Argentina Pula Batalkan Friendly Match Dengan Israel Sebagai Tanda Kecaman

Share

 

Selepas Israel semakin mengganas terhadap rakyat Palestin baru-baru ini, pasukan bola sepak Argentina menjadi ‘tetamu’ terbaru mereka yang membatalkan hasrat untuk berkunjung ke sana.

 

Sebelum ini, sudah beberapa kunjungan dibatalkan atas alasan tidak menyokong penindasan yang dilakukan oleh kerajaan dan tentera Israel terhadap Palestin. Antara termasuklah penyanyi Lorde, Perdana Menteri Perancis Edourard Phillipe, penyanyi Shakira dan kini, pasukan bola sepak Argentina.

Menurut laporan Persatuan Bola Sepak Palestin, Argentina yang dibintagi oleh pemain hebat seperti kapten, Lionel Messi telah membatalkan perlawanan persahabatan mereka menentang Israel di Jurusalem.

Kedua-dua pasukan dijadualkan untuk bertemu pada hari Sabtu lepas di Stadium Teddy Kollek, Israel sebelum pasukan bimbingan Jorge Sampaoli itu bergerak ke Rusia bagi menghadapi kempen Piala Dunia 2018.

 

 

Laporan berkata, “Presiden Persatuan iaitu Gabriel Rajoub mengesahkan bahawa Federasi Bola Sepak Argentina telah membatalkan kunjungan ke Jurusalem, hasil rundingan yang dilakukan oleh ahli berkuasa di Palestin (PFA) dengan bantuan persatuan domestik dan antarabangsa.

“Sekaligus, ia menyampaikan nilai murni, etika dan mesej yang ada pada bidang sukan, iaitu tiada keganasan dan penindasan ke atas mereka yang terlibat sama.”

Akhir Mei lalu, Palestin menuduh Israel cuba untuk mempolitikkan sukan dengan menganjurkan perlawanan persahabatan ini di atas tanah perkampungan rakyat Palestin yang dicerobohi serta diruntuhkan pada tahun 1948. Israel juga dikatakan cuba menyebarkan propaganda kepada peminat sukan Argentina mengenai “Jurusalem Bersatu” untuk masyarakat Yahudi di sana.

 

Barisan kesebelasan bola sepak Argentina.

 

Buat masa ini, pasukan bola sepak Argentina dan Israel belum lagi mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung hal ini.

Argentina diundi ke dalam kumpulan D bersama Iceland, Croatia dan Nigeria dan cuba untuk memenangi Piala Dunia FIFA buat kali ketiga sejak penganjurannya.

Published by
FZ