8 bulan kebelakangan ini, penyanyi Ariana Grande telah melalui banyak perkara.

 

Kisah percintaan, kisah putus tunang, kematian bekas kekasih, insiden pengeboman Manchester, respon negatif terhadap album Sweetener dan mengeluarkan album comeback menerusi ‘Thank You, Next’.

She has been through it!

Tak hairanlah apabila Ariana yang baru memenangi anugerah Grammy pertamanya menerusi kategori Vokal Album Pop Terbaik mengambil keputusan untuk ‘berehat sebentar’.

Di saat populariti mencanak selepas album ‘Thank You, Next’ dilambung pujian oleh para  peminat, Ariana merasakan dirinya terlalu penat dengan aktiviti back-to-back dan penat secara fizikal serta mental.

Ariana Grande Akan Berehat Seketika Kerana ‘Penat’, Lihat 5 Alasan Penyanyi Yang Pernah Laluinya

Kesibukan dalam dunia muzik dan kehidupan peribadi (yang mendapat tumpuan tabloid) mendesak Ariana untuk slow down seketika.

Pengumuman tersebut dilakukannya ketika menjadi tetamu jemputan di rancangan The Late Late Show with James Corden, semalam. “Jujurnya, saya teruja apabila kamu menjemput saya pada malam ini, kerana selalunya saya tidak lakukan perkara selain muzik,” katanya.

Ads

Ariana Grande Akan Berehat Seketika Kerana ‘Penat’, Lihat 5 Alasan Penyanyi Yang Pernah Laluinya

Poor girl, tak apalah biarkan dia berehat seketika.

Ariana Grande bukanlah penyanyi pertama yang pernah membuat keputusan untuk ‘berehat seketika’. Lihat 5 lagi penyanyi dan alasan mereka untuk berbuat sedemikian.

 

 

Kesha

Ariana Grande Akan Berehat Seketika Kerana ‘Penat’, Lihat 5 Alasan Penyanyi Yang Pernah Laluinya

Ads

Penyanyi kontroversi ini menghabiskan tempoh 5 tahun memasuki pusat rehab dan menentang produser muzik Dr. Dre di mahkamah atas dakwaan gangguan seksual. Kesha lakukan comeback menerusi single ‘Praying’ pada Julai 2017.

 

Selena Gomez

Ariana Grande Akan Berehat Seketika Kerana ‘Penat’, Lihat 5 Alasan Penyanyi Yang Pernah Laluinya

Penyanyi Wolves ini menjauhkan diri daripada media sosial dan karier nyanyian kerana perlu mendapat rawatan untuk serangan panik, depresi dan rawatan sakit lupus pada tahun 2016. Selepas 3 bulan, dia kembali di pentas American Music Awards.

 

Ed Sheeran

Ariana Grande Akan Berehat Seketika Kerana ‘Penat’, Lihat 5 Alasan Penyanyi Yang Pernah Laluinya

Ads

Setahun ‘menghilang diri’, barulah Ed kembali dengan single Shape of You dan Castle on the Hill pada Januari 2017. Sepanjang tempoh setahun itu, Ed “membuang iPhone-nya, jauhkan diri daripada internet dan mendapatkan telefon Nokia 3310.”

 

Adele

Ariana Grande Akan Berehat Seketika Kerana ‘Penat’, Lihat 5 Alasan Penyanyi Yang Pernah Laluinya

Tamat saja mengeluarkan album penuh, menggondol anugerah dan menjelajah untuk konsert, Adele pasti akan berehat untuk tempoh 3-4 tahun. “Jika saya sambung bekerja, hubungan peribadi saya akan gagal.” Selepas tamat tour pada tahun 2016, Adele sekali lagi mengumumkan akan berehat untuk 5 tahun demi menghabiskan masa bersama anak lelakinya, Angelo.

 

Beyonce

Ariana Grande Akan Berehat Seketika Kerana ‘Penat’, Lihat 5 Alasan Penyanyi Yang Pernah Laluinya

Pada tahun 2010, Queen Bee mengelilingi dunia sepanjang tempoh 9 bulan dan menjalani kehidupan normal. “Saya lakukan rutin biasa seperti bermain dengan anak buah, melawat muzium, pergi ke konsert, habiskan masa dengan suami (Jay-Z).

BACA: Empat Hint BFF Korang Sedang Saling Bercinta, Amboi Noah Centineo!

 

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI