Jika menyebut tentang Tanah Arab, kita hanya terbayangkan Kaabah, Masjidilharam, Masjid Nabawi dan lain-lain tempat bersejarah lain selain tempat kelahiran Nabi Muhammad SAW.
Percaya tak kalau saya katakan bahawa Arab Saudi kini dalam era menuju ke arus modenisasi yang dilakukan oleh Arab Saudi untuk mengubah imej negara yang lebih dikenali sebagai pengeluar petroleum.
Putera Muhammad bin Salman baru-baru ini telah melancarkan Projek Rua Al Madinah yang akan membangunkan kawasan yang terletak di timur Masjid Nabawi.
30 Juta Jemaah Umrah
Di bawah projek ini Madinah akan mempunyai kapasiti mencukupi untuk menyambut 30 juta jemaah umrah setiap tahun.
Ads
Projek Rua Al Madinah akan mempunyai keluasan 1.5 juta meter persegi dengan ruang lantai bangunan yang dibina pula mencecah 4.9 juta kaki persegi. Sebanyak 47,000 bilik hotel baharu akan dibina dengan kapasiti 149,000 jemaah sehari. Projek mega yang turut akan mewujudkan 93,000 ruang pekerjaan.
Pembangunan Masa Depan Yang Moden Dan Mesra Alam
Ads
Selain mewujudkan kawasan bandar moden dalam Madinah, projek ini juga akan menjadi templat pembangunan masa depan yang moden tetapi juga mesra alam. Ia akan dibina dengan ruang pejalan kaki yang lebar supaya jemaah boleh berjalan dengan selesa ke Masjid Nabawi. Terdapat laluan khas untuk kenderaan dan pod pengangkutan awam swapandu.
Pengangkutan rel juga akan turut dibina dengan terdapat ruang parkir bawah tanah supaya kenderaan tidak dapat dilihat di tepi jalan. Sepanjang perjalanan akan terdapat kanopi yang melindungi jemaah daripada sinar matahari yang terik.
Ads
Masya-Allah!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bukan hanya golongan dewasa, malah kanak-kanak sekarang pun sudah memahami untuk menghargai perjuangan frontliners yang berhempas pulas membantu menangani wabak COVID-19 yang melanda dunia hari ini.
Baru berusia 9 tahun, Nur Afia Qistina Zamzuri sudah menjalankan tanggungjawab sebagai seorang rakyat Malaysia dengan menggunakan kemahirannya untuk menjahit pakaian peralatan perlindungan diri (PPE) untuk petugas frontliners di Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) Kuala Pilah.
Menurut Astro Awani, pelajar yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan (SK) Kepis, Kuala Pilah ini sudah mula belajar menjahit sejak berusia lima tahun dan menggunakan masa terluang ketika PKP ini untuk melaksanakan misi ini dengan bantuan ibu.
Ibunya sendiri berjumpa dengan kakitangan HTAN untuk bertanyakan jenis bantuan yang boleh diberikan kerana dia seorang tukang jahit. Pihak hospital mengalukan-alukan jika dia dapat menjahit PPE untuk disumbangkan.
Jelas ibunya lagi, Afia Qistina menawarkan diri untuk berbuat demikian selepas diberitahu tentang pasukan perubatan negara, termasuk di HTAN memerlukan PPE yang banyak dan bekalannya semakin berkurang.
Afia mengambil masa kira satu jam untuk menyiapkan sepasang PPE. Setakat ini, sebanyak 100 pasang PPE yang sudah dihantar untuk kegunaan petugas HTAN dan semuanya dijahit sendiri oleh Afia. Ibunya hanya membantu untuk kemaskan di bahagian leher sahaja.
Beruntungnya adik Afia, kecil-kecil lagi dah memberi sumbangan pada negara. Semoga kisah ini menjadi inspirasi buat kita semua untuk sama-sama menghargai pengorbanan yang telah dicurahkan buat semua barisan hadapan negara.
Jika pelajar lain menikmati alam persekolahan dengan seribu cerita, berlainan dengan ujian diberi Allah buat dua hambanya, Iskandar Izani dan Ainun Masturah keduanya berusia 16 tahun. Dalam tempoh dua hari, kedua remaja ini dijemput Illahi akibat kanser.
Iskandar pelajar cemerlang yang mendapat 7 A dalam PT3 tahun lalu merupakan pelajar tingkatan 4 di SMK Alor Akar dan tinggal di Asrama Semai Bakti Kuantan di bawah Felda disahkan meninggal pagi tadi akibat kanser otak yang didiagnos April lalu.
Manakala Ainun Masturah dari Balok Fajar, Kuantan pula didiagnos kanser tulang sejak 2016 menemui Illahi Jumaat lalu pada 12 Julai lalu, jam enam petang dan jenazahnya sudah selamat dikebumikan pada pagi Sabtu di kampung halamannya sekaligus meninggalkan segera derita yang dialami selama ini.
