Aplikasi temu jodoh Sugarbook sebenarnya telah lama beroperasi di Malaysia.
Jika korang masih ingat, papan iklan kontroversinya pernah menjadi bualan warganet pada tahun 2019 \kerana foto yang ‘menghalalkan’ budaya sugar daddy dan sugar baby demi menagih kasih sayang dan harta daripada lelaki berharta.
Namun, isu tersebut telah senyap begitu saja sehinggalah Sugarbook kembali hangat diperkatakan baru-baru ini selepas pendedahan 10 buah institut pengajian tinggi (IPT) yang didakwa memiliki jumlah sugar baby berdaftar tertinggi di Malaysia.
ARTIKEL BERKAITAN : Budaya ‘Sugar Baby’ Semakin Tular Di IPT Malaysia, Keluar Senarai TOP 10 – REMAJA
Biarpun ada yang yang berpendapat bahawa dakwaan itu tidak sahih kebenarannya, but damage has certainly been done.
Selain daripada mencemarkan nama IPT terbabit sehingga membuatkan CEO universiti itu sendiri memberikan respon balas, dakwaan itu juga seakan menjatuhkan imej pelajar IPT di Malaysia yang dikecam terdesak untuk memiliki wang sehingga sanggup bergelar sugar baby.
14,433 orang sugar baby berdaftar bukanlah jumlah yang sedikit ya guys.
Justeru, tindakan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang telah menyekat akses masuk ke laman web Sugarbook semalam dilihat sebagai keputusan yang tepat.
Ini kerana aplikasi tersebut hanya akan meruntuhkan nilai moral pelajar di Malaysia dan akan memberikan lesen kepada generasi masa depan di negara kita untuk berfikir, “Okay boleh buat” demi mendapatkan wang dengan cara haram. Berikut merupakan kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh SKMM semalam.
Namun, sekatan itu saja dilihat masih belum mencukupi demi membendung Sugarbook mahupun aplikasi serta laman web mirip dengannya daripada meneruskan perniagaan mereka di sini. Kalau hari ini ada satu yang ‘tumpas’, tak mustahil esok lusa akan muncul 10 lagi aplikasi berkonsepkan sugar baby.
Wajar sekiranya syarikat tersebut dan pengendali syarikat disiasat rapi oleh pihak berkuasa demi memberi pengajaran kepada mana-mana aplikasi asing yang ingin memulakan skim perniagaan tidak bermoral di Malaysia.
Benar, kalau pelajar itu sendiri yang ingin bergelar sugar baby dan mata sudah dikaburi duit, haramkanlah semua jenis aplikasi sekali pun. Mereka tetap akan mencari peluang untuk bergelar sugar baby. Akan tetapi, sekurang-kurangnya kerajaan Malaysia telah menetapkan pendirian tegas dalam hal ini demi menjaga akhlak dan moraliti remaja kita.
BACA LAGI : [Terbaru] SUNWAY University Nafi Wujud Kelompok Sugar Baby Di Kampus – REMAJA
Sumber : (1)