Penyanyi, Ara Johari meluahkan rasa syukur apabila tidak pernah menerima mesej berbaur gangguan seksual atau sebarang gangguan pelik daripada golongan wanita di media sosial.
Ara atau nama sebenar Nurfarrah Izzatie Johari (27) berkata, dia masih trauma dengan insiden tahun lalu sewaktu tangannya tiba-tiba dicium oleh seorang lelaki selepas membuat persembahan di Nilai, Negeri Sembilan.
“Setakat ini, saya belum pernah terima lagi DM yang tidak senonoh daripada golongan wanita di media sosial sebab kebanyakan pengikut adalah lelaki,” katanya.
“Mereka (pengikut lelaki) itu bukan saja menghantar mesej tidak senonoh, tetapi saya juga ada terima gambar yang tidak elok sampaikan saya rasa stress”
Menurut pelantun lagu Paku ini, situasi menerima DM kurang senonoh daripada pengikut lelaki di media sosial merupakan hal yang kerap dihadapi oleh ramai artis wanita sepertinya.
Ads
“Sebenarnya, ramai saja artis wanita lain yang mungkin terkena macam apa saya pernah dapat ini, tapi saya sekarang sangat berhati-hati apabila membuat perkongsian di media sosial”
“Kalau nak kongsi sesuatu pun, saya akan elak beri maklumat terperinci seperti lokasi, masa dan sebagainya demi menjaga keselamatan diri,” tambahnya lagi.
Ads
Sekadar info, Ara Johari baru sahaja melancarkan single terbaru yang berjudul Menjaga Jodoh Orang Lain (MJOL), lagu hasil ciptaan komposer dari Indonesia, Ilham Baso yang bergenre balada. Lagu itu juga kebetulan dekat dengan pengalaman dirinya yang pernah mengalami patah hati dalam perhubungan dengan kekasih.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Agak-agak, kumpulan Blackpink dan penyanyi antarabangsa kelahiran Malaysia, Yuna pernah terfikir tak yang mereka akan sama-sama melancarkan album atau single pada hari sama?
Mungkin tidak, tetapi itulah yang bakal berlaku 5 April ini.
Masing-masing sudahpun mengeluarkan teaser kepada muzik video rasmi masing-masing semalam. Blackpink dengan lagu Kill This Love manakala Yuna dengan lagu Forevermore.
Jom kita lihat siapa yang lebih exciting.
Blackpink sudah melancarkan kempen #KillThisLove sejak Isnin minggu lalu dan peminat K-Pop (atau sesiapa saja yang mengenali Blackpink – which is like half of the world’s population) teruja menantikannya.
A post shared by BLΛƆKPIИK (@blackpinkofficial) on
Dengan konsep persis ejen perisik, teaser Blackpink menampilkan Lisa yang hanya berdiri dan berjalan di tempat yang sama. Jelas, ini bukanlah video muzik mereka. Takkanlah..
Bagaimanapun, kami yakin imej Blackpink di dalam video Kill This Love akan nampak sematang poster dan klip teaser ini.
Beralih kepada single Forevermore oleh Yuna, ia adalah single khusus buat pendengar di Malaysia memandangkan Yuna tampilkan tulisan berbahasa Melayu, Inggeris, Cina dan India dalam klip berdurasi 10 saat di bawah.
Buat masa ini, kita hanya tahu terdapat motorsikal, stesen minyak dan abang bikers di dalam video muzik Forevermore. But other than that, terpaksalah kita tunggu beberapa hari lagi.
***
Jadi persoalannya, teaser siapa yang REMAJA rasakan lebih menarik..?
Sorry K-Poppers, but Yuna takes this one.
Bukan apa, visual yang dihidangkan kepada pendengar dan peminat ternyata lebih bermisteri, menarik dan berjaya ‘memancing’ hati kami.
#KillThisLove juga bagus, cuma kita belum tahu apa yang ingin disampaikan oleh mereka kecuali imej ejen perisik. Apapun, kita nantikan 5 April ini untuk Blackpink dan Yuna. Support dua-dua okay!
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ya, kini korang mempunyai sebuah lagi rancangan realiti terbitan Astro yang menampilkan sesuatu yang unik untuk ditonton pada setiap minggu.
Battleground Malaysia: Road to Gold (#BTGMY) merupakan sebuah pertandingan sukan tarian street dance terbesar di Malaysia yang menampilkan penari-penari unggul tempatan. Sebagai sebuah inisiatif bersama Kementerian Belia dan Sukan dan diperkasakan oleh Rakan Muda, #BTGMY merupakan satu nafas baharu terhadap pertandingan yang mengangkat gaya hidup Rakan Ekspresi dan Rakan Muzik selari dengan kehendak remaja masa kini.
