Satu demi satu perubahan berlaku di Arab Saudi, sejak negara Islam ini membuka negara tersebut kepada modenisasi budaya.
ARTIKEL BERKAITAN : Keputusan Arab Saudi Bina Taman Tema Dragon Ball Pertama Di Dunia Terima Respon Campur-Baur
Terbaru, buat mereka korang yang bakal mengerjakan ibadah haji atau umrah di Mekah, kini lebih senang untuk akses ke Gua Hira. Hal ini kerana gua ini terletak di kawasan tinggi, jalan curam dan kawasan yang terlalu sesak, ramai jemaah mengambil keputusan untuk tidak berkunjung ke lokasi bersejarah tersebut.
Arab Saudi Bina Projek Kereta Kabel Ke Gua Hira Pula, Dijangka Operasi Tahun Depan
Dijangka mula beroperasi pada tahun 2025, kerajaan Arab Saudi telah mengumumkan projek sistem kereta kabel ke Gua Hira untuk memudahkan jemaah mengunjungi gua ini dengan lebih senang.
Memetik Arabian Business, projek berkenaan bertujuan memudahkan dan meningkatkan akses ke Gua Hira di Jabal Nur. Untuk info, gunung setinggi 634 meter tersebut terletak kira-kira empat kilometer (km) dari Masjid al-Haram, Mekah.
Projek ini adalah sebahagian daripada rancangan pembangunan lebih luas oleh Arab Saudi termasuk pembukaan tiga muzium baharu di Jabal Omar, yang dijadualkan pada tahun sama dan penyiapan Daerah Budaya Hira yang dibuka tahun lalu (2023).
Arab Saudi Bina Projek Kereta Kabel Ke Gua Hira Pula, Dijangka Operasi Tahun Depan
Daerah budaya yang terletak berdekatan dengan Jabal Nur itu terdiri daripada keluasan lebih 67,000 meter persegi.
Projek kereta kabel ini bukanlah inisiatif pertama dilakukan bagi memperbaiki akses dan kemudahan perjalanan jemaah haji dan umrah di Arab Saudi.
Untuk info, Gua Hira yang terletak di sebuah puncak bukit dikenali sebagai Jabal Nur merupakan tempat yang menjadi saksi Rasulullah SAW dilantik sebagai Nabi dan Rasul. Di situ jugalah Nabi Muhammad SAW menerima wahyu pertama.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Sumber: Arabian Business