Biarpun semakin ramai artis K-pop serta selebriti Korea Selatan yang tampil menggunakan platform media sosial popular di Malaysia seperti Instagram dan TikTok, masih ramai sebenarnya yang selesa muncul di aplikasi VLIVE untuk berhubung dengan peminat masing-masing.
Kebanyakan daripada intipati menarik daripada artis K-pap dari semasa ke semasa pasti akan diekstrak daripada sesi penstriman langsung (live streaming) yang dilakukan di VLIVE.
Senang cerita, setiap kali notifikasi VLIVE berbunyi tanda ada artis K-pop yang sedang bersiaran langsung; puluhan hingga ratusan ribu pengguna dijangka sudahpun berada dalam ruang video tersebut.
Popular memang popular, namun khabarnya VLIVE akan menamatkan perkhidmatan aplikasinya menjelang akhir tahun ini! Syarikat hiburan K-pop, HYBE yang mewakili kumpulan terkenal seperti BTS menjelaskan bahawa VLIVE akan mula ditutup perlahan-lahan bermula sekarang hingga akhir 2022.
Ini kerana VLIVE telahpun ditukarkan ke platform WeVerse Company yang dimiliki oleh HYBE sejak 2021. Apabila video penstriman VLIVE lampau BTS dipindahkan ke WeVerse, ia secara tidak langsung mengesahkan bahawa WeVerse bakal menjadi saluran komunikasi rasmi untuk kumpulan BTS selepas ini. Jika video-video itu tidak dipindahkan sekarang, kesemuanya akan terhapus begitu sahaja.
Jadi bagaimana pula dengan nasib kumpulan K-pop lain?
Kumpulan yang popular di VLIVE seperti Stray Kids dan NCT tidak lama lagi juga akan meninggalkan platform VLIVE. Stray Kids umpamanya dilihat sudahpun memulakan sesi penstriman mereka di saluran YouTube.
Cuma yang tidak syoknya mengenai YouTube adalah polisi hak milik (copyright) yang dilaksanakan lalu menegah artis-artis K-pop ini daripada memainkan muzik selain yang diterbitkan oleh syarikat label mereka.
Manakala, ada sahaja artis K-pop yang telah membuka akaun rasmi WeVerse termasuklah CL, Hyolyn, CNBlue, Treasure, Seventeen, FT Island, Just B, Ravi, APink, Enhypen, Winner dan Blackpink.
Seperkara lagi, WeVerse dilaporkan mempunyai kualiti ‘interface’ yang rendah dan aplikasi itu seringkali tertutup dengan sendirinya (crash) apabila jumlah penonton penstriman mencecah jutaan orang. Ini berlaku baru-baruu ini sewaktu konsert BTS : Yet To Come Busan.
ARTIKEL BERKAITAN : Seoul Bakal Bina Arena Khas Untuk Konsert K-Pop SAHAJA – REMAJA
Reaksi peminat rata-rata menerima perkhabaran ini dengan hati terbuka memandangkan mereka masih dapat berhubung secara dekat di platform lain. Cuma nilai sentimental yang melekat pada aplikasi VLIVE akan dirindui oleh semua penggunanya.
Haa tunggu apa lagi guys? Muat turun aplikasi WeVerse sekarang agar korang tidak ketinggalan notifikasi terbaru daripada idola kegemaran masing-masing.
BACA LAGI : Ini 6 Kafe Milik Keluarga Idol K-pop Yang Harus Korang Kunjungi – REMAJA
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
q