Bukan itu sahaja, KBS juga amat mementingkan aspek perpaduan dalam kalangan anak muda menerusi aktiviti gaya hidup aktif sebegini. Budaya tarian tidak mengenal kaum ataupun asal-usul kenegerian. Sebaliknya, budaya tarianlah yang memupuk semangat perpaduan bukan sahaja dalam kalangan peserta tetapi juga dalam kalangan mereka yang menonton di seluruh negara.
Biarpun setiap peserta #BTGMY mendambakan kejuaraan berpihak kepada pasukan mereka sendiri, sebagai pelapis budaya dan seni tarian di Malaysia; tentunya para peserta saling memahami minat mendalam dan pengorbanan yang dicurahkan oleh setiap seorang daripada mereka demi mengejar impian dalam bidang tarian.
Basically, para peserta #BTGMY akan disenarai pendek daripada ratusan belia dari seluruh Malaysia yang telahpun menghantarkan video tarian mereka tempoh hari. Bukan itu sahaja, peserta yang berjaya mengujakan para hakim ketika uji bakat on-ground di AEON Mall Shah Alam sekitar bulan Julai lalu juga ada yang terpilih tau!
#BTGMY kemudiannya akan memaparkan empat kapten tarian terkemuka yang ditugaskan memilih seramai sepuluh orang kru tarian ataupun peserta berdasarkan kebolehan menari mereka.
Kapten-kapten ini terdiri daripada pemenang pingat emas Sukan SEA acara Breaking; Lego Sam, wakil Malaysia ke Sukan SEA; Khenobu, ahli kumpulan muzik 3P (Three Production) Danny Lee dan juara Astro Battleground 2010 & 2011; Seven.
Mereka akan membentuk pasukan masing-masing dengan menguji kemahiran penari-penari dari pelbagai latar belakang untuk bertarung dengan gaya ‘street dance’ mereka dalam pelbagai cabaran yang diberikan. Hanya dalam kalangan yang terhandal akan kekal sehingga ke garisan akhir.
Menerusi sidang media yang dianjurkan itu, #BTGMY telahpun mengumumkan Sherry Alhadad, Dennis Yin dan Saint TFC sebagai hos utama rancangan sekaligus mengangkat tiga bahasa perantara sepanjang musim pertama ini berlangsung. Sementara itu, kemunculan pelakon dan pelawak popular Malaysia, Zizan Razak pula diberikan tugasan sebagai juri.
Menurut Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh yang hadir bagi melancarkan program, Breaking merupakan sukan terkini yang diperkenalkan di Sukan Olimpik Paris 2024 dan ia adalah salah satu bentuk sukan yang relevan dengan remaja sekarang.
“Dengan kerjasama Astro menerusi Battleground Malaysia: Road to Gold, kementerian amat komited untuk membantu para penari yang berbakat besar dengan memantapkan kemahiran mereka dalam bidang tarian serta mencungkil ramai lagi bakat yang boleh mewakili Malaysia di persada antarabangsa dalam sukan tarian termasuk di Sukan Olimpik kelak,” ulasnya.
Ternyata, KBS menerusi Hannah Yeoh ingin memberi peluang penyertaan agar anak muda dari seluruh negara dapat menyerlahkan lagi bakat ‘street dance’ terpendam mereka.
Haa siapa kata sukan, tarian dan hiburan tidak boleh digabungkan? Barulah kita semua sebagai penonton program #BTGMY pun bersemangat untuk memberikan sokongan tidak terhingga kepada bakal atlet Malaysia yang akan membawa harapan negara di Sukan Olimpik Paris 2024 selari dengan kempen Road To Goal.
Buat pengetahuan korang, acara grand finale #BTGMY bakal diadakan secara langsung pada 3 November 2023 di hadapan para juri antarabangsa.
Juara akan membawa pulang RM100,000 manakala naib juara akan menerima RM30,000. Selain itu, peserta-peserta daripada ahli kumpuran juara juga akan bersaing sesama sendiri untuk memenangi hadiah tambahan RM25,000.
*
Saksikan Battleground Malaysia: Road to Gold menerusi Astro RIA (saluran 104), Vinmeen (saluran 202) dan SHOWCASE (saluran 413) pada setiap hari Jumaat, jam 10 malam bermula 29 September. Ia juga ditayangkan di Astro AEC (Saluran 306) pada setiap Sabtu, jam 11 malam bermula 30 September.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
IHSAN FOTO: ASTRO
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ramai orang berpindah tempat kerja atas pelbagai alasan. Ada yang dapat gaji lebih mahal, ada yang bosan kerana terlalu fussy. Ada yang bergaduh dengan rakan sekerja. Ada sebab gaji tak pernah naik sejak dua tiga tahun ini dan pelbagai lagi alasan.
