengan bunyi bising dan menyusahkan pengguna jalan raya sehingga perjalanan terganggu.
Siap Ada Poster
Dia Ingat Dia Joker Ke?
Rata-rata warganet meluahkan rasa kurang senang dengan perlakuan pelajar-pelajar tersebut.
Difahamkan, pihak polis telah mengeluarkan saman terhadap kumpulan pelajar terbabit yang memiliki pelbagai kesalahan termasuk, tiada lesen memandu, cukai perjalanan yang tamat tempoh dan ubah suai kenderaan.
Ish macam-macam la dorang ni, tapi bagi pendapat penulis tak salah sebenarnya untuk meraikan tetapi yang menjadi isu adalah cara mereka itu, yang menggambarkan keruntuhan akhlak remaja zaman sekarang.
Sumber : Astro Awani, Twitter
Abang Qu Dedah Tidak Terima Surat Tawaran Kerja Pun Daripada DSV, Selama Ini Hanya..

Pendedahan Abang Qu yang sebelum ini tular setelah diumumkan sebagai pembantu peribadi (PA) Dato Seri Vida mengenai status sebenar perjanjian pekerjaannya bersama usahawanita tersebut telah mengejutkan ramai pihak.
Ini memandangkan Qu atau nama sebenarnya Syed Qusyairi Syed Mahmud Iskandar sebelum ini difahamkan bekerja di bawah majikannya itu seperti mana yang berlaku kepada PA.
Namun dedahnya sewaktu sesi Instagram Live malam tadi, ia hanyalah sekadar tawaran ‘berkolaborasi’ dan dirinya tidak diambil sebagai pekerja dengan cara sebenar.

Ini berikutan dirinya masih tidak menerima surat tawaran bekerja dengan Dato Seri Vida yang secara ringkasnya akan menyenaraikan perihal pekerja seperti jawatan yang ditawarkan, jumlah gaji bulanan, jumlah caruman EPF dan SOCSO oleh pekerja dan majikan, waktu serta lokasi bekerja dan lain-lain perkara seperti manfaat perubatan, tempoh percubaan bekerja dan sebagainya.
Justeru, demi menjelaskan perkara sebenar agar pengikutnya malah pengikut Vida tidak keliru, Qusyairi yang pada awalnya enggan memperbesarkan hal ini telah menceritakan serba ringkas mengenai situasi belum menerima surat tawaran kerja ini.
“Awak cuba ‘google’ apa beza surat perjanjian kerja dan surat tawaran kerja. Saya pun ada staf di bawah saya juga, saya tahu surat tawaran kerja ini bagaimana rupanya. Siapa yang pernah bekerja, mesti dia tahu. Kalau nak cerita itu, biar molek. Apa yang disampaikan itu jangan (tokok) tambah atau kurangkan,” tegas Qusyairi.
“Apa yang diserahkan oleh pihaknya adalah surat perjanjian. Saya sudah mengikutnya sejak 10 hari bulan (Februari). Siapa yang pernah terdengar suara saya dalam sesi-sesi Live itu, mereka tahulah.”
“Pengumuman rasmi pula adalah pada 24 hari bulan. Sekiranya pihaknya ingin menawarkan pekerjaan kepada seseorang, sekurang-kurangnya sewaktu pengumuman rasmi itu beliau sudah ada surat tawaran kerja saya. Tapi tiada. Kalau hendak diikutkan, saya telah bekerja melebihi sebulan pun (tanpa menerima surat tawaran kerja),” jelasnya.

