Selepas Singapura dan Thailand menjadi negara Asia Tenggara yang mempunyai cawangan Apple Store, khabarnya negara kita akhirnya akan menerima Apple Store seawal tahun 2022 nanti.
Menurut laporan daripada The Edge, besar kemungkinan ia akan dibuka di The Exchange, sebuah pusat membeli-belah yang terletak di tengah-tengah Tun Razak Exchange. Perbincangan antara pihak Apple dan The Exchange masih lagi dilakukan, namun keputusan muktamad belum lagi dibuat. Masih banyak perkara yang harus diteliti dan diperlukan sebelum Apple Store pertama dibuka di Malaysia.
The Exchange dilihat sebagai lokasi paling sesuai dengan perancangan Apple untuk menjalankan operasi yang benar-benar lestari dan mesra alam. Bangunan ini dibina untuk melepasi piawaian yang ditetapkan oleh Leadership in Energy and Environmental Design (LEED) dan Green Building Index (GBI) untuk memastikan ia benar-benar lestari.
Operasinya juga mensasarkan untuk sentiasa neutral karbon dengan segala sisa dikitar atau digunakan semula.
Setakat ini, tiga Apple Store yang ada di Asia Tenggara terletak di Orchard Road dan dua lagi di Thailand, Iconsiam dan Central World.
Pastinya pengikut setia Apple di Malaysia sudah tidak sabar dan teruja menantikan jawapan sama ada Apple Store benar-benar akan membuka cawangannya di negara kita atau tidak.
Sumber: amanz.my
Dengan Hanya Satu Klik, HUAWEI P40+ Mudahkan Kehidupan Harian Pengguna
Isi Kandungan
Toggle
Dengan kecanggihan teknologi yang ada sekarang, ia bukan sahaja membantu malah memudahkan individu untuk melalui kehidupan harian. Kehadiran telefon pintar yang multifungsi antara yang menjadi dambaan setiap remaja.
Kini, formula 1+8+N diperkenalkan HUAWEI agar mengadaptasikan hubungan antara peranti-peranti yang dihasilkan oleh firma pengeluar telefon pintar terkemuka ni.
Angka ‘1’ merujuk kepada telefon pintar itu sendiri manakala ‘8’ pula adalah peranti lain yang boleh disambungkan menerusi Huawei Share seperti laptop, tablet, smart watch, smart tv, fon telinga (Freebuds), speaker, internet router dan beberapa jenis kenderaan.
‘N’ pula merujuk kepada sambungan ke beberapa aplikasi pintar seperti mobile office, smart home, sports & fitness apps, audio-visual entertainment dan smart travel product.
Huawei P40 Pro+ series menekankan beberapa ciri menarik termasuklah HUAWEI SHARE yang menawarkan banyak manfaat kepada pengguna. Dengan hanya satu klik (One Tap Share), telefon pintar ini mampu berhubung dengan alat peranti lain.
Ciri ini juga turut diperkenalkan menerusi kempen Huawei 1+8+N dengan kelebihan-kelebihan seperti berikut:
01
HUAWEI Laptop
One Tap Share antara laptop dan telefon pintar boleh dilakukan dengan hanya klik pada label HUAWEI Share di komputer riba.
Telefon pintar HUAWEI dapat dihubungkan dengan komputer riba dan ia bukan hanya boleh berkongsi data internet, malah skrin di telefon pintar juga boleh dilihat melalui komputer riba tersebut.
Pengguna boleh menarik dan memindahkan file antara telefon pintar dan komputer riba melalui tetikus dan papan kekunci. Jika menggunakan HUAWEI Matebook X Pro, kamu boleh terus drag fail tersebut melalui paparan skrin sentuh dengan menggunakan jari.
02
Jika pengguna ingin menyambungkan telefon pintar ke Smart TV, korang hanya perlu hidupkan NFC pada telefon pintar dan klik HUAWEI Share pada pada alat kawalan jauh Smart TV. Kemudian, skrin telefon pintar dapat dipaparkan di Smart TV.
