Jika sebelum ini viral gambar-gambar daripada hantaran di Facebook menunjukkan peminat Army yang telah membasuh dan mengeringkan bungkusan makanan BTS Meal.
Bukan sahaja di Malaysia, reaksi peminat BTS di Singapura tidak kurang hebatnya juga.
Baru-baru ini, artis dari Singapura yang membuat ciptaan kasut BTS Meal dengan mengitar semula pembungkusan menu kolaborasi McDonald’s dan BTS.
Josiah Chua menukar kasut Nike Air Max Plus TN menjadi kasut BTS Meal yang unik.
Dia berkongsi idea kreatif kasut BTS Meal melalui akaun Instagramnya sehari selepas dilancarkan di Singapura. Josiah Chua menggunakan nugget ayam, cawan minuman soda, dan pakej sos cajun dan sambal manis.
Bukan itu sahaja, Josiah Chua menambahkan butiran khas yang menjadikan kasut BTS Meal miliknya lebih menarik. Dia menambah perincian poket di sisi kasut yang terbuat dari kotak nugget ayam lengkap dengan isinya.
Terdapat beberapa orang yang turut mengambil kesempatan dengan menjual bungkusan-bungkusan BTS Meal ini di aplikasi Carousell dengan harga yang tidak munasabah iaitu sebanyak S$40 (sekitar RM120).
Ada juga yang turut menjual sos pencecah berperisa sos cili manis dan cajun itu dengan harga setinggi S$300 (sekitar RM900) bagi satu sos dan S$500 (sekitar RM1500) bagi kedua-duanya sekali.
Malaysia telah mendahului Singapura, Vietnam, Filipina, Indonesia dan termasuk Korea Selatan, negara asal BTS sendiri dalam melancarkan hidangan edisi terhad tersebut. Korang sanggup ke beli kotak terbuang dengan harga macam tu?