Baru-baru ini, jenama teknologi terkenal antarabangsa, Apple, telah meraih perhatian warganet selepas tularnya foto logo Apple yang sudah dipasang di menara Tun Razak Exchange (TRX), yang didakwa ia adalah Apple Store pertama yang bakal dibuka di Malaysia.
Sehubungan itu, rata-rata netizen juga menjangkakan pembukaan kedai rasmi Apple bakal berlaku pada tahun hadapan iaitu pada bulan Mei, selari dengan khabar angin sebelum ini. Sempat REMAJA menjengah laman web rasmi carian kerja Apple, terdapat sebanyak 11 jawatan yang baru disenaraikan pada hari ini bagi lokasi di Malaysia.
ARTIKEL BERKAITAN: Apple Pertama Malaysia Bakal Dibuka Di TRX?
Selain itu, sebahagian tawaran jawatan berkenaan juga dapat dikesan di portal peluang pekerjaan popular, LinkedIn. Ya, hal ini demikian sekaligus memberikan gambaran dan lebih yakin bahawa Apple Store akan membuka kedai rasmi mereka tidak lama lagi di ibu kota.
Sudah terang lagi bersuluh, pastinya ramai yang tidak sabar untuk mengunjungi Apple Store berkenaan memandangkan lebih mudah untuk berurusan secara terus dengan syarikat terkemuka itu.
Setakat ini, kesemua jawatan tersebut masih dibuka pada orang ramai yang berminat mengikut kelayakan. Sekadar informasi, majoriti tawaran yang dibuka itu memerlukan bidang kepakaran tertentu bagi kelancaran bisnes jenama yang semakin menjadi pilihan ramai itu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Pexels Sami Abdullah, Maher Meskko & Laman web Apple