Oktober 2021 adalah bulan yang telah memberi tekanan yang cukup hebat kepada keluarga pelakon Bollywood popular, Shah Rukh Khan berikutan kes mahkamah melibatkan anak sulungnya, Aryan Khan.
Untuk pengetahuan, Aryan, 23 telah ditahan bersama tujuh yang lain termasuk dua orang wanita oleh pihak Biro Kawalan Narkotik India (NCB) semasa mereka berada di sebuah kapal persiaran di Mumbai pada 3 Oktober lalu disebabkan dakwaan aktiviti penyalahgunaan dadah.
Setelah dua kali permohonan untuk mengikat jamin Aryan telah ditolah oleh Mahkamah Khas Mumbai, akhirnya pada 28 Oktober lalu dia telah dibenarkan untuk pulang setelah ditahan selama 26 hari di Penjara Arthur Road. Sewaktu hari pembebasannya pada 30 Oktober, media tempatan telah melaporkan kesesakan trafik luar biasa di sekitar kawasan penjara.
Ads
Dengar khabar, pelakon jelita Juhi Chawla yang juga merupakan rakan baik kepada keluarga Shah Rukh telah menjadi penjamin bagi membebaskan Aryan Khan. Juhi melafazkan rasa lega apabila anak muda itu boleh menyambut Deepavali bersama keluarga dan bukan berada di dalam penjara.
Apapun, selepas tamat menyambut Deepavali pada hari ini, Shah Rukh khabarnya telah memutuskan untuk mengalihkan lokasi Aryan ke sebuah rumah tepi pantai miliknya di Alibaug untuk seketika waktu. Tindakan ini bukanlah untuk melarikan Aryan daripada pihak berkuasa. Lagipun, pasport remaja itu telahpun diserahkan kepada pihak Mahkamah dan dia masih diwajibkan menghadiri perbicaraan seterusnya.
Ads
Ia hanyalah agar Aryan dapat meluangkan masa bersendirian dan jauh daripada gangguan media. Di sana, suasananya lebih tenang untuk dia melupakan pengalaman traumatik apabila ditahan hamper sebulan lamanya.
Selain itu, Shah Rukh dan isterinya, Gauri Khan juga sudah bersedia untuk menerima kedatangan tetamu ke kediaman mereka di Mannat setelah mereka menolak mana-mana tetamu untuk ke sana sepanjang tempoh Aryan ditahan.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Laman media sosial Twitter secara umumnya lebih popular digunakan oleh generasi muda terutamanya millenials. Selain mencari hiburan sampingan dengan pelbagai reaksi balas isu terkini dengan meme, gif dan pelbagai respons satira, di sinilah tempat mereka meluahkan apa yang terbuku di hati.
Dan apa yang Remaja perhatikan di ruang Twitter jugaklah kebanyakan artis yang cukup berkaliber menggunakannya untuk meluahkan pendapat mereka terhadap apa jua subjek. Sama ada subjek itu boleh kita anggap mempunyai elemen diskusi yang baik atau tidak itu perkara nombor dua.
Semalam, aktor yang cukup Remaja kagumi iaitu Beto Kusyairy, pemenang Pelakon Lelaki Terbaik Filem Anugerah Skrin (2015) telah berkongsi rasa kecewanya terhadap trend yang telah dikitar semula oleh pembikin drama dan filem tempatan menerusi akaun Twitter miliknya.
Jelas Beto, sampai bilakah lagi penonton perlu disuap dengan kisah cinta berbeza darjat dan kahwin paksa untuk selamatkan empayar perniagaan. Kalau kita perhatikan trend ini telah berlanjutan selama mana yang kita ingat drama TV bersiaran.
Tambahnya lagi, dia juga sering ditawarkan dengan sinopsis dan skrip yang menggunakan idea sama berulang kali – cuma bezanya hanya pada nama karakter dan mungkin sedikit jalan cerita.
Mungkin penggemar drama begini boleh tampil dengan hujah bahawa di mana ada demand, di situ ada supply. Ya, mungkin tapi sebagai pengkarya mereka perlulah lebih bebas dan terbuka untuk memberikan sesuatu yang berbeza. Bukan hanya mengitar semula idea sama dan berlegar pada kepompong jumud itu sahaja. Inilah juga kekecewaan sebenar yang disuarakan oleh Beto. Pokok pangkalnya ialah content kerana dengan content drama atau filem yang baik ia pasti diterima ramai.
Dari sudut pembikin drama atau filem mereka mungkin tidak mahu mencuba sesuatu yang baru atau lebih berani kerana risau ia tidak mendapat sambutan. Ini juga satu hal yang menyukarkan posisi mereka selaku pemain utama industri lakon layar.
