Tidak dinafikan iPhone SE antara yang menjadi pilihan ramai kerana harganya yang agak rendah dan mampu milik. Tidak seperti iPhone yang lain, keluaran SE ini boleh didapati dengan harga bawah RM2,000.
Terdahulu, iPhone SE 2020 antara yang paling terkini keluaran Apple namun tidak mempunyai rangkaian 5G. Kemudahan 5G hanya bermula dengan model iPhone 12 mini dan iPhone 12.
Namun begitu, Nikkei melaporkan Apple hanya akan menawarkan iPhone dengan sokongan rangkaian 5G sahaja bermula tahun 2022. Perkara ini akan dilakukan dengan kemaskini kepada iPhone SE yang bakal hadir dengan sokongan rangkaian 5G pada tahun hadapan.
Menurut laporan Amanz, Apple akan memperkenalkan iPhone SE 5G pada pertengahan tahun 2022 dan hadir dijana berasaskan cip Apple A15. iPhone SE 5G tersebut akan menggunakan cip Qualcomm X60 untuk modem 5G pada peranti berkenaan.
iPhone SE 5G ini juga dijangka menawarkan rekaan lebih kurang seperti iPhone 8, dilengkapi dengan panel 4.7 inci LCD.
Wah, kalau macam tu besar jugalah saiz model terbaru iPhone SE itu nanti. Cuma harganya masih belum diketahui lagi. Adakah masih boleh didapati dengan harga bawah RM2,000? Sama-sama kita nantikan.
Sumber: (1)