Perhatian kepada pengguna iPhone 11, Apple telah pun mengumumkan bahawa terdapat sejumlah kecil skrin paparan pada model telefon tersebut tidak beroperasi dengan baik disebabkan oleh masalah dengan model yang melibatkan paparan.
Menurut apple.com, iPhone 11 yang terlibat adalah yang dikeluarkan pada November 2019 hingga Mei 2020. Korang boleh menyemak sama ada memiliki iPhone 11 dengan skrin bermasalah itu di laman web mereka dengan hanya memasukkan nombor siri iPhone 11 korang. Program jaminan antarabangsa tidak tertakluk kepada liputan jaminan standard iPhone.
Namun begitu, tidak semua negara atau kawasan yang boleh menebus gantian skrin ini, tetapi Apple akan menggembalikan wang korang jika sudah membaiki atau menggantikan skrin sendiri, jika ia terlibat dalam isu kerosakan ini.
Program ini merangkumi peranti iPhone 11 yang terjejas dalam tempoh 2 tahun pengeluaran selepas penjualan unit pertama.
Okay guys, kalau korang penguna iPhone 11 ni bolehlah buat semakan di apple.com. Tapi, jangan pula skrin handphone korang dah memang cracked nak pergi tebus ganti pula. Memang tak dapatlah. Hiks!
Sumber: apple.com
***
Jangan lepaskan peluang untuk menghantarkan penyertaan secara online bagi pencarian Hero Remaja 2021 bermula 7 Disember sehingga 20 Disember 2020. KLIK DI SINI.
12 Kombinasi Shortcut Kibod Komputer Yang Mungkin Anda Tak Tahu
Ramai orang beranggapan bahawa butang ‘Win’ atau logo Window hanyalah digunakan untuk membuka ‘Start’ menu. Namun sebenarnya ia juga boleh digunakan sebagai ‘shortcut‘ untuk kamu melakukan beberapa jenis tugas berbeza.
Sebagai golongan remaja khususnya, kamu pasti sentiasa menggunakan komputer untuk melakukan assignment dan pelbagai tugasan yang diberikan oleh pensyarah. Mungkin ada sesetengah kombinasi shortcut yang telah kamu ketahui terutamanya Ctrl + Alt + Delete.
Tapi tahukah kamu bahawa terdapat banyak lagi kombinasi kibod yang boleh kamu gunakan untuk memastikan penggunaan yang lebih optimum. Percayalah, jika kamu expert menggunakan shortcut kibod, segala kerja atau tugasan akan menjadi lebih senang.
Remaja percaya kombinasi kibod yang kami kongsi pada kali ini boleh membantu kamu melancarkan kerja dan menjimatkan masa. Berikut adalah 12 jenis kombinasi kibod yang mudah dan berkesan!
1. ALT + Backspace
Siapa yang tidak pernah lakukan kesilapan dengan memadamkan teks tanpa sengaja? Kombinasi ini boleh memberikan opsyen ‘undo’ terhadap teks yang telah dipadamkan dan mengembalikannya. Jadi, kamu tak perlu menaipnya semula.
2. CTRL + ALT + TAB
Kombinasi ini memudahkan kamu untuk melihat semua windows yang dibuka dan membolehkan kamu melakukan navigasi dengan mudah.
3. ALT + F4
Ini pula kombinasi yang dicipta untuk menutup sesebuah window atau program.
4. F2
Membolehkan kamu untuk membuat ‘rename‘ mana-mana jenis file atau folder.
5. CTRL + SHIFT + T
Kombinasi ini pula akan membuka semula mana-mana tab yang telah ditutup sebelum itu.
6. Windows + L
Mahu log off dengan pantas? Gunakan sahaja kombinasi dua butang kibod ini!
7. CTRL + SHIFT + N
Ketika melakukan assignment pastinya kamu akan berdepan dengan situasi untuk mencipta folder baru. Usah gunakan mouse, tetapu guna sahaja kombinasi ‘CTRL + SHIFT + N’ untuk membuat folder baru. Manakala bila kamu menggunakan Google Chrome, ia merupakan shortcut untuk membuka private browser tab.
8. CTRL + T
Kombinasi ini untuk kamu buka tab baru semasa menggunakan mana-mana browser.
9. CTRL + SHIFT + ESC
Untuk membuka task manager, guna sahaja kombinasi ini.
