Ramai pengguna Apple seakan sudah tidak sabar menantikan kemunculan iPhone 13 yang khabarnya bakal dilancarkan pada bulan ini.
Terbaharu, Apple mengumumkan sebuah acara maya yang akan diadakan pada 14 September, 10 pagi, iaitu jatuh pada tanggal 15 September, pukul 1 pagi waktu Malaysia.
Korang boleh menonton ‘California Streaming’ secara langsung di laman web Apple, namun pihak jenama gajet itu tidak menyatakan produk apa yang bakal dilancarkan pada hari tersebut.
Walau bagaimanapun, ada desas-desus mengatakan bahawa acara ini adalah untuk pelancaran siri iPhone 13, Apple Watch Series 7, iOS 15 versi stabil dan juga iPad baharu.
Adakah benar tekaan yang dibuat oleh warganet ini? Sama-sama kita nantikan pada 15 September nanti.
Sumber: (1)
Gamers e-Sports Malaysia Menangi RM62000 , Kalahkan 3,530 Pasukan!
Nak kalahkan 10 pasukan pun susah, inikan lagi sehingga lebih 3,000 buah pasukan dari seluruh rantau Asia Pasifik. Mega!
TAHNIAH REMAJA ucapkan kepada dua buah pasukan gamers daripada Malaysia yang berjaya menamatkan saingan kejohanan Asia Pacific Predator League 2019 di tempat ketiga dan keempat dua hari lalu di Bangkok Thailand.
Setelah tiga hari bergelut dalam kejohanan sengitu itu, pasukan Geekfam yang disertai oleh telah membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak USD15,000 setelah mendapat tempat ketiga dalam kategori DOTA2. Sementara itu, sebuah lagi pasukan Malaysia iaitu Lotac berpuas hati di tempat keempat dalam kategori sama.
GeekFam dipaksa tunduk kepada pasukan Filipina, TNC Predator manakala Lotac pula tewas kepada pasukan Indonesi BOOM ID. Sekaligus, dua pasukan tersebut menyambar kedudukan pertama dan kedua.
Apapun, saingan yang diberikan cukup sengit sebelum keputusan akhir diterima kerana masing-masing tidak mahu mengalah di hadapan 10,000 orang penonton Stadium Nimibutr dan 4.3 juta lagi penonton online dari seluruh dunia!
Bercakap dengan wakil media, wakil penganjur Asia Pacific Predator League 2019 iaitu Acer berkata mereka mengharapkan lebih ramai lagi bakat remaja yang dicungkil melalui trend e-Sports di rantau ini dan agar mereka dapat menempah kejayaan sekali lagi pada acara seterusnya di Filipina pada tahun 2020.
Ni yang nak asah skil PUBG dan DOTA2, mana tahu boleh menang ribuan dollar! Hehe..
Battle Sambil Menari! Blackpink Muncul Semula Dalam PUBG Sepanjang Oktober
Dominasi kumpulan K-pop sensasi, Blackpink diteruskan lagi selepas mereka melancarkan album penuh berjudul – err – ‘The Album’ pada minggu lalu.
Kali ini, grup di bawah label YG Entertainment ini telah berkolaborasi dengan permainan digital popular, Playerunknown’s Battlegrounds (PUBG Mobile) untuk memainkan single terbaru mereka dalam permainan tersebut.
Bermula 2 November lalu, pemain PUBG boleh mendengar single ‘Lovesick Girls’ setelah mereka log masuk dan berada dalam game lobby.
But wait, that is not all. Istimewa sepanjang bulan Oktober ini sahaja, kapal terbang airdrop PUBG akan berwarna merah jambu dan mempunyai logo Blackpink padanya. Semasa ia muncul, ikon The Album dan asap berwarna merah jambu juga akan muncul di lapangan permainan.
Just how cool is that, Blinks?!
Untuk pengetahuan korang, Lovesick Girls bukanlah single pertama Blackpink di PUBG Mobile, Sebelum ini, How You Like That juga dimainkan dalam lobby.
Nampaknya, ramai Blinks yang bermain PUBG Mobile ini. Tak hairanlah PUBG sentiasa melakukan kolaborasi istimewa bersama kumpulan tersebut.
Bagi korang yang masih belum mendengar The Album oleh Blackpink, cer tonton video reaction REMAJA di bawah.
Line Internet Tiba-Tiba Slow, Ini Cara Mudah Mengesan ‘Pencuri’ WiFi Rumah Korang
Zaman sekarang ini ramai manusia yang terlalu ‘bijak’ sehinggakan line WiFi jiran sebelah pun mereka boleh ‘hack’. Tambah pula, dalam waktu pandemik sejak dua tahun lalu di mana ramai yang melakukan kerja dan pembelajaran di rumah.
Bukan semua orang mampu untuk melanggan pakej internet yang laju, malah kebanyakan syarikat telekomunikasi yang menawarkan internet jalur lebar mengenakan kontrak selama dua tahun bagi perkhidmatan mereka.
Namun, ia bukanlah alasan untuk membenarkan orang lain mencuri line WiFi rumah kita kan?
Sebenarnya, korang boleh mengesan individu yang ‘mencuri’ WiFi dengan mudah. Trik ini telah dikongsi oleh seorang pengguna TikTok yang dikenali sebagai Hafizi Zain, di mana dia menunjukkan cara-cara untuk mengesan pencuri WiFi di rumah.
Jom kita lihat bagaimana caranya.
1. Muat turun aplikasi Fing di App Store atau Play Store
2. Seterusnya, klik mengikut info yang dipaparkan
3. Kemudian klik ‘scan for device’
4.Korang akan lihat senarai peranti yang tengah connect dengan WiFi korang
5. Kalau ada device yang meragukan, klik ‘remove device’
Bila dah tahu caranya, selepas ini bolehlah korang sering menyemak jika ada peranti-peranti yang tidak berkenaan menceroboh WiFi di rumah korang.
Sumber: (1)