Sebelum ini kita pernah saksikan banyak filem berkualiti yang tidak mendapat sambutan contohnya ‘Bunohan’, ‘KIL’, ceo’ dan ‘Lelaki Harapan Dunia’. Ketiga-tiga filem hebat ini tampil dengan jalan cerita yang berbeza, unik dan tidak bergantung harap pada tema cinta, komedi dan aksi sahaja.
Namun begitu, masih ada juga filem yang bukan berlegar kisah cinta mendapat sambutan luar biasa seperti ‘Ola Bola’, ‘Tombiruo’,’Munafik’ dan malahan filem animasi ‘Boboiboy’ yang mencatatkan jumlah kutipan lapan angka!
Jadi untuk mengatakan peminat tempatan hanya gemarkan kisah-kisah cinta sahaja itu tidak tepat sama sekali. Mungkin itu dari segi filem dan berbeza untuk drama. Beto juga menyatakan keluhan yang kebanyakan artis memang tidak berkenan dan berdaya sebab masing-masing perlu bekerja demi kelangsungan hidup.
Follower Beto turut menyatakan kekecewaan mereka dan berkongsi pendapat tentang perkara ini. Rata-rata mereka mahukan karya yang lebih ilmiah, mampu membuat penonton berfikir, explore genre berbeza, elemen misteri dan juga fantasi.
Tapi sebenarnya sinar untuk drama tempatan berkualiti sudah ada. Contohnya drama-drama arahan Razaisyam Rashid (Pengarah Terbaik Anugerah Skirn 2016) yang muncul dengan drama ‘Kekasih Elektrik’, ‘Fatin’ ‘Gadis Kosmos’ dan yang terbaru ‘Mandatori’. Kesemua karyanya ini mungkin tidak berada dalam radar penonton arus perdana namun bagi penggemar drama yang unik inilah contoh karya yang mereka mahu.
Mungkin industri kita boleh mencontohi industri perfileman dan drama Korea Selatan. Ada sesetengah pihak bila sebut sahaja nama Korea mereka akan membuat muka dan jelik – sering mengaitkannya dengan budaya popular K-pop. Hakikatnya, Korea merupakan antara pengeluar filem dan drama yang sangat diiktiraf di peringkat antarabangsa.
Malah sudah banyak karya filem dan drama mereka diadaptasikan oleh produksi Hollywood. Pada tahun lalu drama bersiri dari Amerika Syarikat, ‘Somewhere Between’ merupakan adaptasi daripada drama popular Korea, ‘Good Doctor’.
Kepelbagaian content yang dihasilkan di Korea juga membuatkan penggemar dramanya tidak bosan kerana mereka sering ‘dijamu’ dengan jalan cerita berbeza-beza. Jika drama cinta sekalipun mereka akan tonjolkan elemen komedi, situasi sebenar tempat kerja dan lebih realistik. Bukanlah hanya tertumpu kepada kisah cinta terhalang semata.
Jika suatu masa dahulu drama kisah-kisah keremajaan cukup mendapat tempat di stesen televisyen utama tempatan seperti ‘KAMI’ dan ‘Dunia Baru’ dan ia ditayangkan untuk slot waktu perdana. Tapi kini agak sukar untuk kita menyaksikan drama-drama begini. Mengapa? Adakah golongan remaja sudah meninggalkan ‘TV’ dan hanya menumpukan sepenuh perhatian terhadap Internet?
Tidak juga kerana ramai antara remaja merupakan penonton setia drama-drama Korea dan saluran streaming seperti Netflix, iFlix dan VIU. Saluran bukanlah masalah utama tetapi (seperti yang Beto perkatakan di atas) content yang pelbagai dan berkualiti!
Bagaimana dengan pendapat korang? Apakah jenis drama atau filem tempatan yang korang mahukan sebagai seorang remaja?
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Siapa tak kenal Isa Isarb, YOUTUBER yang diangkat sebagai pemenang Youtubrity Terbaik Malaysia di Anugerah Youtubrity Malaysia 2021 (AYM2021).
Saluran YouTube Isa Isarb turut menjadi kegemaran kerana menyajikan bermacam elemen seperti kejutan, lawak dan inspirasi. Konten-konten yang disediakan di saluran tersebut adalah pelbagai.
Baru-baru ini, Isa Isarb atau nama asalnya Isa Batharul Zaman terpalit kontroversi selepas menganjurkan cabaran dengan harga bernilai RM10,000 di Garden Arena, Rawang.
Insiden tersebut terjadi selepas seorang wanita mengandung terjatuh akibat terlanggar besi pintu ketika bersesak dan berebut untuk menyertai cabaran yang dianjurkan.
