Setiap tahun, peminat tegar Apple pastinya akan ternanti-nanti keluaran terbaru daripada iPhone bagi menukar koleksi telefon pintar mereka.
Menurut Astro Awani, Apple Inc. sah akan melancarkan iPhone terbaru mereka pada 10 September ini dengan menyediakan perkakasan baharu, termasuk iPhone “Pro”.
Mengikut informasi yang tertiris seperti yang dinyatakan oleh amanz.my, iPhone 2019 dijangka akan menyediakan kapasiti bateri lebih besar untuk memanjangkan penggunaan peranti.
Bagi iPhone 2019 versi ‘Max’, ia pula dilaporkan akan hadir dengan kapasiti tertinggi berbanding kesemua iPhone, iaitu dengan bateri 3650 mAh, jika nak dibandingkan dengan iPhone XS Max yang terdahulu hanya menyediakan kapisiti 3174 mAh.
Kredit foto: Macrumors
Selain tiga versi iPhone yang baru, Apple turut melancarkan satu versi baru iPad Pro dengan kamera yang dinaik taraf dan cip yang lebih pantas.
Ads
iPad kos rendah akan didatangkan dengan skrin yang lebih besar, satu versi baharu Apple Watch, dan revolusi komputer riba MacBook Pro yang akan dinaik taraf buat pertama kalinya sejak tempoh tiga tahun ini.
Selain itu juga, Apple dijangka akan mengemas kini aksesori audio utama, termasuk AirPods dan HomePod.
Pastinya pengikut tegar gajet ternama ini sudah tidak sabar untuk menantikan produk terbaru daripada Apple.
Ads
Tak sabar juga kami nak tahu harganya nanti. Hiks!
Ramai pengguna Apple seakan sudah tidak sabar menantikan kemunculan iPhone 13 yang khabarnya bakal dilancarkan pada bulan ini.
Terbaharu, Apple mengumumkan sebuah acara maya yang akan diadakan pada 14 September, 10 pagi, iaitu jatuh pada tanggal 15 September, pukul 1 pagi waktu Malaysia.
Korang boleh menonton ‘California Streaming’ secara langsung di laman web Apple, namun pihak jenama gajet itu tidak menyatakan produk apa yang bakal dilancarkan pada hari tersebut.
Walau bagaimanapun, ada desas-desus mengatakan bahawa acara ini adalah untuk pelancaran siri iPhone 13, Apple Watch Series 7, iOS 15 versi stabil dan juga iPad baharu.
Adakah benar tekaan yang dibuat oleh warganet ini? Sama-sama kita nantikan pada 15 September nanti.
Dalam teknologi dunia yang semakin canggih hari ini, kita perlu lebih berhati-hati apabila mengakses media sosial. Kadangkala, kita tidak tahu maklumat peribadi seseorang itu juga boleh dikongsi tanpa izin.
Seorang penggunada di Facebook, Nik Syafiq telah berkongsi info bahawa Facebook merekod semua aktiviti yang dilakukan di telefon pintar kita yang dipanggil ‘off-facebook activity’.
Jelasnya lagi, walaupun sudah menukar telefon pintar sejak Oktober 2019, namun rekod yang dicatatkan mengandungi 144 log di semua aplikasi dan laman web sejak 30 July 2019.
Lelaki ini turut berkongsi cara-cara untuk memadam semua history tersebut dan cara untuk ‘turn off‘ daripada Facebook menyimpan rekod aktiviti kita yang mungkin boleh digunakan untuk tujuan lain.
1. Pilih Settings
2. Cari Off-Facebook activity
3. Pilih Manage your off-Facebook activity
4. Tekan Clear history
5. Lihat dalam gambar
6. Kemudian, pilih More options
7. Pilih Manage Future Activity
8. Pilih Future off-Facebook activity
9. Akhir sekali, tekan Turn Off
Patutlah kalau kita search sesuatu di apps lain, berderet-deret ads sponsored di timeline Facebook kita. Korang perasan tak?
Sejak musim PKP ini ramai yang mengeluh apabila barangan yang dibeli secara online sudah berminggu-minggu tidak sampai. Ada pula kes dimana barang yang diterima sudah rosak, terutamanya makanan.
Lebih kurang beberapa hari saja lagi kita akan menyambut Aidilfitri. Mungkin ada yang sudah ‘hilang sabar’ menunggu parcel yang tak kunjung tiba, jadi sekiranya korang beli barangan melalui Shopee, Remaja nak kongsikan cara untuk refund sekiranya seller tetap terus berdegil.
Berikut adalah langkah-langkah yang korang boleh ikut:
1. Salin item Serial Number
2. Masuk ke menu Setting
3. Masuk ke menu Help Centre
4. Pilih menu email
5. Lengkapkan form yang diberikan, beritahu kenapa korang nak refund dan submit
6. Gambar yang last tu contoh Shopee dah refund kepada pembeli
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk korang. Selamat mencuba!
Pasangan selebriti terkenal, Mimi Lana dan Syafiq Kyle, hari ini selamat diijabkabulkan.Berita gembira tersebut dikongsikan pelakon naskhah popular Andai Tiada Dia itu menerusi entri...