Pada 26 Mei lalu, McDonald’s Malaysia telah melancarkan menu istimewa kolaborasi bersama penyanyi k-pop popular dunia, BTS dengan hidangan The BTS Meal. Menu tersebut disertakan dengan 10 ketul chicken McNuggets, kentang goreng bersaiz sederhana, minuman Coca Cola bersaiz sederhana berserta sos sweet chili dan sos cajun.
BACA:
Sejam ‘Bertarung’ Di McDelivery, Sesak Di Pandu-Lalu Demi BTS MealKebanyakan daripada peminat BTS membeli The BTS Meal ini kerana ingin memiliki set bungkusan istimewa yang tertera logo BTS dengan tema warna ungu. Namun, bagi kelab peminat kumpulan k-pop ini, Army mengambil peluang untuk menghadiahkan set hidangan istimewa tersebut kepada barisan petugas hadapan di PPUM.
Sebanyak 99 set The BTS Meal diberikan kepada frontliners PPUM dan 25 set lagi kepada petugas di Wad Kanak-Kanak HUSM, Kota Bharu untuk pembahagian batch pertama.
Bagi batch kedua pula, mereka menyerahkan 150 set The BTS Meal kepada ‘superhero’ di MAEPS, Serdang. Dan seterusnya untuk batch ketiga khabarnya akan diagihkan kepada Wad Kanak-Kanak Hospital Cheras.
Pembelian ini dibuat secara kutipan daripada ahli-ahli Army yang ikhlas menyalurkan sumbangan bagi setiap pembelian BTS Meal untuk petugas barisan hadapan.
Walaupun sumbangan ini mungkin nampak kecil di mata orang lain, namun inisiatif yang dilakukan mereka wajar diberikan pujian dan menjadi contoh untuk sentiasa berbuat baik kepada masyarakat.
Semoga lebih ramai lagi anak muda dapat memberikan sumbangan bukan hanya daripada segi wang ringgit, namun berikan semangat buat frontliners untuk terus berjuang merawat pesakit COVID-19.
Sumber: (1)