Hiburan

Artist At Play: Tengku Ratu Haidar Debut Di Pentas Teater Muzikal – Remaja Isu Digital Oktober 2024

Share

Namanya telah menyinggah di bibir masyarakat sejak pancainderanya mula mengenali erti duniawi. Sebagai puteri kepada golden couple dunia hiburan tanah air yakni YM Tengku Iskhan Shah Bin Tengku Haidar atau Que Haidar serta Linda Jasmine Hashim, gadis yang bakal meniti usia 15 tahun ini pantas memancing perhatian dek penangan pengaruh ibu bapanya itu.

Biarpun begitu, diam-diam ubi berisi. Enggan terus terbuai dengan impresi awal itu, Tengku Ratu Haidar bersedia untuk melakar sendiri hala tujunya bersandarkan kepada minat serta ikhtiar peribadinya.

ketua pengurusan NEW GEN FIEZREEN AHMAD penyelaras, penata gaya & editor FZ AIMMAN arahan seni & perletakan grafik AZNIZA AZIZ teks ZULAIKHA ZAHERMAN @ ZOE fotografi HAIKAL SHUIB suntingan foto HEZRY ROKMAN penerbit & suntingan video SURIA NUR AMIRA videografi SUFYAN MARHABAN & EISKANDA solekan ARY MUZAMER dibantu oleh ZAKWAN HASNI dandanan EMMA MUSTAFA lokasi BALAI SENI NEGARA KUALA LUMPUR persalinan MAGLIFESTYLE S/S2025 & WAN AND MARY aksesori NAZIFI NASRI, ONITSUKA TIGER & SAFILO GROUP (CAROLINA HERRERA)

Busana MAGLIFESTYLE. Tas Tangan NAZIFI NASRI. Arca IRON HORSE – KASIH SAYANG oleh Suhaidi Razi. 2010. Besi. 152 x 132 x 83 cm. Koleksi Seni Visual Negara

Setiap kali wajah Tengku Ratu Haidar menyinggah di dunia media sosial, pastinya respon yang membanjiri ruangan komen akan tersangkut-paut dengan keunikan raut wajah yang dimilikinya. Rata-rata tentu tertawan dengannya. Tanpa secalit solekan sekalipun, cover girl pilihan REMAJA yang mesra dengan panggilan Ratu ini mampu membuatkan sesiapa sahaja terhenti seketika.

Saat diaju sekiranya dia telah terbiasa dengan respon tersebut apabila melangkah keluar dari rumah, as regal as her name sounds, begitu jugalah jawapan yang diberikan.

“Biasa sahaja. Semua orang ada kecantikan masing-masing. Kesemua ciptaanNya dilahirkan sempurna seadanya. Apa yang lebih menyerlah bagi saya adalah kecantikan dalaman seseorang,” katanya saat dirias pagi itu oleh trio glam kami.

“Cuma, I find it funny when a person just stops and stares. Like literally, seseorang berhenti berjalan dan memandang saya secara tiba-tiba. Kelakar pun ada, takut pun ada,” tawanya berdekit.

Busana MAGLIFESTYLE Arca IRON HORSE – KASIH SAYANG oleh Suhaidi Razi. 2010. Besi. 152 x 132 x 83 cm. Koleksi Seni Visual Negara

Kongsi Ratu dalam soal penjagaan kecantikan, dia mempercayai rutin tidak berlebihan telah menguntungkan kulitnya pada usia ini.

“Sebagai seorang remaja, saya memilih untuk tidak terlalu taksub untuk mencuba itu dan ini. Lagipun, kulit saya baru ingin mengenali perubahan hormon. Sekiranya terdedah kepada terlalu banyak jenis produk, I fear that will cost more problem than good. At least, at this point in my life. 

“Lain orang, lain keperluannya. Secara peribadi, saya cuma memastikan muka saya dicuci sebersih-bersihnya selepas melakukan apa-apa aktiviti. Selain itu, saya hanya amalkan diet yang sihat.

