Belum sempat kami nak merasa pakai iPhone 11, dengarnya Apple akan melancarkan model terbaru mereka, iaitu iPhone SE2. Paling best, model ini dikatakan keluaran mampu milik yang bakal dilancarkan awal Mac hadapan.
IPhone SE generasi kedua ini khabarnya menggunakan rekaan seperti iPhone 8 yang berukuran saiz 4.7 inci.
Kalau korang nak tahu, spesifikasinya pula dilengkapi dengan cip pemprosesan yang sama seperti iPhone 11 Pro iaitu Apple A13 Bionic dan masih mengekalkan fungsi Touch ID.
Ads
Mesti korang excited nak tahu berapa harga model iPhone mampu milik ni kan?
Menurut laporan dari Mac Rumors, iPhone SE2 dijual pada harga USD$399 (RM1670.01) untuk storan 64GB.
Ads
Wah, kalau betul la seperti yang dikhabarkan ini, harganya memang berbaloi-baloi.
Ads
Tak sabar nak tunggu Mac depan untuk melihat sendiri sama ada khabar angin ini benar atau tidak.
P/s: Dah boleh start nak menyimpan sikit-sikit la macam ni..
Kami percaya WhatsApp adalah antara aplikasi yang digunakan oleh kebanyakan masyarakat dunia untuk berkomunikasi bersama rakan dan keluarga tersayang, serta atas urusan kerja.
Disebabkan itu, aplikasi ini sering mengemaskini ciri-ciri yang menarik untuk kegunaan pengguna mereka. Terbaru, WhatsApp telah pun memperkenalkan beberapa ciri baru animated stickers, QR Code dan mode gelap untuk pengguna web dan juga desktop.
Dengan adanya ciri sokongan seperti QR Code ini, ia dapat memudahkan pengguna untuk menambah kenalan baru dengan hanya perlu mengimbas kod QR tanpa perlu menyimpan nombor telefon di Contacts terlebih dahulu.
Korang juga pastinya sering menghantar stickers ketika berkomunikasi di aplikasi ini dan sudah tentu pelancaran animasi terbaru yang lebih banyak ini bakal memberi pengalaman lebih menyeronokkan.
Namun begitu, ciri-ciri baru ini akan diperkenalkan secara berperingkat kepada semua pengguna WhatsApp di seluruh dunia.
Sebelum ini juga, WhatsApp telah pun membolehkan penggunanya membuat panggilan video dan audio sehingga 8 orang kepada pengguna yang telah mengemaskini aplikasi ini kepada versi 2.20.140 atau terbaru bagi Android dan versi 2.20.50 atau terbaru untuk iOS.
Bagi individu yang sedang mencari telefon pintar yang menawarkan banyak ciri-ciri menarik dengan harga yang berbaloi, HUAWEI baru sahaja melancarkan telefon pintar baharu, HUAWEI P50 Pro dan telefon boleh lipat P50 Pocket.
HUAWEI P50 Pro adalah sebuah peranti lagenda yang dikembalikan semula ke pasaran, hadir dengan fotografi mudah alih era baharu, reka bentuk yang estetik dan pengalaman All-Scenario, manakala HUAWEI P50 Pocket pula meggabungkan teknologi estetik dan fotografi pintar dengan sempurna.
HUAWEI P50 Pro
Hadir dengan dua pilihan warna, Cocoa Gold dan Golden Black, HUAWEI P50 Pro dilengkapi skrin dan bateri yang lebih besar, namun reka bentuknya tetap langsing dan ringan. Ia mempunyai paparan kaca melengkung 3D, menyokong gamut warna lebar P3 penuh sehingga 1.07 bilion warna, memaparkan warna yang tepat.
Bukan itu sahaja, sistem Kamera Dwi-Matrik pada HUAWEI P50 Pro memberikan imej True to Life dengan kejelasan dan kadar dinamik yang tinggi dengan mengimbangi keupaayan pelbagai lensa pada peranti seperti Optik XD HUAWEI, Enjin Imej XD Fusion Pro dan inovasi lain.
HUAWEI P50 Pocket
Telefon pintar lipat ini menggunakan reka bentu dwi-bulatan ikonik yang terdapat pada siri HUAWEI P50, menampilkan satu bulatan untuk modul kamera dan satu untuk Skrin Luaran pintar. Terdapat satu warna eksklusif iaitu warna Premium Gold untuk HUAWEI P50 Pocket Edisi Premium yang direka oleh pereka Haute Couture, Iris Van Herpen, yang diinspirasi oleh prinsip “simbiosis”.
Kamera Matrik Ultra Spektrum P50 Pocket hadir dengan 40MP Kamera Kroma Sebenar, 13MP Ultra Sudut Lebar, 32MP Kamera Ultra Spektrum dan lain-lain. HUAWEI P50 Pocket mampu menangkap butiran dengan lebih perinci dan menghasilkan imej yang jelas pada waktu siang dan malam kerana Optik XD HUAWEI dan Enjin Imej Kroma Sebenar.
Pendek kata, gambar korang akan jadi lebih jelas dan cantik. Sesuai sangat untuk anak muda yang sering merakam foto menerusi telefon pintar.
Mesti korang nak tahu berapa pula harganya kan?
Dengan tanda harga RM4,199, HUAWEI P50 Pro boleh didapati secara pra-tempahan bermula 12 Januari 2022, manakala HUAWEI P50 Pocket (putih) berharga RM5,999 dan HUAWEI P50 Pocket Edisi Premium (Premium Gold) berharga RM7,299.
Ha, berbaloi kan? Pilihlah telefon pintar yang sesuai dengan bajet korang okay.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sebelum ada yang mungkin terkena kejutan elektrik, pastikan bagi pengguna produk Apple mengghentikan penggunaan plug penyesuai tiga cabang ini dengan seberapa segera jika merasakan plug mengalirkan haba berlebihan.
Dalam satu pengumuman, syarikat gergasi teknologi Amerika Syarikat, Apple Inc mengumumkan menarik balik semula plug penyesuai tiga cabangnya yang direka untuk kegunaan di beberapa negara di Hong Kong, Singapura, Malaysia dan United Kingdom, secara sukarela.
Syarikat itu dalam satu kenyataan pada Khamis memaklumkan tindakan itu dibuat susulan daripada enam kejadian kejutan elektrik yang berpunca daripada plug seumpama itu di seluruh dunia.
Ia merangkumi semua plug Mac Apple dan beberapa peranti iOS yang dikeluarkan antara tahun 2003 dan 2010 termasuk plug penyesuai pelancongan dunia Apple.
“Oleh kerana keselamatan pelanggan menjadi keutamaan, Apple meminta semua pelanggannya untuk berhenti menggunakan plug penyesuai berkenaan,” kata syarikat berkenaan.
Tambah Apple, pertukaran plug berkenaan tidak akan dikenakan sebarang bayaran. Penarik balikan ini tidak merangkumi penyesuai kuasa USB Apple.
Bagi korang yang ada produk Apple tu dan andainya membeli dalam tahun disenaraikan, cepat-cepatlah menukar ya sebelum terjadinya sebarang tragedi.
Sumber : ASTRO AWANI
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Baru-baru ini tular sebuah video iklan terbaru dari jenama fesyen Korea Selatan ‘Wacky Willy’ berjaya menarik perhatian pengguna media sosial kerana jalan penceritaan komedi...