KECOH. Itulah mungkin perumpaan paling sesuai untuk menggambarkan situasi yang kini melanda media sosial apabila semua orang sedang galak bercakap berkenaan permohonan cap dagangan (trademark) Harimau Menangis keluaran Aunty Tini Kitchen melalui Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO).
Lewat semalam, syarikat milik Datin Noor Kartini Noor Mohamed yang juga merupakan ibu kepada selebriti dan usahawan popular Noor Neelofa telah tampil dengan satu kenyataan media berkenaan isu tersebut.
Kata syarikat Noor Khan Enterprise, mereka memaklumkan bahawa permohonan kepada MyIPO itu telah dilakukan untuk melindungi penggayaan, susun atur grafik, kod warna dan tulisan perkataan Harimau Menangis pada bungkusan produk.
Ini adalah demi mengelakkan mana-mana produk tiruan dalam pasaran. Mereka menidakkan tuduhan kononnya Aunty Tini Kitchen berniat untuk menghalang mana-mana pihak menjual produk yang sama iaitu daging harimau menangis.
Selagi ia tidak menyerupai pembungkusan produk yang mereka pasarkan, selagi itu ia tidak menjadi masalah.
Ads
*
Punca kepada kekecohan ini sebenarnya bermula daripada sebuah video berdurasi 37 saat yang tular di Twitter. Menerusi video tersebut, Datin Noor Kartini sedang menyediakan hidangan daging berkenaan dan memberitahu syarikatnya telahpun mendaftar cap dagangan Harimau Menangis.
Berikut merupakan video penuh yang telah dikongsikan di laman YouTube.
Ads
Lantas, warganet pantas untuk mempersoalkan tindakan tersebut kerana menurut mereka, nama daging Harimau Menangis telah lama digunakan dan dikenali ramai pihak.
REMAJA cuba mengenali asal-usul daging Harimau Menangis memandangkan kami (dan besar kemungkinan kebanyakan daripada korang yang sedang membaca ini) tidak begitu familiar dengan ‘sejarah’ mana datangnya nama tersebut.
Menurut naskah berjudul Teknik & Resipi: Kuasai Dunia Kulinari tulisan Chef Suhaili yang dipasarkan oleh penerbit Alaf 21, gelaran Harimau Menangis merujuk kepada bahagian daging yang terletak di bahagian celah peha bahagian kaki belakang lembu. Kalau dalam bahasa Melayu, kita mengenalinya sebagai daging batang pinang.
Dalam bahasa Inggeris pula, ia dikenali sebagai Sirloin dan ia merupakan antara bahagian daging paling lembut dan ‘juicy’ pada lembu. Ini kerana otot di bahagian kaki ini paling kurang bergerak.
Ads
Pastinya korang pernah dengar menu seperti Tri-Tip Steak, Sirloin Steak dan Top Sirloin Filet. Haa, itulah daging Harimau Menangis.
Disebabkan kuantiti bahagian ini terhad pada setiap lembu yang disembelih, harga daging Harimau Menangis boleh mencecah nilai tinggi. Memang sedap jika dihiris dan dibakar!
*
Apapun, kita nantikan sajalah satu sidang media yang akan dilangsungkan oleh Datin Noor Kartini petang ini. Ikuti sebarang UPDATE mengenai isu ini di REMAJA.
Bagi pencinta ‘si bulus’, ‘oyen’ atau apa saja panggilan comel yang korang berikan kepada kucing peliharaan, sebagai penjaga mereka, kita memerlukan dedikasi tinggi untuk menjaga mereka.
Tidak dinafikan kucing menjadi pilihan untuk dipelihara dek kerana kemanjaan serta kecomelannya yang mencuit hati dan terkadang keletahnya menjadi penghibur terutamanya buat pencinta kucing. Malah, kucing bukan sahaja boleh menjadi tempat untuk bermain tetapi ia juga mampu menghilangkan tekanan kepada manusia.
Baru-baru si bulus dari negara Thailand mencuri perhatian dengan memiliki mata kiri yang kelihatan seperti berlian. Seorang pengguna TikTok yang dikenali sebagai @user3026088746242 memuat naik beberapa rakaman video kucing yang mempunyai mata berwarna berlian itu.
Bawa Tuah Kepada Tuannya
Menurut laporan Thaiger, ramai penduduk Thailand percaya bahawa kucing yang mempunyai mata berlian akan menyebabkan berlian-berlian diberikan kepada pemiliknya. Malah, rata-rata warganet yang membanjiri komen di video-video berkenaan dengan berkata si bulus itu akan membawa tuah kepada pemiliknya.
Dalam pada itu, terdapat juga warganet yang mengambil kesempatan untuk meramalkan nombor bertuah untuk loteri pada 1 Februari ini daripada nama akaun pengguna TikTok itu dan nombor-nombor yang dikaitkan dengan kucing seperti empat, tujuh dan lapan.
Menderita Hidap Katarak
Walau bagaimanapun, kucing itu sebenarnya menyimpan kisah yang pilu apabila ia dipercayai menghidapi katarak pada mata kirinya. Mata kiri kucing itu berwarna berlian kerana penyakit katarak dan bukannya simbol membawa tuah seperti yang didakwa.
Seorang pensyarah di Jabatan Biologi Universiti Chulalongkorn iaitu Dr. Jessada Denduangboribhand menggesa pemilik kucing itu untuk segera membawa si bulusnya bertemu doktor haiwan sebelum ia menjadi buta.
Dr. Jessada berkata kebutaan itu boleh menyebabkan kucing berkenaan cedera dalam kemalangan ataupun mengalami kesukaran untuk makan.Hmm…siannya sibulus ni walaupun matanya nampak cantik dan menarik rupanya dia menderita dalam diam.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Nampaknya ARMY tersenyum lebar apabila melihat sebuah kenyataan yang dikeluarkan oleh McDonald’s tentang kolaborasi mereka bersama bintang K-pop popular BTS.
Semalam, McDonald’s telah mengumumkan pelancaran ‘BTS Meal’ yang akan berlangsung pada bulan Mei di hampir 50 negara seluruh dunia termasuklah Malaysia, Korea Selatan, Amerika Syarikat, Indonesia, Singapura, Australia dan banyak lagi.
Menurut siaran akhbar, ‘BTS Meal’ dirancang untuk mengikut menu pilihan ahli kumpulan BTS sendiri. Ia terdiri daripada 10 keping Chicken McNuggets, kentang goreng, minuman bersama sos cili manis dan sos Cajun asli dari Korea. Kerjasama ini adalah sebahagian daripada menu hasil kolaborasi bersama bintang k-pop ini.
‘BTS Meal’ bakal dilancarkan 26 Mei 2021 di Malaysia.
Setelah lebih 3 jam rakyat Malaysia bersorak meraikan kemenangan kostum nasional terbaik di acara Miss Universe 2019, satu pengumuman di Twitter oleh pihak penganjur terus meranapkan harapan Malaysia untuk sekurang-kurangnya memenangi salah satu kategori yang dipertandingkan.
Menurut ciapan di akaun @MissUniverse, mereka berkata bahawa hos acara Steve Harvey sememangnya menyebut nama pemenang Kostum Nasional Terbaik yang betul iaitu Gazini Ganados dari Filipina.
Namun entah bagaimana, pihak penganjur yang menyiapkan wakil Malaysia, Shweta Sekhon di bahagian tepi pentas untuk ditemu ramah bersama kostumnya.
Jadi siapa yang menang ni sebenarnya, keliru!
Semasa pengumuman secara langsung, Steve telah membaca pemenangnya, Miss Philippines dengan betul. Malah skrin di belakang juga menunjukkan foto Gazini dalam kostumnya yang diilhamkan daripada burung helang.
Persoalannya, mengapa pihak penganjur mengelirukan berjuta-juta orang yang menonton di seluruh dunia dengan membawa masuk Miss Malaysia dan kostumnya? Malah Steve juga bertanyakan konsep kostum tersebut, seolah-olah Shweta sememangnya adalah pemenang rasmi.
Ada yang memberi pandangan bahawa Shweta adalah wakil kedua terbaik dalam kategori Kostum Nasional. Oleh sebab Gazini masih berada di atas pentas setelah terpilih dalam kedudukan Top 20, Gazini tidak sempat untuk menukar pakaiannya kepada kostum tersebut. Lantas, Shweta disiapkan bagi sesi temuramah.
Cuma, kami terfikir. Sekiranya Gazini yang memenanginya, mengapa pihak penganjur tidak menayangkan sahaja klip Gazini di skrin tanpa perlu menemu ramah sesiapa?
Mengapa Shweta pula dijadikan sebagai wakil pemenang sekiranya benar Gazini adalah pemenang Kostum Terbaik?
*
Dalam pada itu, tinjauan penulis di laman Twitter Miss Universe melihat penganjur telahpun memadamkan tweet ucapan tahniah terhadap Malaysia setelah diumumkan sebagai pemenang kategori tersebut. Sudah silap, semudah itu saja korang betulkan keadaan?
Serius, insiden ini amat mengecewakan bukan saja peminat pertandingan ratu cantik di Malaysia, malah di Filipina dan serata dunia.
This is not just your regular concert, this is a celebration!Bertemakan ‘Nang Champiyen Nang Legend’, Astro bakal menggegarkan bandar Miri, Sarawak pada bulan Mei...