“Saya sudah terbiasa dengan diet sebegini sejak kecil. Sayur dan buah-buahan sudah menjadi kegemaran saya dan saya kurang mengambil diet yang kurang sihat,” katanya.

Busana MAGLIFESTYLE. Tumit Tinggi ONITSUKA TIGER Instalasi CAPD oleh Nordiana Boehing. 2023. Video Instalasi, lukisan dan sulaman atas beg dialysis (steril). Koleksi artis.

TIADA MASALAH TANPA MEDIA SOSIAL

Selain kerap menerima pujian dek kecantikannya yang jauh lebih matang berbanding usia, Ratu turut dikagumi kerana keputusannya untuk menjauhkan diri daripada terjebak dalam kancah media sosial.

Tidak seperti majoriti remaja-remaja sebaya yang lain, Ratu merasakannya dirinya tidak rugi tanpa terdedah kepada aplikasi popular seperti TikTok dan Instagram. Akuinya, keputusan itu asalnya dibuat oleh Que dan Linda demi keselamatan anak-anak mereka sendiri. Bagaimanapun, Ratu tidakpun merasa kesal atau diulit rasa FOMO (Fear Of Missing Out) tanpa peneman digital di sisi.

“Saya menghargai nasihat ibu bapa saya mengenai penggunaan media sosial walaupun hakikatnya, kita semua hidup dalam era digital yang serba canggih.

“Saya faham mengapa mereka menyekat saya untuk tidak mendekati dunia media sosial sekarang. Lebih-lebih lagi dalam dunia masa kini yang padat dengan laporan kes-kes jenayah sejak kebelakangan ini. Buat masa ini, media sosial bukanlah satu keutamaan bagi saya dan demi keselamatan diri saya sendiri, saya akan patuh dengan permintaan mereka itu,” ulasnya.

Busana MAGLIFESTYLE. Instalasi MEMORY OF LIFE 4 oleh Nordiana Beehing. 2023. Lukisan dan sulaman atas beg dialisi (steril). 200 x 150cm. Koleksi artis.

Dari sudut pandang orang luar, kemungkinan cara Ratu dan adik-beradiknya dibesarkan tanpa pengaruh media sosial ini dicemuh sebagai kolot dan tidak up-to-date. Namun, Ratu mengerti nilai di sebalik didikan, disiplin dan ketegasan kedua orang tuanya itu yang lebih memilih agar anak-anak mereka mendakap erat dunia realiti sebenar.

“Bagi saya, tidak memiliki akaun media sosial bukanlah satu bentuk ‘kongkongan’. Sebaliknya, ia hanyalah satu platfrom yang dihadkan daripada kami. Semuanya lebih okay tanpa kecaman orang yang tidak dikenali, dunia ini lebih luas daripada skrin telefon saya ini,” katanya.

 

DEBUT DI LAPANGAN TEATER

Kami beralih kepada momen istimewa yang membuatkan Ratu kian sibuk di luar bilik darjah. Sewaktu penggambaran ini dijalankan di Balai Seni Negara Kuala Lumpur, Ratu sebenarnya sedang giat menjalani latihan persembahan bagi mempersiapkan dirinya bagi tanggal 28 September ini.

Tarikh keramat itu menandakan debut Ratu dalam bidang seni atau lebih khusus lagi, dalam lapangan pementasan teater.

Saat membuka cerita mengenai pembabitan dalam sebuah teater muzikal istimewa yang dianjurkan bagi tujuan mencari dana buat komuniti pesakit Down Syndrome, jelas raut wajahnya terus terpancar dengan keterujaan.

Berbekalkan semangat dan dedikasi yang tinggi bagi menyempurnakan skil tarian dan lakonannya, Ratu menggarap peluang keemasan untuk melibatkan diri dalam persembahan teater Musical Treasures, the Charity Musical bagi mengejar impian dalam dunia seni atas usahanya sendiri.

