Penyanyi jelita  Arrora Salwa menafikan dakwaan yang mengatakan dirinya menggunakan ilmu hitam sepanjang bertarung dalam program Gegar Vaganza musim ke-11 (GV11).

Menurut penyanyi lagu Ahmad itu, tuduhan tersebut tidak berasas dan dia lebih mengutamakan amalan agama untuk melindungi diri daripada ilmu hitam.

Dalam sebuah video yang dimuat naik di TikTok, Arrora menjelaskan bahawa dirinya tidak pernah menggunakan apa-apa bentuk sihir, termasuk yang dikaitkan dengan nama ‘Mak Esah’.

ARTIKEL BERKAITAN: Gegar Vaganza 11: Reshmonu & Illa Sabry Tersingkir Minggu Keenam, Nyanyian Tanpa Muzik Liza Aziz Raih Markah Tertinggi

Arrora Salwa Tepis Dakwaan Gunakan Ilmu Hitam Dalam GV11, Kongsi Amalan Baca Ayat Suci Al-Quran

Sebaliknya, Arrora berkongsi bahawa dia mengamalkan bacaan ayat-ayat al-Quran sebagai pelindung.

Ads

“Ada yang kata Arrora Salwa pakai ‘Mak Esah’. Tak perlu pakai, ayat al-Quran lebih senang. Saya nak beritahu, amalkan surah al-Baqarah ayat satu sehingga lima dan ayat Kursi.

“Tiga surah al-Baqarah yang terakhir pun hafal, insya-Allah orang nak buat apa-apa dekat kita, benda tak baik akan berbalik kepada dia,” katanya.

Dalam usaha untuk membuktikan dakwaan tersebut tidak benar, penyanyi berusia 39 tahun itu turut menunjukkan bahawa dia boleh berjalan melepasi ampaian baju tanpa sebarang masalah, sambil mengulas lebih lanjut mengenai mitos yang mengaitkan ‘Mak Esah’ dengan pantang larang tersebut.

Arrora Salwa Tepis Dakwaan Gunakan Ilmu Hitam Dalam GV11, Kongsi Amalan Baca Ayat Suci Al-Quran

Ads

“Lagi satu orang kata, kalau pakai ‘Mak Esah’ tak boleh lalu bawah ampaian. Ini sahaja ampaian yang saya ada jadi saya nak langkah.

“Tak ada pun Mak Esah, elok lagi. Alhamdulillah,” ujar Arrora sambil ketawa.

Selain itu, Arrora juga sempat berseloroh mengenai nama ‘Mak Esah’ yang sering dikaitkan dengan isu ini. Menurutnya, nama tersebut kini menjadi bahan jenaka netizen dan beliau menyarankan agar nama itu ditukar kepada ‘Mak Salwa’.

Ads

“Kasihan ‘Mak Esah’, nama dia dipergunakan netizen, tak baik tau. Tukarlah Mak Salwa pula,” seloroh Arrora.

Tuduhan bahawa Arrora menggunakan ilmu hitam timbul selepas ada pihak yang mendakwa beliau menggunakan strategi tersebut untuk memenangi pertandingan GV11.

Namun, Arrora menegaskan dia tetap mengutamakan amalan agama dan tidak bergantung kepada cara yang tidak sah dalam perjuangan karier seni.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER: TikTok Arrora Salwa

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI