Berita baik buat pengguna WhatsaApp, aplikasi itu dikatakan sedang menguji fungsi untuk menyembunyikan status talian (online) daripada dilihat oleh pengguna lain.
Sebelum ini, WhatsApp banyak memperkenalkan ciri-ciri yang menfokuskan pada WhatsApp Group, antaranya termasuklah sokongan sehingga 512 orang dalam satu grup, selain dibenarkan untuk mempunyai lebih banyak admin. Malah, WhatsApp juga dikatakan pernah menguji kebolehan untuk individu meninggalkan WhatsApp Group tanpa meninggalkan notifikasi.
BACA: WhatsApp Perkenal Ciri Keluar Dari Grup Secara Senyap Tanpa Notifikasi
BACA: WhatsApp Bakal Perkenal Ciri Baharu, Admin Grup Boleh Padam Mesej Ahli Lain
Terbaharu, menurut WABetaInfo, selepas mengumumkan bahawa WhatsApp sedang membangunkan beberapa ciri utama seperti kemungkinan untuk mengedit mesej teks, syarikat itu kini sedang menguji keupayaan untuk menyembunyikan status dalam talian untuk kemas kini aplikasi itu pada masa hadapan.
Sebelum ini, ramai pengguna WhatsApp telah meminta untuk menyembunyikan status online mereka atas beberapa faktor. Ada yang ingin menggunakan WhatsApp tanpa diganggu atau mungkin mereka tidak selesa kerana ‘diintai’ oleh pengguna lain. Akhirnya, WhatsApp mendengar maklum balas pengguna dan cuba untuk mengusahakannya.
BACA: Pengguna iPhone Ini Tidak Lagi Boleh Guna WhatsApp Mulai Oktober Depan
Seperti yang tertera pada gambar di atas, pengguna bakal diberi pilihan iaitu Who Can See My Last Seen dan Who Can See When I’m Online. Disinilah korang boleh buat pilihan sama ada ingin menyembunyikan status online atau tidak.
Tahun lalu, WhatsApp telah menyembunyikan ‘Last seen’ untuk menghalang pengguna lain daripada melihat status terkini. Namun, masih ramai yang tidak senang kerana pengguna lain masih lagi boleh melihat sekiranya mereka sedang ‘online’ atau tidak.
Ha, sekiranya ciri terbaharu ini benar-benar bakal dilancarkan, korang tidak lagi perlu risau sekiranya orang lain tahu sama ada korang sedang ‘online’ di WhatsApp atau tidak. Hiks!
Sumber: (1)
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
https://www.youtube.com/watch?v=t8CUdP77dPE