Busana MAGLIFESTYLE. Instalasi MEMORY OF LIFE 1 oleh Nordiana Beehing. 2023. Lukisan dan sulaman atas beg dialisi (steril). 200 x 150cm. Koleksi artis.

“Apa yang membuatkan saya bersetuju untuk melibatkan diri bagi projek arahan Sabrina Hassan ini adalah kerana ia menggabungkan elemen-elemen kreatif yang membuatkan saya ceria. Pentas debut ini memerlukan saya untuk menari, berlakon dan menyanyi bersama barisan pelakon serta kru yang jauh lebih berpengalaman.

“Ya benar, saya memiliki asas dalam tarian balet namun untuk beraksi sebagai sepasukan seperti ini, banyak perkara baharu yang telah saya pelajari terutamanya daripada choreographer kami, Farah Sulaiman.

“Antara cabaran besar bagi saya adalah segmen nyanyian kerana saya masih baru. Saya perlu ketepikan seketika perasaan gentar apabila perlu menyanyikan lagu-lagu  klasik Broadway seperti Mamma Mia, Hello Dolly dan The Lonely Goatherd di hadapan ratusan penonton.

“Saya juga sedar teater muzikal memerlukan latihan dan usaha yang lebih berbanding peragaan. Walaupun sedikit penat apabila latihan perlu dijalankan saban minggu, tetapi saya seronok apabila bertemu rakan-rakan baru untuk saya cedok ilmu mereka serta saling bertukar pandangan.

“Tambah istimewa lagi apabila saya melakukan semua ini bagi tujuan positif iaitu bagi memberikan semula kepada masyarakat dengan menyokong tujuan amal bagi membantu komuniti Down Syndrome. This, to me, is more than just a spotlight. Ia merupakan satu langkah permulaan yang sebenar,” katanya.

Busana MAGLIFESTYLE. Instalasi MEMORY OF LIFE 1 oleh Nordiana Beehing. 2023. Lukisan dan sulaman atas beg dialisi (steril). 200 x 150cm. Koleksi artis.

BUKAN KESEMPURNAAN YANG DIKEJAR

Ratu juga meluahkan kesyukuran apabila dikurniakan ibu bapa yang sentiasa berada di sisi bagi memberinya kata-kata semangat dan sokongan yang tidak terbelah bahagi. Mereka lebih awal makan garam sebagai pemain dunia seni handalan; Linda sebagai penari serta maestro koreografi profesional manakala Que sebagai figura disegani dalam dunia lakonan.

Bukan calang-calang mentor yang menjadi tulang belakang Ratu. Begitupun sedari awal, Ratu sudah meletakkan misinya untuk tidak mengejar kesempurnaan. Apatah lagi ini merupakan percubaan sulungnya bagi merasai pahit manis gelanggang hiburan.

“Saya tidaklah merasa tekanan kuat buat masa ini. Apa yang lebih utama bagi saya adalah untuk melakukan sehabis baik bagi persembahan teater ini.

“Mummy dan daddy juga selalu berpesan agar sentiasa tabah jika serius ingin berada dalam industri ini. Jangan dengar sebarang kata-kata negatif supaya saya lebih fokus untuk bina keyakinan diri. Semua itu saya ambil sebagai pembakar semangat.”

Busana WAN AND MARY. Tas Tangan NAZIFI NASRI. Kaca Mata CAROLINA HERRERA (Safilo Group)

Mendapat sokongan penuh terutamanya daripada Linda, di usia semuda ini Ratu tetap akan merujuk kepada kedua ibu bapanya dalam membuat pilihan sama ada untuk terus serius dalam bidang lakonan sepenuh masa ataupun menceburi projek singkat seperti persembahan teater ini demi sekadar pengalaman awal dalam dunia hiburan.

“Jujurnya saya tiada role model tertentu, namun saya memiliki ibu bapa saya sebagai figura yang memberi banyak tunjuk ajar. Saya hanya ingin melakukan perkara yang boleh membuat mereka gembira kerana mereka lebih cakna dengan apa yang terbaik buat saya.

