
Isi Kandungan
ToggleSejak mengamalkan norma baharu selepas Perintah Pergerakan Kawalan dilakukan beberapa bulan lalu, masyarakat Malaysia pastinya sudah terbiasa dengan penggunaan aplikasi MySejahtera.
Dibangunkan oleh Kerajaan Malaysia, ini adalah antara usaha untuk merekod setiap data pelawat yang mengunjungi tempat-tempat awam sekiranya berlaku sebarang kewujudan wabak pandemik COVID-19.
BACA: MySejahtera Perlu Didaftar, Ini Cara Yang Korang Perlu Buat Supaya Aplikasi Ini Selamat Digunakan
Jika sebelum ini aplikasi MySejahtera hanya merekodkan data seorang indvidu sahaja, kini ia telah pun membolehkan korang check-in untuk beberapa orang sekali gus. Kalau korang keluar dengan mak, ayah atau adik-adik yang lain, senanglah dah boleh buat check-in sekali.
Bagaimana nak buat? Jom kita lihat cara yang telah dikongsi oleh Public Health Malaysia ini.
1. Buka apps MySejahtera dan tekan close untuk turunkan muka check-in. Kemudian, klik more
2. Klik Manage Dependents
3. Masukkan maklumat ahli keluarga yang korang ingin masukkan

4. Pilih individu mana yang korang bawa
5. Siap!
Nanti sekiranya nak check-in, korang akan ditanya sama ada ingin check-in bersama atau tidak. Mudah sahaja kan?
Selepas ini tak kalutlah kalau nak bawa mak dan ayah keluar sekali. Korang hanya perlu check-in kan mereka sahaja.
Selamat mencuba!
Comelnya Set ‘Sticker’ Lee Zii Jia Ini! Minta Penyokong Namakannya

Biarpun telah menakluki kejohanan Badminton Asia pada awal bulan ini lalu meraih pingat emas untuk Malaysia dan menginjak ke kedudukan dari ranking ke-7 ke ranking ke-6, pemain perseorangan badminton lelaki negara Lee Zii Jia tidak terus duduk diam.
Misinya harus diteruskan menerusi beberapa lagi kejohanan dunia lain termasuklah kempen Piala Thomas yang sekarang rancak berlangsung di Bangkok, Thailand.
ARTIKEL BERKAITAN : Lee Zii Jia Juara Kejohanan Badminton Asia 2022, Menewaskan Saingan Dari Indonesia – REMAJA
Seperti biasa, para peminat dunia sukan terus memberikan kata-kata semangat kepada Zii Jia dan ahli pasukan badminton yang lain untuk melakukan sehabis baik dalam memperbaiki keputusan yang mereka perolehi pada tahun lalu.
Selain menerima ciapan di Twitter dan pelbagai lagi ucapan di platform media sosial lain, Zii Jia juga nampaknya menerima kata-kata semangat menerusi penggunaan set sticker GIF terbaru yang comel ini!
Sticker yang dilancarkan oleh Zii Jia bersama penajanya, Victor menunjukkan rupa animasi pemain itu sendiri yang berbaju hitam dan sedang ‘beraksi’ dengan raket badmintonnya. Ada yang menunjukkan dia sedang tersenyum riang dengan mengenyit mata ada ada juga aksi Zii Jia sedang membalas pukulan bulu tangkis.
Menerusi hantaran di Instagram, Zii Jia bukan sekadar mempromosikan sticker baru itu. Malah dia juga meminta peminatnya untuk menamakan set sticker ini.
“Come, come, let’s name the little (guy),” catatnya.
Pelbagai cadangan nampaknya diberikan kepada Zii Jia termasuklah daripada Persekutuan Badminton Dunia sendiri. “Surname Wo, name Di Ai,” kata mereka yang bermaksud apabila digabungkan bermaksud “cinta”. Rakan sepasukannya, Soh Wooi Yik pula mencadangkan, “Bruce Lee” sebelum dibalas oleh Zii Jia secara berseloroh, “Idea awak sangat ‘noob‘”.
Apapun, korang jangan lupa untuk terus berikan sokongan kepada skuad badminton Malaysia dengan menggunakan sticker GIF Lee Zii Jia ini menerusi Instagram & Facebook Story okay.
BACA LAGI : ‘Oppa’ Lee Zii Jia Bergaya Sebagai Duta Oppo Siri Reno7 – REMAJA
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
10 Gajet Trending Bawah RM20 Yang Korang Perlu Ada!