Lantas, ramai mempersoalkan mengapa Qusyairi sanggup terlibat dalam sesi Instagram Live bersama Vida selama ini malah berlakon pula dalam video muzik (MV) lagu terbaru beliau; Ku Ikhlaskan jika statusnya sebagai pekerja masih samar?
Kata Qusyairi, penglibatannya di samping Vida selama ini adalah di atas terma ‘kolaborasi’ semata. Mudah cerita, ibarat kerja sebagai freelancer.
“Sebelum pengumuman rasmi itu, kami sudah bersetuju untuk sekadar berkolaborasi dalam projek lagu terbarunya (Ku Ikhlaskan). Tiada pertanyaan daripada pihaknya untuk memanggil saya bekerja dengannya. Jadi bayaran yang saya terima daripadanya adalah bayaran untuk MV sahaja, gaji orientasi dan bayaran komisyen untuk sesi live yang melibatkan saya, sedikit-sedikit.
“Gaji selama sebulan; daripada pengumuman sebagai PA sampai kini, tiada.”
“Bagi penglibatan saya dalam MV, bayarannya bergantung kepada per jam kerana saya tidak menerima surat tawaran kerja. Saya letak di situ, sejam RM350. Jadi kiralah untuk (penggambaran selama) empat hari berapa,” ulasnya lagi.
ARTIKEL BERKAITAN : Sukar Tak Abang Qu Bekerja Sebagai PA Dato Seri Vida? – REMAJA
Di mata masyarakat umum, mungkin ada yang beranggapan semua ini sekadar satu lagi ‘content’ drama demi menagih perhatian. Namun buat Qusyairi yang ‘tersepit’ dalam kemelut seperti ini, dia menidakkan dirinya menyimpan rasa marah. Cuma, Qusyairi terpanggil untuk menjelaskan perkara sebenar agar tiada pihak yang salah faham.
Ditanya sekiranya Qusyairi kecewa dengan situasi ini, dia masih memandang Vida dari sudut yang positif. Jauh sekali ingin menarik muka jika terserempak. Qusyairi berpendapat tidak salah pun untuk bertegur sama seseorang secara baik lebih-lebih lagi seseorang seperti Vida yang lebih senior daripadanya dalam bidang perniagaan ini.
Cuma pesannya kepada remaja yang bakal memulakan alam pekerjaan selepas ini, “Kena faham perbezaan di antara surat perjanjian dan surat tawaran kerja.”
BACA LAGI : “Hanya You Boleh Ubah Nasib Sendiri” Tidak Semua Boleh Terima Penjelasan DS Vida? – REMAJA
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Tak Perlu Lagi Pakai Pelitup Muka, Singapura Longgar Syarat Sekatan

Sudah lebih kurang dua tahun masyarakat dunia terpaksa ‘hidup’ bersama virus COVID-19 yang nampaknya masih belum beransur pulih, malah hari demi hari macam-macam pula varian baru yang muncul.
ARTIKEL BERKAITAN : Indonesia Mansuh Keperluan Kuarantin Bagi Semua Penggembara

Kita juga sudah terbiasa dengan SOP yang ditetapkan dan sentiasa mengenakan pelitup muka ketika berada di tempat awam.
Terbaharu, Singapura sedang melonggarkan lebih banyak sekatan COVID-19, termasuk menarik semula kebanyakan sekatan bagi pelawat divaksin sepenuhnya yang tiba ke negara itu serta menggugurkan syarat memakai pelitup muka di luar rumah.
Pengumuman tersebut disampaikan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong dalam ucapannya pada Khamis.
Singapura antara negara pertama yang beralih kepada strategi hidup bersama COVID-19, tetapi terpaksa memperlahankan beberapa rancangan pelonggarannya berikutan penularan wabak berikutnya.

Alhamdulillah, sekarang gelombang varian Omicron di negara Asia Tenggara sudah mulai reda.
Pada kemuncaknya, Singapura melaporkan rekod hampir 26,000 kes pada Februari lalu, bagaimanapun jumlah jangkitan harian menurun kepada kira-kira 9,000 semalam.
Kebanyakan kes mempunyai simptom ringan atau tiada, dengan kira-kira 92 peratus daripada 5.5 juta penduduknya sudah divaksin sepenuhnya. Sejumlah 71 peratus lagi menerima dos penggalak.
Berita baik ni buat korang yang sudah rindu nak ke negara jiran, Singapura!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber: Berita Harian