Perhatian kepada peminat setia telefon pintar iPhone, Apple baharu sahaja memperkenalkan sebuah lagi peranti terbaharu iaitu iPhone SE 2022. Sebelum ini, peminat gajet telah pun menjangkakan bahawa Apple bakal memperkenalkan iPhone SE 5G dan kini penantian mereka akhirnya terjawab.
iPhone SE 2022 hadir dengan cip Apple 15 Bionic yang pastinya menawarkan prestasi pemprosesan lebih baik. Ia turut hadir dengan sistem Touch ID pada bahagian hadapan. Paling menarik, ia disertakan dengan sokongan rangkaian 5G, sekali gus menjadikan telefon pintar ini sebagai iPhone paling mampu milik.
iPhone SE 2022 ini juga mengunakan kamera 12 megapixel dan pasti ramai yang sudah tidak sabar untuk mengetahui harga telefon pintar ini kan?
Ads
Di Malaysia, Apple menawarkan iPhone SE 2022 pada harga bermula RM2099, peningkatan sebanyak RM100 berbanding harga permulaan iPhone SE sebelum ini.
Hadir dengan tiga variasi warna iaitu Midnight, Starlight dan Red, pra-tempahan untuk pembelian telefon pintar ini dibuka bermula 18 Mac 2022 pada pukul 9 pagi.
Ads
So guys, ada yang berminat dengan iPhone SE 2022 ni ke? Jangan lepaskan peluang untuk menjadi yang pertama memilikinya. Hiks!
**
Ads
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ketua Pegawai Eksekutif Facebook, Mark Zuckerberg dilaporkan sedang merancang untuk penjenamaan semula syarikat gergasi media sosial itu dalam persidangan Connect yang dilakukan setiap tahun pada 28 Oktober depan.
Menurut laporan The Verge, langkah ini diambil kerana posisi Facebook platform media sosial telah mengaburi anak syarikat yang lain di bawah jenama mereka.
Dengan penjenamaan baharu ini, kesemua syarikat yang berkait dengan Facebook seperti Instagram, WhatsApp, Oculus dan lain-lain akan dikenali sebagai sebuah nama baharu dan berada di bawah satu bumbung.
Walau bagaimanapun, jurucakap Facebook enggan mengulas tentang perkara ini.
Sama-sama kita nantikan pada akhir bulan ini untuk mengikuti perkembangan tentang penjenamaan syarikat gergasi media sosial ini.
Agak-agak korang, nama apa yang bakal menggantikan Facebook nanti?
Baru-baru ini, Yahoo telah pun mengumumkan keputusan untuk menutup Yahoo Groups melalui e-mel yang dihantar kepada pengguna dan mesej yang disiarkan di laman web rasmi mereka.
Walau bagaimanapun, buat yang masih menggunakan emel Yahoo, belum ada keputusan untuk menghentikan perkhidmatan Yahoo Mail dan pengguna masih boleh menggunakan perkhidmatan e-mel seperti biasa.
Namun begitu, jika korang masih ragu-ragu sampai bila perkhidmatan Yahoo mail ini masih beroperasi, seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai I am Ropie Blade telah pun berkongsi tutorial untuk menukar e-mel yang digunakan di Facebook ke e-mel yang baru.
Iye la mesti ramai yang mengunakan e-mel Yahoo masa mula-mula create Facebook dulu kan?
So guys, bagi yang ingin menukar e-mel Facebook yang baru, korang boleh ikut tutorial yang dikongsi dibawah:
1. Buka Apps FB (guna mobile senang sikit), perhatikan 3 garisan diatas sebelah kanan tangan korang (Android) atau dibawah sebelah kanan tangan korang (iOS user). Klik dan cari SETTINGS
2. Pada Settings, sila klik dan korang akan melihat paparan account settings. Pilih Personal Information
3. Di paparan Personal Information, klik Contact Info
4. Seterusnya, pada paparan Contact Info tersebut korang akan melihat emal yang digunakan untuk mendaftar dahulu. Untuk penambahan e-mel baru, klik add email address
5. Masukkan e-mel baru korang (jika mahu menggantikan emel Yahoo) dan password Facebook (password user/e-mel yang sedang digunakan). Kemudian klik add email address
6. Korang akan menerima Confirmation Code di emel baru yang telah di ‘Add’ tadi. Masukkan code tersebut pada paparan Confirmation Code dan klik submit
7. Selesai, korang akan menerima satu emel yang menyatakan emel korang telah ditukar dan sila kembali ke lokasi sama di Contact Info untuk menukarkan Primary Email daripada emel Yahoo ke emel baru
8. Selesai urusan tersebut, korang boleh remove e-mel Yahoo. Maka selesailah urusan penukaran e-mel baru korang untuk aplikasi Facebook
Selepas itu, log out Facebook korang dan log in kembali menggunakan emel dan password yang sama seperti e-mel yang lama.
Macam mana nak tahu sama ada syarikat telekomunikasi tersebut mampu memberikan perkhidmatan talian yang terbaik untuk kamu? Lihat je pada setiap pakej tawaran yang diberikan.
Pakej yang REMAJA nak reviu pada hari ini adalah pakej yang ditawarkan oleh redONE.
Semua masalah tipikal pelajar seperti sukar melayari internet, media sosial, memuat turun video atau membuat panggilan dengan kadar rendah dapat diselesaikan sebab pelan redONE Postpaid mempunyai segala kemudahan untuk memenuhi keperluan harian kamu.