Berbeza dengan fungsi paparan skrin sebelum ini, operasi ini adalah jauh lebih mudah dan pantas, serta ia masih tidak terdapat di Malaysia.
03
HUAWEI Mate Pad Pro
Sama seperti komputer riba Huawei, Huawei MatePad Pro mempunyai fungsi kolaborasi pelbagai skrin. Telefon pintar boleh dikendalikan pada MatePad Pro yang boleh menarik dan memindahan gambar, video dan fail antara telefon pintar dan tablet, secara tidak langsung ia menjadikan kerja lebih efisien.
Untuk melakukan kolaborasi multiscreen, hidupkan fungsi NFC pada telefon pintar HUAWEI dan tap pada kekunci Shift untuk memaparkan skrin telefon pintar pada MatePad Pro.
04
HUAWEI Sound X
Huawei Sound X adalah speaker pintar pertama yang menyokong file Hi-Res yang dihasilkan oleh Huawei dan Devialet sebagai tambahan kepada fungsi asas speaker AI Huawei. Ia mempunyai teknologi ‘One Tap’, di mana pengguna dapat memainkan muzik di telefon pintar daripada HUAWEI Sound X dengan hanya satu klik pada sensing area di speaker.
Speaker ini juga mudah dikawal. Pengguna tidak perlu mengeluarkan telefon jika mahu mendengar muzik. Cukup sekadar tutup bahagian atas speaker dengan telapak tangan.
05
HUAWEI AX3 router
Terlupa kata laluan Wi-Fi? Dengan HUAWEI AX3 router, anda hanya perlu menyentuh telefon pintar pada sensor NFC di bahagian bawah penjuru kanan router HUAWEI untuk akses kepada rangkaian Wi-Fi secara terus menggunakan One Tap Network Connection.
06
Kereta
Tidak perlu lagi membawa kunci kereta, dengan telefon pintar HUAWEI, pengguna boleh memegang kawasan NFC telefon berhampiran pemegang pintu kereta dan terus membuka kunci kereta.
Untuk mengunci kereta pula, tutup pintu setelah keluar dan pegang kawasan NFC berhampiran pemegang pintu kereta. Perlu diingat, ini hanyalah untuk model kereta tertentu saja.
*
Selain daripada one tap connection antara “1” dan “8” ini juga, HUAWEI akan terus berusaha untuk menambahbaik ciri-ciri ini, misalnya One Tap Share antara Freebuds dan Sound X, Freebuds dan komputer riba, Freebuds dan Watch GT dan banyak lagi.
Nah, rasanya spesifikasi yang ditawarkan oleh HUAWEI ini sudah cukup berbaloi terutamanya bagi indvidu yang mempunyai jadual harian yang padat. Ciri-ciri ini sangat berguna sekiranya anda sedang melancong, bersukan, mahu pun bersantai di rumah bersama keluarga tersayang.
Untuk maklumat lanjut tentang 1+8+N dan kehebatan kesinambungannya menerusi HUAWEI Share, korang boleh melayari DI SINI.
Cara Yang Korang Boleh Buat Untuk Elak Profile Picture FB Dicuri Oleh Scammer
Ramai yang suka mengambil kesempatan dengan menyalahgunakan informasi diri kita untuk melakukan kerja-kerja yang tidak baik. Sudahnya, kita pula yang dipersalahkan atas kesalahan yang dilakukan oleh orang lain.
Orang zaman sekarang ni ada banyak akal untuk menipu demi kepentingan diri sendiri. Contohnya, menyamar sebagai ahli keluarga atau rakan dengan menggodam nombor telefon mereka dan ada juga yang menyamar menggunakan gambar kita.
Media sosial sering kali dijadikan platform untuk kita berkongsi gambar dan ini yang korang perlu berhati-hati kerana di luar sana ramai orang yang kita tidak tahu niat sebenar mereka. Mungkin di Facebook kita setkan kepada mode ‘private’, tetapi di Profile picture, mereka masih boleh menyimpan gambar korang untuk tujuan yang tidak baik.