10. CTRL + Esc
Dua kombinasi ini pula membolehkan kamu untuk terus ke Direct Start Menu.
11. Windows + TAB
Membolehkan kamu membuka atau melihat kesemua tab yang dibuka. Ia lebih baik berbanding ‘Alt + Tab’ kerana ia lebih cantik dari segi paparan.
12. ALT + TAB
Untuk bertukar antara browser windows.
Semoga perkongsian daripada Remaja kali inin dapat membantu kamu menggunakan komputer dengan lebih efisyen dan cekap! 😉
MySejahtera Perlu Didaftar, Ini Cara Yang Korang Perlu Buat Supaya Aplikasi Ini Selamat Digunakan
MySejahtera merupakan aplikasi yang dibangunkan oleh Kerajaan Malaysia untuk membantu dalam pengawasan penularan wabak COVID-19 di dalam negara dengan membolehkan pengguna melaksanakan penilaian kesihatan kendiri.
Pada masa yang sama, ia membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapat maklumat awal untuk mengambil tindakan yang cepat dan berkesan.
Baru-baru ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan sebanyak 700,000 pendaftaran aplikasi MySejahtera, susulan pengumuman kerajaan akan mengkreditkan sebanyak RM50 ke dalam akaun e-dompet individu yang memuat turun aplikasi tersebut.
Walau bagaimanapun, aplikasi My Sejahtera ini mempunyai beberapa proses pendaftaran supaya ia selamat digunakan selain bertujuan untuk mendapatkan kesahihan maklumat.
Proses pendaftaran aplikasi ini adalah seperti berikut:
Langkah 1: Muat turun dan pasang aplikasi MySejahtera daripada Galeri Aplikasi Mudah Alih Kerajaan Malaysia (GAMMA), Apple AppStore, Google Play Store atau Huawei AppGallery
Langkah 2: Tekan butang “Daftar Di Sini” untuk mendaftar pengguna baharu
Langkah 3: Masukkan nombor telefon bimbit dan klik “Daftar” atau klik pautan “Saya ingin menggunakan e-mel untuk mendaftar” (jika ingin mendaftar menggunakan e-mel)
Langkah 4: Korang akan menerima OTP melalui SMS daripada 63839 (jika mendaftar menggunakan nombor telefon) atau pautan pengesahan pendaftaran melalui e-mel (jika mendaftar menggunakan e-mel)
Langkah 5: Masukkan OTP yang diterima dan tekan “Hantar” (jika mendaftar menggunakan nombor telefon) atau klik pada pautan dalam emel (jika mendaftar menggunakan e-mel)
Langkah 6: Masukkan butiran pendaftaran seperti arahan di skrin dan tekan butang “Sahkan”
Langkah 7: Korang akan mendapat mesej “Pendaftaran Berjaya”. Klik pada link “Tutup” di bahagian bawah skrin untuk kembali ke laman Log Masuk
Langkah 8: Masukkan ID Pengguna (nombor telefon atau e-mel) dan kata laluan anda dan klik “Log Masuk”
Tahniah! Anda berjaya mendaftar sebagai pengguna.
Semua yang mendaftar akan berjaya mengaktifkan akaun dan korang boleh menggunakan aplikasi ini untuk melakukan pemeriksaan kendiri dari semasa ke semasa.
Sama-sama kita menangani gejala COVID-19 dan sentiasa mengamalkan penjarakan sosial bagi memastikan penularan tidak terus berlaku.
Sumber: MySejahtera
Telefon Bimbit & Papan Kekunci Komputer Perlu Dicuci, Ini Sebab Yang Korang Kena Tahu
Isi Kandungan
ToggleTangan merupakan antara organ manusia yang selalu digunakan untuk melakukan pelbagai perkara. Disebabkan itu, sejak kecil lagi kita sudah diajar untuk menjaga kebersihan tangan dan sentiasa mencuci tangan, lebih-lebih lagi sebelum makan.
Menurut Root of Science, kebersihan tangan amat dititikberatkan bagi mengelakkan jangkitan dan penyebaran mikroorganisme yang boleh membawa penyakit. Ramai diantara kita yang menganggap bahawa mikrob hanya berada di tempat pembuangan sampah, makmal penyelidikan, pada orang sakit dan juga hospital serta klinik.