Dalam catatan perkongsian dari Persatuan Sokongan Anak-Anak Kanser, Wan Shahriza turut berkongsi momen sedih ini di atas pemergian pelajar bijak ini. Malah katanya lagi segala sumbangan orang ramai bagi membantu membeli mesin untuk arwah Ainun sudah dikembalikan oleh keluarganya untuk kegunaan mereka yang derita kanser.
Namun catatan rakan-rakan arwah Iskandar yang sudah pun menyiapkan hadiah untuk arwah agar cepat sembuh dan kembali sihat nyata tidak kesampaian apabila arwah Iskandar terlebih dahulu pergi buat selama-lamanya sekaligus mengundang kesedihan yang bukan sedikit buat rakan-rakannya.
Ternyata, kanser yang amat ditakuti ini sudah meragut sekian banyak nyawa dan semoga roh mereka yang sudah menemui sang pencipta diletakkan bersama di kalangan orang-orang beriman dan beramal soleh.
Bacalah juga catatan peribadi Wan Shahriza di fb PERSONA untuk tatapan kita bersama.
Inalillahiwainailahirojiun.
DaripadaNya kita datang, kepadaNya kita kembali.
Ainun Masturah, telah selamat pulang ke rahmatullah sekitar jam 6 petang tadi, tidak sampai dua jam setelah dibawa pulang dari hospital.
Malam semalam, dia sempat berbisik pada ibunya,
“Ainun minta maaf, ibu. Cakap dgn abah, Ainun minta maaf.. Ainun dah tak larat..”
Saya sendiri tadi, selepas diberitahu oleh ibu Ainun, Normala, yang mereka akan membawa Ainun pulang dari hospital, sempat terlelap di atas sofa depan kaca TV.
Dan bermimpikan Ainun.. Dalam.mimpi beberapa.minit itu, dia tidak memakaipun tiub oksigen seperti di hospital. Dia sedang duduk dan sedang mencari2 sesuatu di antara barang2 dari hospital yang berselerak di hadapannya.
“Eh, Ainun tak payah pakai tiub oksigen pun.”. Komen saya. Teringat yg Ainun sebelum ni akan tercungap2 tanpa bantuan oksigen.
“Aah tak payah. Cuma mesin oksigen kena standby jugak..”. Kata ibunya.
Sesungguhnya memang berhari2 kami cuba mencarikan mesin oksigen yg sesuai untuk Ainun kerana hospital tidak mengizinkan discaj tanpa mesin oksigen yg berfungsi baik. Hanya pagi tadi, ibunya memberitahu saya, yg Ainun sudah boleh menggunakan mesin oksigen yg kami beli tanpa menyebabkan bacaan oksigen menurun, seperti sebelum ini.
Itulah wajah Ainun yang terakhir yang saya lihat. Dalam.mimpi yg masih baharu. Seolah olah dia datang memohon permisi.
Sewaktu menziarahinya tadi, saya tidak membuka kain yg menutupi wajahnya. Takut saya tewas mengawal perasaan.
Al Fatihah Ainun Masturah. Semoga tenang dan damai selalu dalam istirahat yg abadi.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sepasang kekasih daripada United Kingdom dilaporkan menjadi pasangan gay Muslim pertama yang berkahwin sejak perkahwinan sama jantina diluluskan oleh Parlimen UK pada 2013.
Menurut portal Mashable, Jahed Choudhury, 24, dan Sean Rogan, 19, telah menjalin hubungan sejak tahun 2015 dan berkahwin dalam persalinan tradisional di Walsall, Midlands Barat 22 Jun lalu. Mereka berharap pasangan gay yang lain melihat perkahwinan ini sebagai satu jalan untuk bersama yang tersayang, selain menunjukkan kepada dunia tidak salah untuk menjadi gay walaupun beragama Islam.
“Saya berharap gay Muslim yang lain melihat perkahwinan ini dan sedar bahawa mereka tetap mendapat sokongan daripada individu gay yang lain,” jelas Rogan.
Choudhury turut memberitahu Express and Star yang dia berasa seperti ‘kambing hitam’ di kalangan keluarganya yang berketurunan Bangladesh beragama Islam. Dia juga sering dibuli di sekolah dan diharamkan untuk memasuki masjid oleh komunitinya.
“Saya tidak pernah suka kepada bola sepak, namun saya lebih gemar menonton rancangan fesyen di televisyen. Di sekolah pula, mereka sering meludah dan memanggil saya babi lalu menjerit ‘haram’ yang merupakan satu penghinaan dalam bahasa ibunda saya,”
“Perkahwinan ini menjadi bukti bahawa saya tidak peduli walau masyarakat dan keluarga tidak menerimanya kerana bagi mereka ia adalah sesuatu yang memalukan,”
“Saya ingin memberitahu kepada semua yang mungkin mengalami nasib yang sama, tidak mengapa kerana kami sudah buktikan kepada seluruh dunia bahawa anda boleh menjadi seorang gay walaupun bergelar Muslim,” jelasnya panjang lebar.
Thoughts?
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Baru-baru ini tular sebuah video iklan terbaru dari jenama fesyen Korea Selatan ‘Wacky Willy’ berjaya menarik perhatian pengguna media sosial kerana jalan penceritaan komedi...