Interesting..
Perancangan mengeluarkan album keenam Ariana Grande pada 30 Oktober ini begitu cantik diatur.
Selepas seluruh rakyat Amerika Syarikat semalam menonton sesi perbahahasan presiden terakhir sebelum Pilihan Raya Umum mereka dijalankan tak lama lagi, pada hari ini penyanyi pop Ariana Grande juga melancarkan video muzik untuk single terbarunya, Positions.
Menariknya menerusi video muzik ini, Ariana membayangkan dirinya sebagai presiden wanita pertama Amerika Syarikat.
Sepanjang video berdurasi 2 minit 57 saat itu (BTW Ariana that is way TOO short!), Ariana mempamerkan gaya 60-an yang mengingatkan penulis kepada stail Jackie O Kennedy – ikon fesyen pada era tersebut.
Ini merupakan 6 stail kegemaran kami.
Gaya pertama menampakkan Ariana tanpa stail rambut tocangnya – and what a transformation it is! Ariana menyarungkan gaun hitam putih dengan aksesori topi, sarung tangan dan subang juga dalam warna monoton.
Ariana juga membawa kembali solekan cat-eye signature-nya dengan gaya ini.
Seriously, gaya Ariana di dapur White House ini mengingatkan penulis kepada karakter Wilhelmina Slater lakonan Vanessa Williams dalam siri popular, Ugly Betty.
Walaupun sedang menyediakan juadah, Ari masih kelihatan chic dengan gaun pendek ala korset dan apron.
Stail baju peplum memang sinonim dengan konsep retro. Simple but it works.
Video muzik Positions banyak menunjukkan babak sidang media dan sekali lagi, Ariana perlu berhadapan dengan media sebagai Presiden Amerika Syarikat. Topi putih daripada gaya pertama tadi kembali dipakai.
Namun kali ini Ariana memakai gaun midi dengan aksesori rantai mutiara. Uhh love!
Ini adalahh satu-satunya pakaian berwarna yang dipakai Ariana. Dalam babak ini, dia perlu memberikan medal kepada pekerja USPS dan memilih padanan jaket dan skirt kuning dengan but hitam.
Di akhir video ini, Ariana dilihat sedang bersiar-siar di luar bangunan White House pada musim sejuk. Dia tidak menjadikan cuaca sebagai alasan untuk tidak bergaya apabila kembali dengan gaya hitam putih. Ariana menyarungkan kot bercorak houndstooth yang kena dengan konsep retro berserta topi hitam.
*
Jadi mana satu adalah stail kegemaran korang?
Cer tonton video muzik Positions terlebih dahulu di bawah.