Selepas terjatuh, suami wanita mengandung tersebut dilihat mengamuk. Hal tersebut dilihat diselesaikan dengan tenang oleh Isa Isarb apabila menawarkan untuk bawa wanita tersebut ke hospital dan juga meminta maaf kepada pasangan itu walaupun awalnya keadaan agak tegang.
Malah, cabaran tersebut sepatutnya dianjurkan selama 13 hari tetapi tergendala semalam apabila insiden tidak diingini berlaku.
Melihat video yang viral dimedia sosial, para netizen pun mula memberi respon dan mengecam kedua-dua pihak. Baik penganjur dan juga lelaki yang mengamuk tersebut kerana membawa wanita itu menyertai cabaran.
couple tu dah satu hal, but having a huge crowd rush through a small hole is never a good idea and the organiser should’ve taken precautions even if dia tak expect ramai gila orang datang https://t.co/yszrQeumdq
dia punya lah marah , padahal salah die , first yang die pegang tgn org lain bukan bini dia . second why kene bawak wife kat tempat ramai ramai orang macam ni . third , dah tahu wife pregnant , kenapalah tak duduk rumah je . ergh geram je tengok perangai dia! https://t.co/l207k3kTSy
Kawasan sesak, termasuk padang awam, sangat berisiko untuk ibu mengandung & tidak galakkan hadir/dibawa bersama. Sendiri bawa, sendiri cari pasal, sendiri salahkan orang lain.
“Keselamatan adalah tanggungjawab masing-masing”. Biasa baca/dengar tapi jarang faham. https://t.co/XRifc9cSEy
Buat event nak kasi org hadiah RM10k, dah gaya buat event macamni. Takkan la expect everything goes on smoothly. And the guy pun, you literally left your wife whilst you were running kot. https://t.co/u4K6hkXC7L
Ini bukan kali pertama Isa Isarb membuat konten video yang berkonsepkan ‘challenge’ dan prank. Aduyai…bulan-bulan mulia ni cuba buat perkara berfaedah sikit macam acara World #QuranHour ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Rasuah boleh didefinisikan sebagai penerimaan atau pemberian suapan sebagai upah atau dorongan untuk seseorang individu kerana melakukan atau tidak melakukan sesuatu perbuatan yang berkaitan dengan tugas rasmi.
Kelakuan ini adalah satu kesalahan yang besar, lebih-lebih lagi jika ia mengaitkan individu yang berkuasa dalam sesebuah negara.
Di negara jiran kita, Bekas Menteri Hal Ehwal Sosial Indonesia telah pun dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun kerana menerima rasuah sebanyak AS$1.2 juta (RM5.07 juta) yang berkaintan dengan bantuan makanan untuk keluarga miskin terjejas akibat pandemik COVID-19.
Mahkamah di Jakarta menjatuhkan hukuman itu terhadap Juliari Batubara susulan penahanannya pada Disember dan operasi yang menemukan sejumlah wang dalam beg pakaian, beg galas dan sampul surat.
Menurut Hakim Muhammad Damis dalam perbicaraan yang diakan secara maya ekoran penularan COVID-19, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun terhadap tertuduh dan memerintahkannya untuk membayar denda 500 juta Rupiah (RM146,000) atau enam bulan lagi penjara.
Bekas ahli politik itu juga diperintahkan membayar ganti rugi setara sekitar AS$1 juta (RM4.23 juta) atau tambahan dua tahun penjara.
Terdahulu, menurut mahkamah Batubara mengambil wang daripada dua kontraktor yang dilantik membekalkan pakej makanan asas untuk rakyat Indonesia.
Malah, Presiden Indonesia, Joko Widodo berikrar tidak akan melindungi pegawai terbabit jenayah rasuah susulan tangkapan Batubara dan menganggap dana yang dicuri itu adalah wang rakyat.
Rasuah antara masalah besar yang berlaku di Indonesia, yang mana ahli politiknya dilihat antara ramai yang terbabit. Sebelum ini, agensi antirasuah republik itu menahan sejumlah penjawat awam beberapa tahun lalu, termasuk bekas Menteri Perikanan, Edhy Prabowo yang bulan lalu dipenjara selama lima tahun kerana kes rasuah berkaitan eksport udang galah.
Perkara-perkara seperti inilah yang ditakutkan oleh rakyat sekiranya mempunyai pemimpin yang tidak bertanggungjawab. Diharap dengan hukuman yang diberikan ini dapat memberi kesedaran buat si pelaku.
Seorang pelajar lelaki, Ahmad Khidir Ahmad Nazri, telah menarik perhatian ramai selepas dinobatkan sebagai Tokoh Pelajar Cemerlang dalam majlis penganugerahan di Sekolah Menengah Jenis...