Khabar angin mengenai iPhone SE yang disebut-sebut pada tahun lepas kini sudah terjawab apabila Aplle iPhone SE generasi kedua ini telah pun dilancarkan semalam. Model ini sepatutnya dijadualkan pelancarannya melalui acara rasmi, namun disebabkan wabak COVID-19, ia terpaksa dibatalkan dan hanya diumumkan secara online.
Peranti ini direka dengan rekaan klasik iPhone SE asal tetapi dijana cip pemproses Apple A13 Bionic yang digunapakai pada iPhone 11 tahun lalu.
Apple iPhone SE dilengkapi skrin 4,7″ LCD Retina Display, dijana cip Apple A13 Bionic, storan sehingga 256GB, kamera utama 12-Megapixel f/1.8 dan kamera hadapan 7-Megapixel f/2.2.
Apple juga merahsiakan saiz RAM serta bateri yang digunakan pada peranti ini, namun ada khabar angin mengatakan ketahanan bateri adalah setanding iPhone 8 dengan sokongan pengecasan pantas 18W tetapi pengecas pantas tidak disertakan dengan setiap pembelian. Ia juga turut boleh dicas secara nirwayar menggunakan format Qi.
Terdapat juga fungsi pengimbas cap jari Touch ID klasik untuk penggunaan butang Home. Skrin ini mempunyai sokongan Haptic Feedback, kalis air IP67 dan boleh memaparkan kandungan HDR10. Tidak seperti iPhone SE generasi pertama, iPhone SE baharu ini tidak dilengkapi bicu audio 3.5mm dan output adalah menerusi bicu Lighthning. Skrin juga lebih besar berbanding hanya 4″ pada model terdahulu.
Lain-lain spesifikasi adalah Wi-Fi 6, pembesar suara stereo, getaran Haptic Touch, dan juga True Tone.
Walaupun menggunakan nama yang sama, Iphone SE, namun model baru ini nampaknya lebih mirip kepada iPhone 8. Sisi yang diperbuat daripada logam dibulatkan berbeza dengan sisi rata pada iPhone SE asal. Tambahan lagi panel belakang diperbuat daripada kaca sepenuhnya dan bukannya logam.
Didatangkan dengan tiga warna pilihan, hitam, putih dan (Product) RED, iPhone SE ini dijual dengan harga bermula dari RM1999 untuk model 64GB dan meningkat ke RM2699 untuk model 256GB.
Hm, macam mana korang rasa berbaloi ke tidak?
Tepuk dada, tanya selera. Hiks!