“Jika mereka mencadangkan sesuatu untuk saya lakukan, saya akan melakukan sehabis baik untuk mencapai harapan mereka. Bagi saya, itu adalah definisi kejayaan paling utama buat saya iaitu apabila mereka gembira melihat saya mencuba,” katanya sambil memerhatikan ke arah karya-karya instalasi seni yang dipamerkan di ruang galeri Balai Seni Negara sewaktu penggambaran.

Teruja untuk terus menari, berlakon dan menjadi model dek kegembiraan yang dirasainya apabila dikelilingi oleh energi kreatif dan menjadi sebahagian daripada artists at play di lokasi, Ratu juga tidak menolak kemungkinan buatnya menerima tawaran lain selepas ini.

Busana WAN AND MARY. Tas Tangan NAZIFI NASRI. Instalasi GARDEN oleh Maneerat Thamnarak. 2024. Media Campuran. Pelbagai saiz. Koleksi Artis

CIPTA PERUBAHAN

Menutup bicara bersama REMAJA bagi paparan istimewa Oktober ini, anak kedua daripada tiga beradik itu turut berharap agar lebih banyak projek-projek seni kreatif di Malaysia yang menyalurkan sebahagian daripada keuntungan yang diperolehi untuk komuniti yang memerlukan; seperti mana yang dilakukan oleh produksi Musical Treasures, the Charity Musical. 

I am getting older and older. And day by day, I realize the world works in a wonderful way. Sebagai anak seni, kita bukan sahaja boleh mengukir senyuman pada wajah penonton dan pendengar yang memerlukan. Jika kita boleh membuatkan hari mereka lebih bermakna dengan menyalurkan bantuan, why not?

“Saya merasakan generasi muda sekarang are more capable than they thought to create a change. Sebagai permulaan, lupakan rasa gugup untuk menghadiri uji bakat atau menunjukkan bakat di mana-mana platform. Jangan biarkan ketakutan itu menjadi penghalang untuk menimba pengalaman. Setelah memperolehi peluang, pilihlah haluan yang boleh memberi lebih makna kepada kamu. You are your own artist and you write your own story. Just own it,” simpul Tengku Ratu Haidar.

@remaja.my Majalah Remaja Edisi Digital Okt 2024 • Temubual penuh di www.remaja.my. Ketua Bahagian New Gen | fiezreen Penyelaras & Penata Gaya | fzaimman Arahan Seni & Peletakan Grafik | nikita_azz Teks | Zoe Fotografi | haikalshuib Suntingan Foto | udabiso Penerbit Video & Suntingan | surianuramira Videografi | sufyan.marhaban & eis_kanda Solekan | arymuzamer dibantu oleh zakwan_hasni Dandanan | emmamustafa Lokasi | nationalartgallerymy [Rantau: IMT-GT Exhibition] Persalinan | maglifestyleofficial wanandmaryofficial Aksesori | onitsukatigermy nazifinasri safilogroup carolinaherrera #MajalahRemaja #Remaja #RemajaMalaysia #TengkuRatuHaidar ♬ original sound – Remaja

Untuk baca Remaja edisi digital September 2024 bersama atlet gimnastik berirama kebangsaan Ng Joe Ee dan Remaja edisi digital April 2024 bersama aktres fenomena Anna Jobling, klik pautan di bawah.

BACA: Keranamu Negaraku, Ng Joe Ee Dahagakan Lebih Banyak Pingat Emas – Remaja Isu Digital September 2024 – REMAJA

BACA: “Ini Hanya Permulaan” ANNA JOBLING Raikan Kemenangan – Isu Digital April 2024 – REMAJA

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?

Ikuti TelegramInstagramTikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

@remaja.my REMAJA Edisi Digital Oktober 2024 bersama TENGKU RATU HAIDAR • Hanya di http://remaja.my • STAY TUNED ⏰ #MajalahRemaja #Remaja #RemajaMalaysia #TengkuRatuHaidar ♬ original sound – Remaja
IKLAN