Di bawah ini disenaraikan 10 tip kerjaya yang ditulis oleh Norizan bin Sharif di facebooknya. Ternyata, generasi muda hari ini mudah terkeliru apa yang mereka kehendaki dalam kerjaya masing-masing.
Ini 10 tips kerjaya darinya:
Ramai impikan bekerja di syarikat besar dan ternama, kalau tempat kerja baru lebih kukuh dan terkenal, jangan berpaling lagi ya.
Pilih sama ada nak jadi generalist atau specialist. Nak jadi generalist, kerja dengan syarikat kecil. Semua benda kita buat. Nak jadi specialist, kerja dengan syarikat besar. Kita buat satu skop kecil saja.
Jangan rasa sedih kalau khidmat kita tak diperlukan lagi, ada banyak lagi peluang di tempat lain
Sama ada kita kerja tetap, sementara atau kontrak, anggaplah kita kontraktor. Kita diambil untuk buat satu-satu kerja. Sampai masa kita akan pergi. Usah sedih apabila pencen, ditukarkan atau diberhentikan.
Bila berpindah tempat kerja baru sekurang-kurangnya kita akan ada pengalaman lain. Jadii jangan lepaskan peluang ya.
Pastikan kita ada dua saluran pendapatan. Buat freelance dalam bidang yang tak ada kaitan dan tak ganggu kerja hakiki. Simpan kesemua pendapatan tambahan. Usah joli sangat sewaktu muda.
Bila dapat bonus tu jangan lupa simpan sebahagian ya. Ada kegunaan time kecemasan. Mana tahu syarikat baru, bonusnya lagi banyak dari sedia ada
Usah gunakan kenaikan gaji atau bonus untuk scale-up gaya hidup. Gunakan untuk bayar hutang, buat pelaburan atau simpanan. Tak perlu nak beli kereta baru apabila naik gaji. Hidup lebih tenang kalau tak ada hutang.
Jangan berbelanja lebih dari pendapatan ya bila gaji kecualilah korang memang dah ada simpanan banyak sekurangnya setahun
Bezakan antara kos sara hidup dan kos gaya hidup. Berbelanja di bawah kemampuan. Apa saja wang lebih dari kos saraan hidup, simpan untuk masa depan. Bukan untuk sara gaya hidup.
Pekerjaan bergantung kepada prestasi kita. Andai kita memang pekerja yang baik, memang ramailah majikan berebut
Usah ingat kita kerja tetap, kerja itu jadi milik kita sampai bila-bila. Kalau majikan nak buang kita, tak susah sangat pun. Ada 1001 cara. Bersedia untuk berhenti atau diberhentikan.
Gunakan gaji ikut formula 50:30:20. Begini. 50% gaji bersih untuk kos tetap seperti ansuran / sewa rumah dan kereta. 30% untuk kos tak tetap seperti makan di luar, beli pakaian atau melancong. 20% untuk simpanan atau pelaburan. Kalau tak dapat simpan 20% sebulan, cubalah 10%.
Jangan bimbang tentang rezeki tempat lain, adalah rezeki kita.
Sekiranya kita ditawarkan kerja baru, usah terima counter offer dari majikan sedia ada. Sebab kita minta kerja baru ialah tak suka tempat kerja sekarang. Atau nak cari padang baru.
Kalau counter offer setakat naik gaji atau jawatan, ia tak selesaikan masalah tak suka tempat kerja. Ia juga tak berikan padang baru. Kalau majikan tawarkan langit dan bulan untuk kita kekal, boleh difikirkan.
Kalau pun terima offer baik, jangan sesekali burukkkan majikan lama ya. Sebabnya kat situ dulu korang pernah cari rezekikan
Walau bagaimana hebat sekali pun, usah ingat kita tak boleh digantikan. Pekerja datang dan pergi. Apabila kita pergi, orang lain yang datang mungkin lebih baik dari kita. Beri sokongan kepada dia. Usah burukkan pengganti kita.
Tak kisahlah kerja apa, janji halalkan. Kalau korang memang berbakat, mana-mana majikan pun sudi ambil korang bekerja
Apabila nak berhenti kerja, berhentilah elok-elok. Zip mulut dan usah bercakap buruk tentang majikan. Kalau nak bercakap, bercakaplah yang elok. Apa saja yang buruk kita cakap, akan sampai balik kepada bekas majikan. Kita tak tahu, suatu hari nanti mungkin kita nak minta tolong bekas majikan. Atau, kembali bekerja di situ.
Sumber :- Norizan bin Sharif
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pelakon dan hos terkenal, Ain Edruce, yang bakal menimang cahaya mata kedua tidak lama lagi, memberitahu bahawa dia menyerahkan sepenuhnya tugas memilih nama bayi...