Apple Dijangka Lancar iPhone SE 5G & iPad Air 5G Mac Depan

Share

Setiap tahun ada sahaja produk terbaharu yang dilancarkan oleh jenama gajet popular Apple dan kali ini khabarnya mereka akan memperkenalkan iPhone SE 5G dan iPad Air 5G pada Mac depan.

Bloomberg mendakwa bahawa Apple mungkin akan mengadakan satu majlis pelancaran pada 9 Mac ini di mana dijangka mereka akan melancarkan beberapa produk dengan sokongan 5G.

Foto: Apple

iPhone SE 5G dilihat akan menjadi telefon pintar dengan harga mampu milik dan mungkin masih mengekalkan rekaan seperti iPhone SE 2020 sebelum ini tetapi hadir dengan cip pemprosesan lebih berkuasa, kamera ditambah baik dan sokongan rangkaian 5G.

Selain itu, iPad Air pula dijangka akan tampil dengan cip pemprosesan lebih pantas dengan paparan 10.9 inci berserta sokongan 5G. Terdapat juga kemungkinan untuk Apple turut melancarkan Mac baharu dengan cip Apple Silicon pada acara itu nanti.

Foto: Apple

Terdahulu, Apple dikatakan bakal menaik taraf kemas kini iOS 15.4 dengan memperkenalkan ciri baharu pada Face ID & Passcode, iaitu ciri ‘Use Face ID with a mask’ yang dijangka akan ditawarkan pada awal Mac depan juga.

BACA: iOS 15.4 Tawar Ciri Boleh ‘Unlock’ iPhone Ketika Pakai Pelitup Muka

Mesti ramai yang dah tak sabar nak menantikan pengumuman harga iPhone SE 5G ini kan? Biasanya, edisi SE dijual dengan harga lebih mampu milik. Jadi sama-sama kita nantikan pada awal bulan hadapan.

Sumber: (1), (2), (3)

Published by
Noor Ain Norman