“My first Olympic Games has been such an incredible experience. Forever grateful for everyone’s kind messages of support. I will continue to work hard!!”

 

Atlet luncur remaja Malaysia, Aruwin Salehhuddin telah membuktikan bahawa dia adalah di antara atlet pelapis yang harus diberikan perhatian setelah menamatkan saingan dua acara di Sukan Olimpik musim sejuk Beijing 2022 pada hari Isnin dan Rabu, minggu ini.

Isnin lalu, Aruwin berjaya menempatkan diri pada kedudukan ke-38 dalam acara giant slalom wanita dengan masa keseluruhan 2:12.28s.

Aruwin Sudah Menjadi Juara Di Mata Rakyat Malaysia, Tamatkan Saingan Debut Sukan Olimpik

Nasib sedikit tidak menyebelahi Aruwin pada saingan slalom wanita pada hari Rabu setelah remaja berusia 17 tahun itu terjatuh ketika meluncur menuruni laluan dalam Run 1.

Aruwin bermula baik sebelum terjatuh ketika menghampiri garisan penamat; lalu menidakkan peluangnya untuk layak ke pusingan Run 2.

Ads

Apa jua keputusan yang dicatatkannya, REMAJA pasti seluruh rakyat Malaysia tetap berbangga dengan pencapaian Aruwin yang layak ke Sukan Olimpik musim sejuk menerusi merit peribadi pada usia 17 TAHUN! Bukan semua orang mempunyai keupayaan sebegini.

Aruwin Sudah Menjadi Juara Di Mata Rakyat Malaysia, Tamatkan Saingan Debut Sukan Olimpik

Menerusi temubual ringkas bersama saluran penyiar Unifi TV, Aruwin menjawab beberapa soalan termasuklah perbezaan di antara dua acara yang disertainya.

 

Ads

Bagaimana kamu selalu memotivasikan diri sebagai seorang Olimpian?

Aruwin Salehhuddin (AH) : Saya sentiasa ingatkan diri akan insan-insan yang selalu memberi sokongan kepada saya; seperti ibu bapa yang bekerja keras agar saya mampu mengejar impian. Banyak pengorbanan yang telah mereka lakukan.

Saya juga menyukai muzik, ia adalah salah satu cara terbaik untuk saya menaikkan motivasi diri terutamanya beberapa saat sebelum acara berlumba.

Ads

 

Apakah perbezaan antara acara Slalom dan Giant Slalom?

AH : Acara Slalom adalah lebih rapat dan ‘gates’-nya lebih dekat. Seorang peluncur Slalom juga menggunakan ski yang lebih pendek. Itu tidak bermakna acara Giant Slalom lebih mudah kerana ia juga mementingkan kelebihan teknikal.

 

Apakah sasaran kamu untuk debut di Sukan Olimpik musim sejuk Beijing 2022 ini?

AH : Sasaran saya lebih ‘personal’. Dengan segala yang telah saya pelajari selama bertahun-tahun ini, saya ingin meluncur dengan sepenuh hati serta tenaga saya.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI