Alhamdulillah, tahniah Remaja ucapkan buat Ardell & Nadzmi!
Pelakon dan aktivis kemanusiaan, Ardell Aryana selamat melahirkan cahaya mata keduanya pada jam 12.58 pagi tadi, di sebuah pusat perubatan di Selangor.
Berita gembira itu dikongsikan suami tercinta Ardell yang juga pelakon, Nadzmi Adhwa menerusi sebuah hantaran di entri Instagram miliknya, sebentar tadi.
Di ruangan kapsyen, Nadzmi menitipkan kesyukuran dan sempat memaklumkan isteri dan bayinya dalam keadaan selamat dan baik-baik sahaja.
“Assalamualaikum semua, #bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillah… isteri saya telah selamat melahirkan anak kedua kami secara normal pada hari ini, 25 Julai 2023, jam 12.58 awal pagi tadi…
“Terima kasih doa yang baik-baik dari semua, syukur Alhamdulillah kedua-dua ibu dan anak selamat,” katanya.
Ads
Menjengah di ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan artis turut menzahirkan rasa teruja selain mendoakan agar bayi itu diberikan kesihatan yang baik dan menjadi seorang anak yang soleh.
Sekadar informasi, pasangan merpati dua sejoli itu selamat mendirikan rumah tangga pada tanggal 1 September 2019.
Ads
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang puteri sulung, Arwa Malaikha yang dilahirkan pada 5 Jun 2020.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Filem Thanksgiving arahan Eli Roth membawa kisah menakutkan dan mendebarkan yang menyentuh sisi gelap musim perayaan tersebut.
Mengambil inspirasi dari karakter Roth dalam Grindhouse, filem ini membawa tema Thanksgiving to another level yang menakutkan, menggabungkan elemen seram dan slasher dengan sentuhan komentari sosial.
Berkisarkan tragedi berdarah yang terjadi ketika jualan Black Friday pada tahun sebelumnya, kehadiran kuasa misteri yang ingin membalas dendam yang dikenali sebagai “John Carver,” turut memberikan pengalaman yang menegangkan dan mendebarkan kepada para penonton.
Memang scary habis lah min tengok!
Barisan pelakon yang dipimpin oleh Patrick Dempsey dan Addison Rae turut berjaya memberikan persembahan yang meyakinkan, menavigasi plot yang penuh tekanan dengan keseimbangan emosi ketakutan.
Selain itu, sinematografi filem tersebut berkesan menangkap atmosfera yang seram, memanfaatkan sepenuhnya pengaturan perayaan itu.
Kalau korang perasan juga, gaya khas Eli Roth jelas terlihat dalam adegan-adegan yang intense dan grafik, memenuhi citarasa peminat genre seram.
Meskipun “Thanksgiving” bukan untuk mereka yang lemah semangat, peminat karya terdahulu Eli Roth dan penggemar genre slasher akan mendapati banyak yang boleh dihargai.
Jadi apa anda tunggu lagi? Saksikannya di pawagam berdekatan 30 November ini.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pandemik COVID-19 telah mengakibatkan ekonomi pelbagai jenis sektor merudum dalam tempoh setahun ini.
Salah satu sektor paling terjejas akibat keadaan ini adalah sektor perfileman apabila kebanyakan filem yang dijadualkan menemui pawagam pada tahun lalu terpaksa menundakan tayangan mereka ke tahun 2021.
Bukan hanya pihak produksi yang berdepan tekanan ini, tempiasnya turut dirasai oleh industri pawagam di Malaysia apabila pada satu ketika, pawagam di seluruh negara terpaksa mengambil keputusan untuk menutup kesemua cawangan di seluruh negara berikutan kunjungan merosot.
Terbaru, pihak Golden Screen Cinemas (GSC) mengumumkan penutupan dua buah cawangan mereka yang telah beroperasi lebih dari 15 tahun. Penutupan itu melibatkan cawangan GSC Cheras Leisure Mall dan GDC Berjaya Times Square.
Percaya tak, masing-masing telah beroperasi sejak tahun 1995 dan 2005!
Menurut GSC, penutupan ini adalah kesan daripada arahan diperketatkan oleh pihak kerajaan bagi membendung penularan wabak Covid-19.
“Dengan ini, kami secara ikhlas ingin mengucapkan terima kasih kepada kesemua pengunjung yang telah menyokong GSC Cheras Leisure Mall dan GSC Berjaya Times Square. Ikuti perkembangan pembukaan semula pawagam di Lembang Klang menerusi media sosial kami. Kami tidak sabar untuk menerima semula kunjungan anda ke pawagam kami dalam masa terdekat,” catat mereka.
Muat naik tersebut disusuli oleh pelbagai komen warganet yang mengimbas semula memori mereka di GSC Times Square dan GSC Cheras Leisure Mall
.
