Sebagai sebuah badan kerajaan yang bertanggungjawab membawa pelbagai produk tempatan ke peringkat antarabangsa, Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) sentiasa peka dan mendukung aspirasi anak muda dan belia yang aktif dalam bidang perniagaan.
Antara inisiatif terbaru yang bakal diperkenalkan oleh MATRADE untuk golongan belia ialah penganjuran Hari Eksport Belia 2018. Penganjuran yang pertama kali dianjurkan oleh MATRADE ini akan berlangsung di Menara MATRADE, Kuala Lumpur pada 8 Disember 2018.
Menerusi program yang berlangsu dari jam sembilan pagi pagi hingga lima petang tersebut akan menampilkan pelbagai program-program yang mampu menarik minat belia seperti pertunjukan fesyen, sesi panel bersama usahawam selebriti, sukan memanah, bola sepak jalanan, wall climbing, paitnball dan arked e-sukan.
Penampilan istimewa bersama Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Yang Berhormat Datuk Darell Leiking turut diadakan bagi memberi ruang golongan belia membincangkan tentang peluang dan cabaran mereka untuk menembusi pasaran global.
BACA: 5 Tarikan Taipei Yang Wajib Ada Dalam Checklist
Hari Eksport Belia 2018 membawa objektif untuk menggalakkan golongan belia negara mengambil bahagian serta inisiatif untuk merangka pelan mengakses pasaran luar negara seawal penglibatan mereka di dalam dunia keusahawanan.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MATRADE, Ir. Dr. Mohd Shahreen Zainoreen Madros, program seperti Hari Eksport Belia 2018 mampu menjadi platform idela buat golongan belia berusia 40 tahun ke bawah untuk berhimpun dan mengembangkan rangkaian perniagaan mereka.
“Sebagai agensi promosi perdagangan negara, MATRADE melihat usaha ini sebagai salah satu langkah proaktif bagi memastikan kesedaran perdagangan antarabangsa di kalangan usahawan muda negara. Tambahan, kami melihat budaya keusahawanan belia semakin kuat pada waktu ini. Namun perspektif mereka masih bertumpu di peringkat domestik sahaja,” jelasnya lagi.
Kemunculan selebriti popular dan influencer seperti Caprice, Kaka Azraf, Anis Al Idrus , Ainul Aishah, Andi Bernadee dan Julia Farhana Marin juga dijangka mampu memeriahkan program yang cukup istimewa ini.
Foto: MATRADE