Artika Sari Devi menggegarkan pentas finale Miss Universe 2005 apabila dia menjadi satu-satunya peserta dari lingkungan negara asia pasifik yang berjaya memasuki senarai semifinalis top 15.
Paling manis, wanita yang berusia 25 tahun ketika itu menjadi wakil Indonesia pertama yang berjaya tembus ke jajaran semifinal dalam sejarah pertandingan tersebut diadakan. Namun begitu, penyertaan dan juga pencapaian yang berjaya digapai bukanlah mudah. Dia menerima sokongan penuh peminat-peminat ratu cantik, namun begitu di negaranya ada sebahagian yang menentang penyertaannya.
Saat dia mengenakan pakaian renang one piece
dalam segmen pakaian mandi,wanita yang dilahirkan di Bangka Belitung, Sumatera ini menerima kecaman. Mengikut sumber Liputan 6, gambarnya itu menjadi hiasan muka hadapan sebuah media cetak tempatan dan mencetuskan kecaman.Pertubuhan Front Pembela Muslim merupakan organisasi yang paling lantang dalam perkara ini. Mereka berkumpul di hadapan pejabat Mustika Ratu yang juga merupakan pemilik yayasan Puteri Indonesia menuntut agar Artika menarik diri.
Walaupun begitu, ini tidak melunturkan semangatnya. Artika terus besaing sehingga ke saat akhir dan berjaya membariskan diri sebagai 15 peserta terbaik dan membawa nama Indonesia ke tahap yang lebih dikenali lantaran pertandingan itu disiarkan secara langsung di puluhan negara.
Walaupun Atika hanya berada dalam kelompok 15 terbaik dan tidak berjaya mara ke peringkat seterusnya, pesona yang ditampilkan di pentas tersebut membuka satu dimensi baru dalam dunia ratu cantik Indonesia.
Pada malam tersebut Artika kelihatan anggun menggayakan busana gaun petang meleret rona hitam dan ungu dalam tema ‘Glam Rock’ hasil rekaa pereka fesyen, Kanaya Tabitha. Walaupun Artika merupakan peserta paling genit dengan ketinggian hanya 168cm, namun auranya sebagai ratu cantik cukup menyerlah.
Selain itu, busana kostum nasional yang digayakannya juga mendapat perhatian. Direka oleh pereka fesyen tersohor Anne Avantie, kostum tersebut diberi nama ‘Gadis Bali’ melambangkan ciri-ciri wanita Indonesia.
Kini, pada usia 42 tahun. Artika Sari Devi sudah pun berkahwin sejak 2008 dengan Ibrahim Imran atau lebih dikenali dengan nama popular, Baim dan dikurniakan dua orang cahaya mata.
Artika aktif sebagai seorang coach dan juga pemilik bersama kepada sebuah kem kecantikan yang dinamakan Artikawhulandary Beauty Camp. Bisnes ini merupakan kerjasamanya bersama Whulandary Herman yang merupakan Miss Universe Indonesia 2013.
+++ Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.