.
Tengok Wayang Setiap Hari Rabu
.
Mesti Kunjung Semasa Tahun Baru Cina
.
Pernah Tonton Pacific Rim Secara Percuma
.
Selalu Lepak Seorang Diri
.
Tempat Dating & Lepak Dengan ‘Member’
*
Thank you for the memories! Harapnya tiadalah lagi pawagam epik seperti kedua-dua lokasi ini yang akan ditutup selepas ini.
Untuk pengetahuan pada pertengahan bulan Disember 2020, GSC telahpun membuka semula sembilan cawangan pawagam mereka setelah kelonggaran diberikan oleh pihak kerajaan kepada pergerakan rakyat.
Sepanjang hujung minggu lepas, masyarakat Kadazan-Dusun telahpun meraikan Pesta Kaamatan di seluruh negara.
Juga dikenali sebagai Tadau Kaamatan, perayaan kali ini bagaimanapun lebih sederhana dan tidak diraikan seperti kebiasaan memandangkan negara masih dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Namun apa yang penting adalah semangat meraikannya.
Bercakap mengenai Pesta Kaamatan, penulis pantas teringat dengan salah seorang finalis Dewi Remaja 2019 yang juga berasal dari Sabah iaitu Sharlina Gilbert Mojinun.
Pada tahun-tahun sudah, Sharlin akan kembali semula ke kampungnya di Panampang Sabah untuk bersama-sama dengan ahli keluarganya pada waktu ini. Namun seperti anak Sabah lain yang menetap di Kuala Lumpur, Sharlin juga perlu akur dengan keadaan semasa.
*
Menurutnya, antara momen manis semasa menyambut Pesta Kaamatan adalah pengalaman Sharlin menyertai pertandingan ratu cantik bernama Unduk Ngadau.
“Di Sabah, ramai kanak-kanak dan remaja perempuan yang akan menyertai Unduk Ngadau apabila tiba saja perayaan Pesta Kaamatan.
Kali pertama saya menyertainya adalah semasa di darjah dua. Dan kali kedua adalah setelah saya bekerja di Kuala Lumpur beberapa tahun lalu.
“Mereka menganjurkannya di sini dan saya memenanginya! Lalu, saya mewakili Lembah Klang untuk bertanding di Panampang pada peringkat daerah. Tak sangka pula saya menempah tempat keenam pada waktu itu,” jelas Sharlin yang berpakaian tradisional lengkap Sinuangga dengan stail ‘rambut gong’.
Penulis tertanya-tanya juga apakah makna di sebalik pertandingan ratu cantik ini?
Menurut Sharlin, Unduk Ngadau berasal daripada perkataan ‘runduk tadau’ yang bermaksud ‘gadis yang dimahkotakan dengan cahaya matahari’.
Ia bagi memperingati seorang gadis bernama Huminodun yang mempunyai hati baik dan selalu menolong orang lain. Selepas Sabah diuji dengan musim kemarau, Huminodun menawarkan diri untuk dikorbankan. Menurut cerita lagenda, gadis tersebut dipotong kepada beberapa bahagian badan dan ditaburkan ke tanaman di sana seperti padi dan pohon buah-buahan agar ia kembali subur.
Selepas tujuh hari, gadis bernama Unduk Ngadau muncul dan dipercayai merupakan jelmaan semangat Huminodun yang dikorbankan tadi.
Bercakap mengenai tradisi lain sewaktu Pesta Kaamatan, masyarakat Sabah akan menyediakan beberapa makanan tradisi seperti Hinava Pampanga (sejenis hidangan ikan), Gutod (ulat sagu) dan buah Bambangan (jeruk mangga).
“Walaupun saya tidak dapat pulang ke Sabah pada tahun ini, tapi saya tahu keluarga dan rakan di sana masih meraikannya seadanya dengan jamuan makan malam bersama keluarga. Saya rindukan untuk menari Sumazau dan Magunatip (tarian buluh).
“Tak apalah, selepas PKPB nanti tentunya saya akan pulang ke Sabah untuk bertemu keluarga di sana,” katanya sebelum memberi ucapan di bawah:
Kopivosian, Izou ii Sharlina Gilbert mantad Kota Kinabalu, Penampang, maganu do kosivatan diti do mamason Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan Toun 2020 kumaa diozu saviai tuhun!
(Hello, nama saya Sharlina Gilbert berasal Kota Kinabalu, Penampang, ingin mangambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kaamatan kepada semua!)
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bermula sebagai pelakon cilik yang menghiasi layar televisyen, bakat Sweet Qismina sebagai pelakon memang tak boleh disangkal lagi.Terbaru, Sweet Qismina berkongsi dirinya berjaya menurunkan...