Arab Saudi Turut Tamatkan SEMUA Sekatan COVID-19

Share

Satu demi satu negara di dunia ini mengambil keputusan umum mengamalkan hidup seperti normal dalam situasi epidemiologi.

Penulis pasti ramai yang merindui untuk menjejakkan kaki di tanah suci bagi menyempurnakan ibadah umrah atau haji.

Terbaharu, Arab Saudi telah mengumumkan bahawa kerajaan mereka bakal telah menamatkan semua sekatan COVID-19 di negara itu termasuk penjarakan sosial dan pemakaian pelitup muka di luar rumah, berkuat kuasa Sabtu lalu.

Menurut laporan Saudi Gazette, penjarakan sosial di dua masjid suci dan semua masjid dalam kerajaan negara itu turut ditamatkan. Walau bagaimanapun, jemaah masih perlu memakai pelitup muka.

Sementara itu, negara tersebut juga tidak lagi mewajibkan pelancong menjalani kuarantin wajib COVID-19 sebaik tiba di sana dan penumpang juga tidak perlu lagi menyediakan ujian PCR semasa ketibaan mereka.

Wah….bestnya!

Perlu Ambil Insuran Covid-19

Pun begitu, semua ketibaan di negara itu yang menggunakan semua jenis visa lawatan perlu mendapatkan insurans yang meliputi kos rawatan jangkitan COVID-19.

Menurut laporan, Kementerian Dalam Negeri juga turut menekankan kepentingan untuk terus melengkapkan perlaksanaan pelan kebangsaan untuk imunisasi termasuk mengambil dos penggalak dan menggunakan prosedur untuk mengesahkan status kesihatan dalam aplikasi “Tawakkalna” untuk menyertai sebarang acara, aktiviti, kemudahan, pesawat dan pengangkutan awam.

Walaupun begitu, langkah-langkah yang diambil ini tertakluk kepada penilaian berterusan oleh pihak berkuasa kesihatan yang berwibawa di negara itu.

Hmm…apa pendapat korang?

Sumber: Saudi Gazette

Published by
Nana