Tak percaya? Nah, kami senaraikan 8 sebab cool kenapa pelan data redONE adalah pilihan terbaik.
01
Komitmen bulanan serendah RM8 sebulan
Rebut faedah menjadi pengguna Postpaiddengan hanya RM8 sebulan. Murah kan? Ini pelan paling basic daripada redONE. Kalau rasa nak data banyak sikit, langgan pelan Amazing38. Dapat 8GB data 4G LTE dengan panggilan percuma ke semua rangkaian.
Nak lebih lagi? Langgan Amazing68 dan dapatkan 30GB data. Call pun FREE je ke telco lain.
Berbaloi tau!
.
02
Rangkaian liputan terluas
redONE mempunyai rangkaian liputan terluas di Malaysia dengan kelajuan 4G LTE. Kamu boleh bergerak bebas ke mana sahaja tanpa perlu risau tentang masalah coverage telefon pintar. Dalam hutan pun dapat line tau.
.
03
Senarai hitam diterima
Individu yang disenarai hitam atau mempunyai masalah dengan syarikat telekomunikasi lain boleh mendaftar sebagai pengguna redONE Postpaid. Tak perlu lagi gunakan talian prepaid. Masih dapat nombor baru dan langgan pelan yang terbaik!
.
04
Panggilan percuma tanpa had antara pengguna redONE
Bila langgan pelan redONE postpaid, kamu automatically dapat buat panggilan percuma kepada semua pengguna redONE Postpaid yang lain. Lagi best kalau keluarga dan kawan-kawan kamu juga menggunakan talian redONE Postpaid sebab boleh call je pada bila-bila masa, tak perlu risau bil telefon tinggi!
.
05
Value-Added Services (VAS) Yang Best!
Kadang-kadang tu sebagai pelanggan, kita perlukan booster untuk jadikan pelan kita lebih baik. redONE ada lima Value-Added Service (VAS) atau Perkhidmatan Tambahan yang kamu boleh add-on pada bila-bila masa.
Tambah redCALL untuk dapatkan panggilan tanpa had ke semua rangkaian. Lepas ni dah tak perlu risau caj tambahan sebab call FREE je ke telco lain. Hanya RM10 sebulan.
Tak boleh survive jika tiada media sosial? Jangan risau. Langgan redSOCIAL, hanya RM10 sebulan untuk dapat 10GB data 4G LTE. Boleh guna di platform Facebook, Instagram, WhatsApp dan WeChat.
Hidup sunyi tanpa muzik? Kasihan..add on lah redMUSIC. Hanya RM5 je sebulan. Murah gila! Nanti dapat data tanpa had untuk dengar lagu-lagu di saluran radio online.
Kalau kamu jenis kaki tengok wayang dan drama Korea boleh langgan redVIDEO! RM10 je untuk 10GB data 4G LTE khas untuk strim video di saluran-saluran terpilih seperti YouTube, Neflix, iFlix dan banyak lagi.
Yang masih old school dan suka hantar SMS tu bolehlah langgan redSMS. RM10 je pun sebulan untuk SMS tanpa had ke redONE Postpaid dan 100 SMS ke semua rangkaian lain
06
Satu kadar panggilan rata untuk semua!
Kalau kamu tak mahu langgan redCALL, jangan risau bil melambung sebab buat panggilan ke telco lain. Hanya 15 sen seminit je untuk buat panggilan ke rangkaian lain di Malaysia. Harga tak berubah-ubah sebab redONE tawarkan satu kadar rata dengan caj talian terendah untuk semua penggunanya.
.
07
Kadar IDD yang kompetitif
Panggilan dalam Malaysia murah je.
Kalau nak buat panggilan ke luar negara macam mana pula? Haa…Rindu nak borak dengan keluarga atau rakan-rakan yang tinggalkan kamu untuk pergi bercuti ke luar negara?Jangan risau. Kadar panggilan IDD redONE sangat berpatutan. Buat saja panggilan ke mana-mana negara luardengan harga yang kompetitif.
.
08
Dapat mengawal perbelanjaan
Dengan menggunakan pelan ini, kamu tahu apa yang kamu bayar dan tiada bil yang mengejutkan bakal diterima oleh pengguna redONE Postpaid. Kamu cuma perlu bayar apa yang kamu guna tanpa caj-caj tersembunyi.
Kini, kamu tidak perlu lagi pening kepala untuk memilih pelan data mana yang sesuai bagi keperluan harian. Paling penting, harga yang ditawarkan juga berbaloi-baloi dengan setiap perkhidmatan yang diberikan. Kalau nak langgan sekarang, boleh lawati Kedai Rakan Niaga redONE yang terdekat atau layari redONE.com.my!
*
Sebagai Rakan Telekomunikasi rasmi pencarian Dewi Remaja 2019, redONE berharap agar kesemua finalis mampu memajukan diri dengan menggunakan teknologi yang ada, termasuklah dengan memiliki rangkaian internet pantas dan berbaloi seperti redONE.
Maklumlah, zaman kini semuanya di hujung jari. Mereka perlu menyesuaikan diri dengan perubahan tersebut. Dengan memiliki pakej berbaloi daripada redONE, segala rutin harian finalis kini menjadi lebih mudah dan cepat!
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sepasang sudah anak Song Joong Ki pasangannya Katy Louise Saunders.Katy Louise Saunders selamat melahirkan cahaya mata kedua di sebuah pusat perubatan di Rom, Itali...