Disebabkan oleh itu, seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Arisya Adam telah pun berkongsi cara-cara yang korang boleh buat untuk mengelakkan gambar digunakan oleh scammer.
Jom kita lihat tutorial mudah ini.
1. Install monakaitoolkit di playstore
Boleh rujuk video dibawah untuk on kan link guard
2. Klik kamera di profile picture
3. Klik turn on the profile picture guard
Paling penting, korang kena kurangkanlah gambar selfie, gambar keluar terutamanya gambar anak-anak. Apa lagi kalau gambar seksi di media sosial. Kalau di profile picture kitab oleh kawal, tapi di timeline? Kenalah kawal sendiri kan.
Ini adalah salah satu cara untuk melindungi gambar profile kita daripada dimuat turun atau screenshot. Tapi kalau korang rasa boleh di screenshot juga, letaklah watermark besar-besar pada gambar tersebut. hiks!
Apa-apa pun, ini adalah mengikut pilihan masing-masing. Jika memang korang tidak kisah berkongsi gambar di media sosial, terpulanglah.
Sumber: Arisya Adam
Ada Kelas Tersendiri! OPPO Reno 10 Pro+ Beri Pengalaman Kamera Serba Canggih, Maksimum Buat Pengguna
Oppo Malaysia telah mengumumkan ketibaan siri Reno terbaharu mereka ke pasaran tempatan.
Sebanyak tiga model diperkenal dalam keluaran Reno 10 kali ini iaitu Reno 10, Reno 10 Pro dan Reno 10 Pro+. Seperti namanya, Reno 10 adalah model terendah, diikuti Reno 10 Pro dan model terbaik adalah Reno 10 Pro+.
Dengan harga melebihi RM3,000, pastinya Reno 10 Pro+ adalah peranti kelas flagship.
ARTIKEL BERKAITAN : ‘Oppa’ Lee Zii Jia Bergaya Sebagai Duta Oppo Siri Reno7
Spesifikasi penuh Oppo Reno 10 Pro+
Untuk mencapai prestasi tinggi, Oppo menggunakan cip Snapdragon 8+ Gen 1 ke dalam Reno 10 Pro+. Ia digandingkan bersama RAM LPDDR5 sebanyak 12GB dan storan dalaman UFS3.1 seluas 256GB.
Skrin sebesar 6.74-inci jenis AMOLED melengkung 3D, dengan resolusi dipanggil 1.5K (2772×1240) bersama kadar penyegaran 120Hz. Skrin ini memiliki kecerahan mencecah 1,400nits dan dilapisi kaca Corning Gorilla Glass 5. Lubang kecil di dahi skrin memuatkan kamera utama 32MP F2.4 untuk berswafoto.
Perkara flagship seterusnya pada Reno 10 Pro+ adalah kameranya. Ia dilengkapi kamera utama 50MP F1.8 dengan sensor Sony IMX890 berkuasa tinggi. Seterusnya adalah kamera telefoto periskop 64MP F2.5 dengan keupayaan zum optikal 3x, sesuatu yang sangat sukar ditemui di telefon pintar flagship permulaan. Ketiga adalah kamera ultralebar 8MP F2.2.
Selain itu, Oppo hanya memuatkan bateri 4,700mAh di dalam Reno 10 Pro+ tetapi ia menyokong pengecasan sangat pantas, SuperVOOC 100W menerusi USB-C. Ia mampu mengecas dari 0-100% dalam masa 27 minit sahaja.
Sistem bunyi stereo dihasilkan menerusi dua pembesar suara di bawah dan atas telefon. Sistem operasi pula menggunakan ColorOS 13.1 berasaskan Android 13. Tetapi tidak pula dimaklumkan berapa panjang kemaskini OS akan diberikan.
Terdapat dua warna pilihan disediakan bagi Reno 10 Pro+ iaitu ungu dan kelabu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.