Ariz Ramli Ikut Jejak Langkah Ebit Lew Ke Palestin

Share

 

Tanpa angin, tanpa ribut – rapper dan usahawan Caprice atau nama sebenarnya, Ariz Ramli telah ‘terbang’ ke Palestin malam tadi bagi mengikuti misi kemanusiaan di Gaza.

Terdahulu, penceramah bebas terkenal, Ebit lew dan rombongannya telah ke Kaherah, Mesir bagi menyalurkan bantuan kemanusiaan kepada masyarakat di Palestin. Hanya beberapa hari lalu, beliau mendapat kebenaran memasuki Gaza setelah serangan Zionis Israel di sana berkurangan kebelakangan ini.

Kini, tiba giliran Caprice memasuki kawasan Kaherah-Gaza setelah jejaka berusia 32 tahun ini mendapat kebenaran di saat akhir untuk menyertai misi di sana. Menerusi satu hantaran di Instagaram, Caprice dilihat berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan dihantarkan ke balai perlepasan oleh pasukannya.

Dengan berpakaian sut formal lengkap dengan tali leher dan mafla Palestin, Caprice memohon agar orang ramai dapat mendoakan keselamatannya di sana dan agar urusan dia bersama pegawai bantuan kemanusiaan bakal dipermudahkan serta dilindungi olehNya.

“Tolong doa untuk saya Malaysia. Last minute, Caprice dapat kebenaran. Cuma kena terbang seorang diri malam ini (semalam). Maafkan segala kesilapan dan halalkan makan minum saya.

“InsyaAllah, saya akan buat anda semua berbangga. Demi ummah, rakyat dan negara,” catat Caprice. Pada asalnya, Caprice merancang untuk bertolak ke Gaza pada awal Jun. Bagaimanapun, perancangan itu terpaksa ditunda memandangkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 baru saja dimulakan.

Hingga kini, hantaran video itu telah ditonton hampir 900,000 kali dan menerima sokongan daripada personaliti tempatan seperti Farah Lee, Jabir Meftah, Wani Kayrie dan Haneesya Hanee.

Biarpun perlu menunggu kira-kira tiga minggu sebelum dibenarkan ke sana, Caprice tetap meneruskan kempen kesedaran mengenai ketidakadilan yang berlaku di Palestin menerusi platfom media sosialnya.

Pada bulan lalu, Caprice dilihat berdebat dengan seorang wanita yang juga merupakan tentera Israel Defence Forces (IDF) sehingga ia menjadi tular di media sosial.

Perdebatan itu berlaku berikutan kekejaman tentera Zionis terhadap rakyat Palestin yang tidak bersalah setelah peristiwa pengeboman dan pembunuhan rakyat di sana termasuklah kanak-kanak berlaku beberapa hari sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri.

ARTIKEL BERKAITAN : Ikut Jejak Mizz Nina Dan Neelofa, Terkini Caprice Bakal Lancar Aplikasi Islamik JustSolat.com – REMAJA

Published by
FZ