Siapa sangka, dari seorang atlet, kini mula ‘bertatih’ memasuki bidang industri hiburan tanah air. Apabila sudah terbiasa dengan gelanggang perlawanan, selepas itu, kini masuk pula ke set pengambaran, ia sekaligus kehidupan bagaikan bertukar 360 darjah.

Sedar bukan mudah untuk menjadi seorang pelakon terutama dalam menjayakan sesebuah watak, bakat baharu yang juga atlet Taekwondo, Arnie Shasha berkongsi agak sukar bagi menjayakan karakter seorang wanita ‘ganas’ menerusi sebuah filem terbaharu, Harum Malam arahan Dain Said.

ARTIKEL BERKAITAN: Wajah ‘Maskulin’ & Impak Watak Kahar, Amir Ahnaf Kini Semakin Digilai Ramai

Dari Gelanggang Ke Layar Perak, Atlet Taekwondo Arnie Shasha Tak ‘Kekok’ Berlakon

Arnie bagaimanapun memaklumkan dirinya bersyukur dengan lakonan sulungnya sebagai Ah Boy itu mendapat reaksi positif daripada para pelakon senior pada sesi tayangan perdana filem berkenaan.

“Saya tidak nafikan bukan mudah menjayakan filem ini kerana saya ‘introvert‘ terutama apabila diminta melakukan adegan yang agak ganas seperti kena rasuk.

“Ketika penggambaran ada sedikit perasaan tidak selesa sebab baju saya basah dengan darah dan saya kena telan darah, katanya yang berlatih sebulan sebagai persediaan menghayati karakter.

Ads

Dari Gelanggang Ke Layar Perak, Atlet Taekwondo Arnie Shasha Tak ‘Kekok’ Berlakon

“Sasha mengaku mengambil masa untuk selesa dengan persekitaran di set penggambaran dan pelakon ‘senior’. Mujur dapat sokongan pengarah dan pelakon lain. Dain banyak membimbing saya”, katanya kepada Remaja.

Anak perempuan kepada pengasas, D’Ayu Pictures Sdn Bhd, Datuk Rosmarayu Mokhtar itu turut memberitahu bahawa dirinya perlu juga menghadiri uji bakat sebelum memasuki set, dan bukannya menggunakan ‘nama’ ibunya sebagai laluan pantas untuk menjadi seorang pelakon.

“Uji bakat yang dikendalikan memang susah. Selain itu, saya juga ikuti kelas lakonan bersama Cikgu Hazlin. Ibu berpesan agar saya beri yang terbaik dan jangan sombong. Alhamdulillah, saya terima sokongan keluarga.

Ads

“Ini kali pertama saya berlakon dan tidak pernah terima kritikan. Jadi, pastinya saya harapkan komen yang baik-baik” tuturnya lagi.

Dari Gelanggang Ke Layar Perak, Atlet Taekwondo Arnie Shasha Tak ‘Kekok’ Berlakon

Bertanya perkembangan karier sukannya pula, bintang yang kini berusia 18 tahun itu memaklumkan buat masa sekarang dia mahu fokus kepada taekwondo bagi mewakili negara dalam Sukan SEA 2023.

“Saya dalam sesi latihan untuk melayakkan diri ke Sukan SEA 2023. Ini kali pertama saya sertai kejohanan sukan ini melalui taekwondo. Saya terbabit dengan taekwondo sejak usia 10 tahun lagi. Jadi, saya sedang berusaha untuk mewakili negara pada Sukan SEA 2023.

Ads

“Insya-Allah saya akan bertarung bulan ini untuk ketahui peluang saya. Jadi, jika ditanya antara berlakon atau sukan, saya pilih bidang sukan,” kongsi Arnie lagi.

Dari Gelanggang Ke Layar Perak, Atlet Taekwondo Arnie Shasha Tak ‘Kekok’ Berlakon

Sekadar informasi, Harum Malam terbitan Apparat dengan kerjasama D’Ayu Pictures dan Skop Productions Sdn Bhd mula ditayangkan di pawagam tempatan pada 9 Februari ini

Selain Arnie Shasha, filem ini turut dibintangi Idan Aedan, Bront Palarae, Remy Ishak, Nadiya Nisaa, Nabila Huda, Amanda Ang, Joey Daud dan Faizal Hussein.

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER FOTO: Instagram Arnie Shasha

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI