ARYAN KHAN Rai Deepavali Dengan Keluarga, Tapi Akan Pindah Rumah Lain Lepas Ini?

Share

 

Oktober 2021 adalah bulan yang telah memberi tekanan yang cukup hebat kepada keluarga pelakon Bollywood popular, Shah Rukh Khan berikutan kes mahkamah melibatkan anak sulungnya, Aryan Khan.

Untuk pengetahuan, Aryan, 23 telah ditahan bersama tujuh yang lain termasuk dua orang wanita oleh pihak Biro Kawalan Narkotik India (NCB) semasa mereka berada di sebuah kapal persiaran di Mumbai pada 3 Oktober lalu disebabkan dakwaan aktiviti penyalahgunaan dadah.

ARTIKEL BERKAITAN : Anak Teruna Shah Rukh Khan Disiasat Kesalahan Penyalahgunaan Dadah – REMAJA

Ke mana tumpahnya kuah jika tidak ke nasi. Wajah Aryan Khan semasa perbicaraan yang jarang sekali dapat dilihat persis wajah ayahnya sewaktu muda.

BACA LAGI: Ikat Jamin Aryan Khan Ditolak – REMAJA

Setelah dua kali permohonan untuk mengikat jamin Aryan telah ditolah oleh Mahkamah Khas Mumbai, akhirnya pada 28 Oktober lalu dia telah dibenarkan untuk pulang setelah ditahan selama 26 hari di Penjara Arthur Road. Sewaktu hari pembebasannya pada 30 Oktober, media tempatan telah melaporkan kesesakan trafik luar biasa di sekitar kawasan penjara.

Suasana orang ramai yang menantikan pembebasan Aryan Khan, Sabtu lalu.

Dengar khabar, pelakon jelita Juhi Chawla yang juga merupakan rakan baik kepada keluarga Shah Rukh telah menjadi penjamin bagi membebaskan Aryan Khan. Juhi melafazkan rasa lega apabila anak muda itu boleh menyambut Deepavali bersama keluarga dan bukan berada di dalam penjara.

Apapun, selepas tamat menyambut Deepavali pada hari ini, Shah Rukh khabarnya telah memutuskan untuk mengalihkan lokasi Aryan ke sebuah rumah tepi pantai miliknya di Alibaug untuk seketika waktu. Tindakan ini bukanlah untuk melarikan Aryan daripada pihak berkuasa. Lagipun, pasport remaja itu telahpun diserahkan kepada pihak Mahkamah dan dia masih diwajibkan menghadiri perbicaraan seterusnya.

Ia hanyalah agar Aryan dapat meluangkan masa bersendirian dan jauh daripada gangguan media. Di sana, suasananya lebih tenang untuk dia melupakan pengalaman traumatik apabila ditahan hamper sebulan lamanya.

Kediaman mewah keluarga Shah Rukh Khan di Mannat kembali menyinar untuk sambutan Deepavali setelah kepulangan Aryan pada hari Sabtu lalu.

Selain itu, Shah Rukh dan isterinya, Gauri Khan juga sudah bersedia untuk menerima kedatangan tetamu ke kediaman mereka di Mannat setelah mereka menolak mana-mana tetamu untuk ke sana sepanjang tempoh Aryan ditahan.

Published by
FZ