Kita sering menganggap tangan kita bersih, namun tidak sedar bahawa mikroorganisme terdapat pada semua tempat, termasuklah udara, air, tanah, tumbuh-tumbuhan, haiwan dan manusia yang boleh disebarkan secara langsung melalui tangan atau pun secara tidak langsung seperti makanan, telefon bimbit, duit kertas dan syiling.
Terdapat kajian yang telah dilakukan oleh Universiti King Abdul Aziz, lebih daripada 90% telefon bimbit petugas kesihatan telah dicemari dengan mikroorganisme dan 14% daripada mikroorganisme tersebut adalah bakteria yang membawa penyakit merbahaya dan boleh menyebabkan jangkitan jangkitan nosokomial, sejenis jangkitan di hospital.
Kebanyakan bakteria yang dijumpai pada telefon bimbit mahupun papan kekunci komputer adalah seperti berikut:
1. Staphylococcus
2. Streptococcus
3. Enterococcus
4. Micrococcus
5. Bacillus
6. Bakteria Gam-negatif
Staphylococcus boleh menyebabkan jangkitan bakteria di dalam darah. Streptococcus pula boleh menyebabkan jangkitan pada tekak. Enterococcus biasanya dijumpai di dalam najis dan berkait rapat dengan jangkitan pada saluran kencing.
Tersebar melalui telefon bimbit
Penggunaan telefon bimbit menyebakan pendedahan terhadap anggota badan seperti muka, telinga, mulut dan tangan. Ia menjadi ‘pintu masuk’ untuk mikroorganisme dan menyebabkan jangkitan. Bagi individu yang mempunyai sistem pertahanan badan yang lemah, mikroorganisme yang dipindahkan dari telefon bimbit ke anggota badan akan menyebabkan jangkitan yang lebih teruk dan juga penyakit kronik.
Tidak membasuh tangan semasa menyediakan makanan selepas memegang telefon juga boleh menjadi salah satu punca. Malah, ibu bapa yang menggunakan telefon bimbit ketika memegang, menukar lampin atau ketika mendukung bayi mereka juga mempunyai risiko tersebut.
Pencemaran bakteria pada telefon berlaku melalui tangan, beg, poket, sisa makanan dan juga persekitaran. Korang mesti selalu bawa hanphone masuk ke tandas awam kan? Ha, berapa banyak bakteria yang boleh melekat pada telefon bimbit tersebut. Euw!
Papan kekunci komputer juga sama
Terdapat dua sebab utama yang menjadikan papan kekunci menjadi tempat pencemaran bakteria, seterusnya menyebabkan perpindahan patogen yang merbahaya secara tidak langsung kepada orang lain. Pertama, tidak menjaga kebersihan tangan.
Kedua, tidak membersihkan permukaan papan kekunci tersebut dengan pembasmi kuman (disinfectant). Tabiat makan beralaskan papan kekunci juga adalah faktor pencemaran bakteria di papan kekunci tersebut. Sisa-sisa makanan yang terjatuh di atas papan kekunci menggalakkan pertumbuhan berjuta-juta bakteria. Habuk pula boleh memerangkap kelembapan dan memudahkan pertumbuhan bakteria yang telah berada di papan kekunci tersebut untuk membiak.
Ha, selama ni mesti ramai yang makan depan komputer sambil buat kerja kan?
Bersihkan telefon bimbit dan papan kekunci
Pembersihan telefon bimbit dan papan kekunci komputer secara berkala dengan pembasmi kuman serta kerap membasuh tangan amatlah digalakkan bagi mengurangkan risiko penyebaran penyakit berjangkit.
Namun, kebanyakan pembasmi kuman yang berasaskan klorin, alkohol, phenol ataupun amonia boleh menyebabkan kerengsaan pada kulit dan merosakkan permukaan skrin telefon bimbit ataupun skrin papan kekunci tersebut. Jadi, korang boleh cuba gunakan tisu basah yang berasaskan phenol dengan pencuci bersifat alkali ataupun 70% isopropyl alcohol.
Selepas ini, diharap korang semua akan jadi lebih peka untuk sentiasa membersihkan telefon bimbit dan papan kekunci komputer. Selama ni mungkin kita nampak bersih saja, tapi sebenarnya ia boleh mengundang penyakit.
Sumber: Root of Science