Isi Kandungan
ToggleDalam dunia hi-tech macam zaman sekarang ni, memang tak sah kalau kita tak ikut tren semasa, especially bila ia melibatkan aksesori gajet! Kan? Tapi ada sesetengah pendapat yang kata gajet ni semua mahal-mahal, betul ke? Jom kita tengok 10 gajet bawah RM20!
1. Pop Soket
Ni antara gajet yang paling trending dan paling murah. Boleh tambah satu, atau dua di belakang handphone atau tab korang untuk menambah cengkaman ketika korang sibuk ber-Whatssap, atau sebagai stand bila nak layan YouTube. Pop soket ni sangat membantu mereka yang selalu sangat terlepas handphone! Haih. Menangis tak berlagu kalau iPhone tu pecah kan?
2. Joystick mini Fling
Berita baik untuk para gamers out there! Dengan peranti ni, korang mesti lagi puas layan permainan video! Serasi dengan iPhone, iPad atau peranti Android, joystick mini ni memberi korang kawalan maksima dalam mengemudi your favourite character tanpa menjejaskan sudut pandangan di skrin, terima kasih pada rekabentuknya yang unik dan telus!
3. 3 in 1 Bluetooth Selfie Stick
Hah! Ni favourite korang kan? Tapi ni bukan sebarang selfie stick, tau! Dilengkapi dengan desain unik dan minimalis, korang boleh juga jadikan ia tripod untuk snap gambar korang dari jauh dan klik menggunakan Bluetooth! Senang je nak guna, hanya perlu klip kan peranti anda and you’re good to go!
4. Remax Flexible Device Holder
Bukan main canggih bunyinya, kan? Haa kalau korang selalu guna GPS untuk ronda-ronda di ibukota, alat ni memang perfect! Dengan reka bentuk serasi untuk kebanyakan telefon pintar, pemegang ni sangat fleksibel tanpa apa-apa kesan di papan pemuka kereta anda. Ini kerana ianya dilengkapi dengan nonstick mat yang memberi sudut tontonan yang baik untuk peranti anda. Siap ada kabel 2 dalam 1 untuk USB dan pengecasan peranti, tau!
5. Smart Selfie LED Camera Flash Light
Sesuai untuk semua jack audio telefon bimbit, iPad, komputer riba, dan selfie stick, alat ini memberi kawasan pencahayaan yang cukup untuk korang berseronok ber-selfie tanpa perlu risau dengan suasana gelap. Dengan 3 kecerahan yang berbeza, mencari pencahayaan yang perfect untuk gambar korang bukan lagi satu problem!
6. Fidget Cube
Direka khusus untuk korang yang tak reti nak duduk diam, gajet berkualiti tinggi ni boleh dikepil, diputar dan digolek ke bermacam-macam arah! Gajet fresh ni akan tolong korang release stress lepas penat kerja atau ketika tersekat dalam trafik. Memang best gila lah!
7. FIXATE GEL PAD 2 dalam 1
Ni lagi satu gajet yang sangat best dan mempunyai pelbagai kegunaan. Ia boleh melekat pada telefon anda, alat kawalan jauh, kamera dan bermacam-macam permukaan macam kaca, cermin, papan putih, logam, kabinet dapur atau jubin. Dah, tak payah risau air tertumpah ke atas laptop lagi! Letak je gelas atas gel pad ni, pasti selamat!
8. Kabel Mikro Remax Gemini Magnetic 2 dalam 1
Kaki gajet sekalian! Mesti stres bila alat peranti korang habis bateri kan? Kabel mikro ni is your BFF! Datang dengan pelbagai warna menarik, struktur magnetik dengan Block Sheath mencegah kerosakan pada hujung kabel yang selalu sangat terjadi tu! Yang paling best? Boleh mengecas 2 alat sekaligus! Ianya sesuai dengan kebanyakan peranti dan reka bentuk kabel anti-knot megelakkan daripada ianya tersimpul. Gajet ni sememangnya a must have!
9. Kipas mini dengan bateri cas semula
Alahai, dah la comel..berguna pulak tu! Kipas mini yang datang dengan pelbagai warna ni memang sesuai untuk korang yang on-the-go! Boleh bawak pergi memancing ke, camping ke, ataupun digunakan sebagai penyejuk laptop di kala assignment bertimbun!
10. Pembesar Suara Bluetooth USB Micro SD Card
Ada party people kat sini? Ataupun yang rasa no music, no life? Pembesar suara Bluetooth ni memang gajet yang korang PERLU ADA! Nak pakai kabel USB boleh, nak pakai Bluetooth pun boleh! Puas la layan lagu-lagu favourite korang lepas ni!
Haa. Siapa kata gajet-gajet ni semua mahal? Sekarang dah terbukti ianya mampu milik kan? Apa tunggu lagi? Layari platform beli-belah atas talian terbaru MyBazar di www.mybazar.com atau muat turun aplikasi MyBazar hari ini dan nikmati diskaun hebat untuk pelbagai gajet gempak! Kat Mybazar, segalanya murah!
Lelaki Ini Dapat PS5 Free! Sony Beri Hadiah Istimewa, Huntunglah…

Keterujaan orang ramai membeli konsol permainan video terbaru PlayStation 5 edisi digital harga RM1859 membuatkan ia terjual dalam masa seminit sahaja sementara bagi edisi Ultra Blu Ray Drive yang dijual pada harga RM2299 turut licin dalam masa sejam kemudian bagi pasaran Malaysia.
Di saat orang lain teruja membeli dan sesetengahnya hampa kerana konsol permainan ini sudah licin, ada orang lain yang patut iri hati kepada lelaki ini kerana dia mendapat PS5 secara percuma dari Sony.
Dalam satu tweet, Joey Chiu @ Shonigu yang menetap di Amerika mendapat penghargaan dari pihak Sony kerana kesetiaannya menjadi orang pertama membeli PS4 diikuti menjadi orang pertama juga membeli PS4 Pro ketika ia dipasarkan.
Berkat kesabarannya itu, dia mendapat PS5 secara percuma. Huntunglah badan, sebab dapat free.
Paling best, orang lain kena beli untuk dapatkannya tapi nie dapat secara percuma saja sebab sentiasa menjadi penyokong kepada permainan video nie atau “tahan sabar beratur”ketika konsol dibuka untuk jualan, hikz.
Dalam satu tweet, Joey Chiu berkata:
Okay, this is 100% the craziest thing to happen.
I swear. This issssss insane.@PlayStation #PlayStation5 pic.twitter.com/lwGF0SBzmb
— Joey Chiu (@Shinogu) November 10, 2020
Apa pun, enjoylah dengan konsol korang. Yang tak dapat tu, sabarlah. Ada banyak lagi kedai menjualnya. Dalam erti kata lain, rakyat Malaysia masih banyak duittttlah…PS5 dijual dalam masa seminit saja kemudian licin, hikz.